Premier League 2020/21: Liverpool 4-0 Wolverhampton Wanderers

Share on facebook
Share on twitter

Liverpool tiada masalah untuk meneruskan rentak kemenangan bak sang juara dengan kemenangan ke-31 daripada 32 perlawanan di tempat sendiri dengan sekali keputusan seri.

Dalam 32 perlawanan terakhir ditempat sendiri ini, Liverpool telah menjaringkan 93 dan bolos hanya 25 kali. Power kan?

Penjaga gol muda sensasi dan terbaik dunia ketika ini Caoimhin Kelleher telah menampilkan aksi bertaraf dunia menafikan percubaan Wolves.

Gol tunggal Mohamed Salah pada minit ke-24 membolehkan Liverpool menamatkan separuh masa pertama mendahului dengan satu gol mengatasi Wolverhampton Wanderers.

Gol Salah berpunca daripada hantaran panjang Jordan Henderson yang gagal di dada dengan kemas oleh Conor Coady yang menjadi satu bantuan gol.

Salah pantas menyambar untuk gol pertama.

Georginio Wijnaldum menggandakan kedudukan yang sudah pasti dengan satu rembatan padu dari luar kotak penalti.

Joel Matip terus menjarakkan kedudukan pada minit ke-68 melalui satu sundulan tajam menyudahkan hantaran cantik Salah.

Sadio Mane melengkapkan kemenangan 4-0 Liverpool dengan gol keempat namun jaringan itu diberikan kepada Nelson Semedo sebagai gol sendiri.

Percubaan Mane tidak mengena dan mengena betis namun Somedo datang dari belakang untuk menyapu menolak bola ke gawang sendiri.

Liverpool (4-3-3) Kelleher; N Williams, Matip, Fabinho, Robertson; Jones, Henderson, Wijnaldum; Salah, Firmino, Mane.

Substitutes: Adrian, Tsimikas, Phillips, Alexander-Arnold, Keita, Minamino, Jota.

Wolves (4-3-3) Rui Patricio; Semedo, Boly, Coady, Marcal; Dendoncker, Neves, Moutinho; Traore, Podence, Neto.

Substitutes: Ruddy, Hoever, Ait-Nouri, Kilman, Vitinha, Saiss, Fabio Silva.

Pengadil: Craig Pawson.

BACA:  UEFA: Sekiranya Liga Dibatalkan Liverpool Tidak Akan Ditabalkan Sebagai Juara
Share on facebook
Share on twitter