Premier League 2021/22: Manchester City 6-3 Leicester City

Kegilaan yang menghiburkan dipersembahkan kepada dunia bola sepak oleh Manchester City yang tidak terkalahkan dan Leicester City yang penuh dengan semangat perayaan.

Sembilan gol terhasil dalam perlawanan ini, secara puratanya satu gol bagi setiap 10 minit, 6 biji menjadi milik Manchester City dan 3 gol milik The Foxes.

Paling padu adalah kekentalan semangat Leicester City yang bangkit mengejar selepas ketinggalan 4-0 dan merapatkan jurang menjadi 4-3.

Walaupun ditambat kembali kepada 4-3 daripada 4-0, anak buah Pep Guardiola berjaya meneruskan kelangsungan hidup dan kini mendahului enam mata di puncak Liga Perdana selepas kemenangan kesembilan berturut-turut, dengan Liverpool di tangga kedua yang kurang satu perlawanan.

Kevin De Bruyne menjaringkan gol pertama daripada empat gol untuk tuan rumah dalam tempoh 25 minit pertama perlawanan, manakala dua sepakan penalti daripada Riyad Mahrez dan Raheem Sterling mengiringi jaringan Ilkay Gundogan.

Gila bukan 25 minit empat gol? Jika dikira, empat gol itu terhasil dalam tempoh 20 minit jew.

The Foxes kembali bersemangat selepas rehat apabila James Maddison, Ademola Lookman dan Kelechi Iheanacho cuba melakukan kebangkitan mustahil dengan tiga gol dalam tempoh 10 minit.

Akan tetapi Aymeric Laporte dan Sterling mengembalikan Citizens ke landasan yang betul dan memperoleh mata penuh.

Man City mendahului pada minit kelima lagi hasil permainan yang kemas kemin apabila De Bruyne bijak mengawal hantaran gelembung buaya Fernandinho di dalam kotak sebelum mencari ruang untuk menumpaskan Kasper Schmeichel.

Tuan rumah menggandakan kedudukan melalui Riyad Mahrez yang merembat masuk dari jarak 12 ela (penalti) selepas Youri Tielemans mengasari Aymeric Laporte seperti bermain ragbi.

Gundogan menjadikan kedudukan 3-0 selepas satu lagi pertukaran hantaran indah dihasilkan apabila Schmeichel menepis hantaran lintang rendah Joao Cancelo terus kepada pemain antarabangsa Jerman itu, yang tidak melakukan kesilapan dari jarak dekat.

Tiga menjadi empat tidak lama kemudian, dengan Tielemans menjadi punca sekali lagi apabila menjatuhkan Sterling, tiada masalah buat Sterling menyempurnakan penaltinya ke penjuru atas.

Namun begitu, Leicester bertindak balas dengan cemerlang selepas rehat mencetuskan kegilaan.

Pelawat mengurangkan defisit jaringan kepada separuh ketika permainan memasuki minit ke-60 dengan serangan balas pantas untuk Iheanacho melakukan dua hantaran lolos untuk disudahkan James Maddison dan Lookman.

Bekas penyerang Man City, Iheanacho yang melakukan dua assist mencetak nama selaku penjaring untuk gol ketiga The Foxes. Leicester 3-4 Man City.

Manchester City kembali memperkemas permainan dan Aymeric Laporte kembali melebarkan kedudukan dengan gol kelima pada minit ke-69 dengan tandukan yang melemaskan.

Raheem Sterling terus membunuh perlawanan dengan jaringan keenam ketika perlawanan berbaki tiga minit juga berpunca dari sepakan penjuru Riyad Mahrez.

Iheanacho menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol atas namanya, bekas penyerang Man City itu boleh menganggap dirinya tidak bernasib baik untuk berada di pihak yang kalah sekembalinya ke Etihad.

Tidak boleh jadi satu kepulangan yang tidak dinanti. Leicester City terus melebarka rekod buruk mereka di perlawanan Boxing day yang mana hanya menang sekali dalam 12 perlawanan terakhir mereka.

Man City: Ederson, Joao Cancelo, Dias, Laporte, Zinchenko, Bernardo Silva, Fernandinho, Gundogan, Mahrez, De Bruyne, Sterling.

Subs: Ake, Gabriel Jesus, Grealish, Steffen, Carson, Foden, Mbete-Tabu, Palmer, Kayky.

Leicester: Schmeichel, Albrighton, Amartey, Vestergaard, Thomas, Dewsbury-Hall, Tielemans, Maddison, Perez, Iheanacho, Lookman.

Subs: Bertrand, Vardy, Choudhury, Ndidi, Castagne, Jakupovic, Soumare, Nelson, McAteer.

Referee: Chris Kavanagh.

BACA:  Tarikh Perbicaraan Dakwaan 115 Salah Laku Kewangan Man City Akan Dimulakan Tahun Hadapan