Premier League 2020/21: Fulham 0-3 Arsenal

Share on facebook
Share on twitter

Perlawanan Arsenal menentang pasukan yang sudah lama menghilang di Premier League, Fulham yang kembali naik ke divisyen teratas Liga Inggeris menjadi perlawanan pembukaan musim baharu 2020/21.

Arsenal yang mempamerkan aksi agak positif dpada penghujung musim lalu telah berjaya menjulang FA Cup dan membuka musim baru dengan menjulang Talam Charity Shield.

Fulham yang dipimpin Scott Parker kembali ke Premier League tidak sakan berbelanja dan mengekalkan skuad yang berjaya membawa mereka kembali yang mampu membuatkan mereka sukar memberi saingan.

Bekas pemain Chelsea yang berjaya dirembat Arsenal, Willlian tidak menunggu lama untuk memberi impak maksima kepada pasukan bimbingan Mikel Arteta.

Willian telah menjadi nadi penting Arsenal dengan terlibat dengan ketiga-tiga gol yang terhasil dengan dua assist.

Alexander Lacazette membuka tirai jaringan Arsenal pada minit ke-8 dan menjadi pemain pertama menjaringkan gol di Premier League bagi musim 2020/21.

Segalanya berpunca dari hantaran Pierre Emerick-Aubameyang yang disusuli dengan satu rembatan dari Granit Xhaka yang gagal dikeluarkan oleh Tim Ream.

Bola sampai ke kaki Willian dan dijolok bola berjya dihadang penjaga gol Fulham, Marek Rodak namun Lacazette pantas menyambar untuk gol pendahuluan Arsenal.

Willian hampir mmebuka akaun jaringan untuk Arsenal namun sayang sepakan percuma cantik Willian dinafikan tiang gol.

Gabriel yang juga pemain baru Arsenal dari Brazil tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dalam debutnya di Premier League melalui satu sundulan.

Sepakan percuma diambil Willian pantas mencari kepala rakan senegaranya yang menanduk dari jarak dekat di celahan pemain yang melonjak untuk merebut bola.

Pada minit ke-57 sekali lagi Willian merencana hantaran jauh cantik tepat dan padu kepada Pierre Emerick-Aubameyang yang tidak dikawal.

Tenang Aubameyang mendada, mengawal bola mencari ruang lalu melepaskan satu rembatan lencong cantik seperti biasa untuk gol ketiga.

Kurang sejam perlawanan, Arsenal mendahului 3 gol dan kedudukan ini kekal hingga tamat permainan.

Fulham (4-2-3-1) Rodak 7; Odoi 5, Hector 4, Ream, 4, Bryan 5.5; Reed 5, Cairney 5; Kebano 5.5 (Anguissa 63, 5) Onomah 5 (Decordova-Reid 76, 6) Cavaleiro 5; Kamara 5 (Mitrovic 63, 5.5)

Subs; Areola, Knockaert, Le Marchand, Christie

Arsenal (3-4-3): Leno 6; Holding 7, Gabriel 8.5, Tierney 7; Bellerin 6.5, Elneny 7, Xhaka 7 (Ceballos 79, 6), Maitland-Niles 6.5; Willian 9 (Pepe, 76 7) Lacazette 7.5 (Nketiah 85) Aubameynag 8

Subs: Macey, Saka, Willock, Kolasniac

BACA:  Emery: Cech Akan Bermain Menentang Chelsea
Share on facebook
Share on twitter