Premier League 2022/23: Arsenal 3-1 Tottenham Hotspur

Arsenal 3-1 Tottenham Hotspur

Arsenal 3-1 Tottenham Hotspur, itulah keputusan yang membabitkan dua pasukan berjiran di kota London selepas Premier League bersambung memberi laluan kepada tugasan antarabangsa dan juga tempoh berkabung atas kemangkatan Baginda Ratu.

North London derby yang menemukan dua kelab Utara London menjadi pembuka tirai kepada kembalinya aksi liga dan Arsenal dalam misi untuk terus gayat di puncak.

Tottenham Hotspur yang kurang diberikan publisiti oleh media pula berpeluang cerah menolak Arsenal ke bawah jika berjaya mencatatkan kemenangan.

Satu tugas sukar untuk Spurs kerana kali terakhir menang di Emirates adalah pada 20 November 2010, kurang lebih 22 tahun yang lalu.

Arsenal garang seawal wisel mula dipenuhi air liur pengadil untuk dibunyikan bagi menandakan perlawanan telah pun bermula dengan segera melakukan asakan ke kubu Tottenham Hotspur.

Kurang empat minit Arsenal sudah melakukan dua percubaan melalui Gabriel Martinelli yang telah berjaya dihadang oleh Hugo Lloris dan kemudiannya dari Granit Xhaka yang gagal menyambut baik hantaran Bukayo Saka.

Selepas 15 minit permainan, Tottenham Hotspur masih lagi gagal mendapat rentak untuk mengimbangi permainan Arsenal namun Richarlison berjaya juga mencuba untuk mengancam kubu Arsenal.

Beberapa lagi percubaan terus dilakukan Arsenal tiada lagi diterjermah sebagai gol.

Usaha Arsenal akhirnya membuahkan hasil apabila Thomas Partey meletakkan pasukan bimbingan Mikel Arteta dihadapan dengan satu bola lencong luar kotak penalti ke top corner.

Melihat Arsenal berada di depan membuatkan Spurs memberi reaksi balas dan memperkemaskan permainan dan mula mengimbangi perlawanan.

Gol Thomas Partey hanya bertahan 10 minit sahaja apabila Harry Kane menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang betul-betul ke bahagian tengah.

Hantaran tidak cantik dan terlebih kuat Son Heung Min kepada Richarlison gagal menghadirkan bahaya tetapi kekasaran Gabriel ke atas Richarlison telah merubah situasi.

Selepas kedudukan kembali terikat Spurs pula menguasai perlawanan dan meletakkan Arsenal dalam situasi tertekan sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Spurs terus mendapat momentum apabila permainan kembali bersambung namun 15 minit rehat cukup buat Arsenal bermuhasabah diri.

Gabriel Jesus kembali meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-49 selepas penjaga gol veteran dan penuh berpengalaman Spurs, Hugo Lloris melakukan kesilapan mudah.

Hantaran silang Bukayo Saka berjaya ditepis tetapi menujuk ke arah Gabriel Jesus yang dikawal ketat tetapi sempat menjolok.

Lloris mula kelam kabut dan bola telah lolos dan Jesus terus menyambar dan malang terus menimpa Spurs.

Emerson Royal telah dilayangkan kad merah selepas menerjah keras Gabriel Martinelli dan tiada pilihan lain buat pengadil.

Antonio Conte dilihat agresif membantah keputusan pengadil dan Spurs terpaksa bermain dengan 10 orang dengan permainan 30 minit berbaki.

Kelebihan ini segera dimanfaatkan oleh Arsenal untuk terus menjaraakkan kedudukan melalui satu gerakan menarik yang akhirnya disudahkan dengan rembatan padu kaki kiri Granit Xhaka.

Arsenal terus menguasai perlawanan dan terus mencari ruang peluang dan ruang untuk terus menambah jaringan dan masih belum kunjung tiba ketika permainan sudah memasuki masa kecederaan.

Kemenangan menjadi milik Arsenal untuk kemenangan ketujuh dari lapan perlawanan dan terus mengemudi carta Premier League dan kegagalan Spurs membuatkan mereka berputih mata kerana boleh melonjak ke atas.

Kesebelasan Utama Arsenal: Ramsdale, White, Saliba, Gabriel, Zinchenko, Partey, Xhaka, Saka, Odegaard, Martinelli, Gabriel Jesus.

Pemain Simpanan: Tierney, Nketiah, Holding, Tomiyasu, Vieira, Sambi Lokonga, Nelson, Alencar, Turner.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur: Lloris, Romero, Dier, Lenglet, Emerson, Hojbjerg, Bentancur, Perisic, Richarlison, Son, Kane.

Pemain Simpanan: Doherty, Skipp, Sanchez, Gil Salvatierra, Sessegnon, Forster, Spence, Sarr, Bissouma.

Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor (Cheshire).

Arsenal 3-1 Tottenham Hotspur

BACA:  Spurs Umum Nama Rasmi Bagi Stadium Baru Yang Sudah Siap Untuk Digunakan Musim Depan