Premier League 2022/23: Brentford 3-1 Liverpool

Liverpool dengan mudahnya telah diratah oleh Brentford 3-1 sekaligus memberikan permulaan tahun baru penuh mengecewakan buat Jurgen Klopp dan peminat mereka yang koyak teruk.

Tiga mata berharga ini telah melonjakkan Brentford ke tangga ketujuh dari kedudukan ke-10 sebelum perlawanan, kini hanya dua mata dibelakang Liverpool yang berkelebihan satu perlawanan.

Liverpool turun untuk perlawanan ke-17 menentang Brentford yang bermain untuk perlawanan ke-18 dalam perlawanan musim perayaan dan tahun baru penuh padat dan sendat.

Kehebatan Liverpool sangat terselah ketika menewaskan Leicester City 2-1 dan paling ajaib Liverpool meraih tiga mata tanpa menjaringkan sebarang gol.

Brentford dilihat lebih dominan sejak awal perlawanan dan entah apa yang tidak kena dengan Liverpool, Cody Gakpo masih lagi tiada dalam senarai.

Bryan Mbeumo hampir membuka jaringan dengan satu serangan balas pantas namun Alisson Becker telah berjaya menafikan percubaannya dengan satu hadangan berkelas dunia.

Pada minit ke-19 berpunca dari sepakan penjuru, bola telah terkena kepala lutut Ibrahima Konate dan Alisson Becker tertewas untuk gol pertama Brenford.

Lapan minit kemudian Yoane Wissa terus menjarakkan kedudukan buat Brentford dan Liverpool bernasib baik kerana bendera menandakan offside telah terpacak ke atas.

Kostas Tsimikas memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun rembatannya terlalu lemah seperti tidak cukup makan.

Brentford berjaya menggandakan kedudukan melalui satu sepakan penjuru lagi dengan rembatan dari Yoane Wissa namun VAR telah membatalkan gol tersebut.

Gol tidak dibenarkan kerana bola telah terkena Ben Mee yang berada dalam posisi offside sekaligus melegakan jiwa-jiwa penyokong Liverpool.

Yoane Wissa tidak merengek apabila jaringnnya dibatalkan oleh VAR dan tiga minit kemudian di dengan tenang lagi bebas menanduk masuk umpanan Mathias Jensen.

Alisson Becker pada awalnya seperti berjaya mengeluarkan bola dari gawang namun Teknologi Garisan Gol mengesan pergerakan bola itu melepasi garisan sepenuhnya.

Pengadil dengan segera mengesahkan jaringan kedua Brentford itu untuk separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0. Sayur sangat Liverpool.

Tiga pertukaran segera dilakukan Jurgen Klopp mengeluarkan Virgil van Dijk, Kostas Tsimikas dan Harvey Elliot dengan memasukkan Naby Keita, Joel Matip dan Andy Robertson.

Darwin Nunez akhir berjaya mengurangkan defisit dengan satu penyudah tenang dengan lob menewaskan penjaga gol Brentford, David Raya namun dibatalkan VAR kerana offside.

Dua minit selepas itu Alex Oxlade-Chamberlain akhirnya memecahkan telur Liverpool yang bermain seperti tiada telur dengan menanduk masuk hantaran Trent Alexander Arnold.

Alex Oxlade-Chamberlain menjadi pemain Liverpool kelapan menjaringkan gol dalam penampilan ke-100 di Premier League dan yang pertama selepas Mohamed Salah melakukannya pada Mac 2020.

Liverpool tampak lebih baik diseparuh masa kedua dan mula melawan dan pastinya tidak mahu memulakan tahun 2023 dengan kekalahan dan Darwin Nunez terus bergelut.

Rembatan Darwin Nunez sangat mengelirukan samada itu adalah satu percubaan atau sekadar hantaran dan kekecewaan jelas terpancar dengan aksi mengarut hingga mengutip kad kuning.

Serangan demi serangan dilancarkan Liverpool yang dominan menguasai perlawanan namun gol penyamaan masih lagi tidak kunjung tiba ketika permainan berbaki 10 minit.

Keghairahan Liverpool terhukum apabila Naby Keita kehilangan bola dan Brentford terus melakukan serangan balas, Ibrahimo Konate terus buat kelakar.

Konate cuba mengeluarkan bola namun terjatuh dan Bryan Mbeumo yang sedang menekan pantas mendapatkan bola dan menewaskan Alisson Becker buat kali ketiga.

Percubaan pertama Brentford diseparuh masa kedua, VAR cuba membantu mencari kecurangan namun tiada yang kelihatan yang ada hanyalah kebodohan Konate.

Brenford hampir menambah gol lagi dari serangan balas namun dinafikan Alisson Becker yang berkerja keras dalam perlawanan ini.

Buat pertama kalinya sejak 1938 Brentford akhirnya berjaya menewaskan Liverpool.

Kesebelasan Utama Brentford: Raya; Jorgensen, Pinnock, Mee; Roerslev, Janelt, Norgaard, Jensen, Henry; Wissa, Mbeumo.

Pemain Simpanan: Strakosha, Canos, Dasilva, Ghoddos, Lewis-Potter, Damsgaard, Bech Sorensen, Crama, Trevitt.

Kesebelasan Utama Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Tsimikas; Elliott, Fabinho, Thiago; Salah, Nunez, Oxlade-Chamberlain.

Pemain Simpanan: Kelleher, Gomez, Keita, Jones, Robertson, Carvalho, Matip, Bajcetic, Phillips.

BACA:  Dua Kali VAR Selamatkan Liverpool vs Wolves