Spurs Umum Nama Rasmi Bagi Stadium Baru Yang Sudah Siap Untuk Digunakan Musim Depan

Tottenham Hotspurs mengumumkan gelanggang baru mereka yang sudah siap dibina akan dikenali sebagai ‘Tottenham Hotspurs Stadium’.

Spurs mula membina stadium baru bersebelahan dengan stadium lama mereka dan ia kini sudah siap dibina dan akan digunakan Spurs untuk kempen musim hadapan.

Sepanjang pembinaan gelanggang baru mereka, anak buah Mauricio Pochettino menjadikan Stadium Wembley sebagai gelanggang ‘home’ mereka.

Stadium baru Spurs yang dibina bersebelahan dengan tapak stadium lama

Stadium baru Spurs sudah hampir siap untuk digunakan dan akan menjadi venue kepada dua acara ujian yang bakal berlangsung pada 27 Ogos dan 1 September ini. Selepas acara tersebut, ‘Tottenham Hotspurs Stadium’ akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris di stadium itu menentang Liverpool pada 15 September.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak kelab bagi mendedahkan nama baru stadium, gelanggang baru tersebut juga bakal mengacarakan beberapa acara lain seperti konsert muzik dan perlawanan NFL pada masa hadapan.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan identiti baru untuk stadium kelab ini. Dalam usaha kami untuk menjadi jenama terkenal dunia, stadium baru ini juga akan digunakan sebagai venue untuk mengacarakan perlawanan National Football League (NFL), konsert, dan acara besar yang lain.”

“Kami sedang berusaha untuk menjadikan Tottenham Hotspurs sebagai ikon sukan global dan destinasi hiburan terkenal dunia.”

“Stadium baru kami akan dikenali sebagai Tottenham Hotspur Stadium yang mana huruf ‘A’ dalam perkataan ‘Stadium’ akan diubah menjadi bentuk anak panah menunjukkan arah utara, bagi mewakili nilai tradisi North London.”

Kapten Tottenham, Harry Kane percaya Spurs mempunyai skuad yang mampu mencabar Manchester City dalam merebut kejuaraan liga tetapi untuk berbuat demikian, mereka perlu melalui musim yang cemerlang.

“Kami memerlukan musim yang cemerlang untuk mencabar Manchester City tetapi sudah beberapa tahun kami terlibat dalam perebutan kejuaraan liga.”

Skuad sama je sebab tak de duit

“City mengharungi musim lepas yang menakjubkan tetapi Liga Perdana Inggeris amat sukar dan sukar untuk skrip yang sama berulang sekali lagi musim hadapan. Kami hanya perlu fokus pada diri sendiri dan selepas itu kita akan lihat apa yang kami mampu lakukan.”

Walaupun berjaya menjaringkan 30 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim lepas, Kane gagal mengekalkan status sebagai penjaring terbanyak liga dengan Mohamed Salah menggondol anugerah Kasut Emas dengan 32 gol. Spurs juga jauh ditinggalkan Manchester City 23 mata dalam perebutan liga walaupun menamatkan musim di kedudukan ke-3.

Ubi Spurs paling mahal masih lagi setia

Berikutan pembinaan stadium baru, Spurs dilihat tidak bermaya dalam pasaran perpindahan pemain kali ini dan masih lagi belum menandantangani mana-mana pemain bagi menghadapi musim baru.

“Ia terpulang kepada bos dan pengerusi kelab. Saya pasti pihak kelab akan mendapatkan pemain yang mereka mahu dan juga menyingkirkan mana-mana pemain yang tidak diperlukan lagi.”

“Dari sudut pandangan pemain, kami hanya perlu fokus pada tugasan kami. Kami mempunyai skuad yang bagus, dan semakin bertambah baik setiap tahun. Jadi amat penting untuk kami melangkah ke stadium baru bagi menunjukkan kemajuan yang telah dilalui kelab ini.”

BACA:  Premier League 2020/21: Liverpool 2-1 Tottenham Hotspur