Premier League 2020/21: Chelsea 4-0 Crystal Palace

Chelsea kembali ke landasan kemenangan penuh bergaya selepas mengalami beberapa kesenduan dalam beberapa perlawanan sebelum ini lantaran ketidakserasian ikatan kimia pemain yang baru dibeli.

Tanpa perlawanan pra-musim dan masa rehat selepas tamat liga yang pendek Chelsea yang bershoping sakan memerlukan masa untuk mendapatkan yang terbaik dari muka-muka baru.

Ben Chilwell memberikan aksi penuh meyakinkan dalam debutnya bersama Chelsea di Premier League dengan satu jaringan dan satu assist. Wow impressive!!

Ben Chilwell menjadi pemain ketiga menjaringkan gol dan membuat assist dalam debut Premier League bersama Chelsea selepas Deco pada Ogos 2008 dan Alvaro Morata pada 2017.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dan 5 minit selepas separuh masa kedua Ben Chilwell meletakkan Chelsea di depan melalui satu rembatan padu.

Pada minit ke-66 hantaran lintang Ben Chilwell berjaya ditanduk masuk oleh Kurt Zouma yang melonjak tinggi tanpa mampu dicabar pemain Crystal Palace.

Jorginho menambah dua lagi gol melaui dua sepakan penalti selepas Tammy Abraham dan Kai Havertz dijatuhkan dalam kotak penalti.

Dua penalti Jorginho dengan teknik melompat sedikit ke udara ke arah yang sama gagal diselamatkan penjaga Crystal Palace.

Jorginho meruskan rekod cemerlang dalam mengambil sepakan penalti apabila menyempurnakan 10 daripada 11 penalti terakhir beliau. Kali terakhir gagal ketika menentang Liverpool Sepember 2019.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta, Thiago Silva, Zouma, Chilwell, Kante, Jorginho, Hudson-Odoi, Havertz, Werner, Abraham.

Subs: Arrizabalaga, Pulisic, Tomori, Kovacic, Giroud, Mount, James.

Crystal Palace: Guaita, Ward, Kouyate, Sakho, Mitchell, Townsend, McCarthy, McArthur, Eze, Ayew, Zaha.

Subs: Milivojevic, Dann, Meyer, Hennessey, Benteke, Kelly, Riedewald.

BACA:  Bintang Premier League Terkejut Rumah Sewa Jadi Ladang Ganja