Premier League 2020/21: Manchester City 1-1 Liverpool

Perlawanan paling sedap dan menjadi tumpuan minggu ini sudah pasti antara dua pasukan iaitu Mnahcester City dan Liverpool yang sering menyajikan perlawanan penuh sensasi, nikmat, nyaman dan gurih.

Sebelum perlawanan, Jurgen Klopp melancarkan perang saraf atau sekadar berkata jujur apabila menganggap Manchester City merupakan lawan paling sukar untuk dihadapi.

Manchester City agak sendu untuk musim 2020/21 dan tidak garang seperti musim-musim sebelum ini malah berada dipertengahan carta liga.

Dalam 11 perlawanan terakhir Liverpool bertemu City di Etihad, skuad the reds hanya pernah mencatatkan satu kemenangan sahaja dalam saingan Premier League.

Kali terakhir Liverpool menang di Ethihad adalah 5 tahun lalu pada Nomvember 2015 dengan kemenangan 4-1.

Liverpool terlebih dahulu di depan melalu sepaka penalti Mohamed Salah selepas paha Sadio Mane telah berselisih dengan paha Kyle Walker.

Ada sentuhan disitu dan Mane anak pak imam terus tergolek. Lalu sepakan penalti diberikan.

Raheem Sterling telah dikasari Diogo Jota sebelum Liverpool mendapat sepakan penalti dan situasinya sama dan Sterling tidak mendapat apa-apa hadiah daripada pengadil.

Ini kerana Sterling tidak menjatuhkan diri mungkin kerana masih diluar kotak dan sebaliknya Sadio Mane terus merebahkan diri dan melakukan satu simulasi atau penipuan?

Gabriel Jesus memadamkan gol Mohamed Salah dengan gol penyamaan yang sungguh bijak lagi genius kejadiaannya.

Satu flick yang mengelirukan dari Jesus sebelum memusingkan badan untuk menjolok masuk bola ke gawang.

Manchester City mendapat sepakan penalti selepas hantaran silang Kevin De Bruyne terkena tangan Joseph Gomez dan rujukan VAR mengesahkan itu penalti.

Namun sayang Kevin De Bruyne gagal menyudahkan sepakan dengan meliar keluar ketika Alisson Becker sudah tertewas dan terbang ke arah bertentangan.

Buat pertama kali Kevin De Bryune gagal menjaringkan penalti di Premier League sejak Oktober 2018.

Separuh masa kedua menyaksikan tiada gol tambahan sehingga tamat perlawanan walaupun Manchester City rancak untuk mencari gol kemenangan.

Liverpool parking bas ke pada babak akhir permainan?

Manchester City (possible 4-2-3-1) Ederson; Walker, Dias, Laporte, Cancelo; Rodri, Gundogan; Torres, De Bruyne, Sterling; Jesus.

Substitutes: Steffen, Stones, Ake, Zinchenko, Garcia, Bernardo, Foden.

Liverpool (possible 4-2-3-1) Alisson; Alexander-Arnold, Matip, Gomez, Robertson; Henderson, Wijnaldum; Jota, Firmino, Mane; Salah.

Substitutes: Adrian, Phillips, Milner, Keita, Jones, Shaqiri, Origi.

BACA:  Mourinho Dakwa Liverpool Tertekan Untuk Memenangi Liga Perdana Inggeris Selepas Berbelanja Besar