Presiden Amerika Syarikat Puji Pemain Wanita Jepun Mahu Jadi Lelaki

Presiden Amerika Syarikat secara terang-terangan memuji penyerang skuad wanita Jepun, Kumi Yokoyana dam pemain NFL, Carl Nassib kerana berani bersuara mengaku diri anggota komuniti+LGBTQ.

Nassib menjadi pemain pertama NFL mengaku diri sukakan hubungan sesama lelaki. Manakala Yokoyama yang beraksi bersama kelab Washington Spirit di liga bola sepak wanita Amerika Syarikat secara tebuka mengaku mahu menjadi lelaki pada minggu ini.

Aneh sekali apabila Biden mendakwa tindakan berani kedua-dua atlet itu adalah inspirasi kepada ramai kanak-kanak pada hari ini. Biden juga mengaku bangga dengan tindakan berani dua atlet itu untuk bersuara.

Penyerang Jepun, Yokoyama yang bercakap kepada bekas rakan sepasukan melalui satu temuramah di YouTube berkata:

“Pada masa depan saya mahu berhenti bermain bola sepak dan hidup sebagai seorang lelaki.”

Pemain berusia 27 tahun itu mulai beraksi di Liga Super Kebangsaan Wanita pada 2019, dan turut berpendapat rakan sepasukan dan persekitaran beliau di Amerika Syarikat lebih terbuka mengenai kebebasan memilih jantina berbanding di Jepun.

Tidak seperti di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah, Jepun tidak mempunyai perundangan melindungi golongan songsang jantina seperti Yokoyama.

Mereka yang mahu menukar jantina di negara matahari terbit itu wajib menukar organ jantina sebelum disahkan secara perundangan. Langkah ini bagaimanapun dibidas oleh pejuang hak asasi manusia.

Isu kesaksamaan berjantina dan hubungan intim turut menjadi topik bualan di kejohanan Euro 2020. Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban dan barisan kabinetnya adalah antara yang lantang mengkritik Jerman kerana memberikan sokongan kepada gerakan itu.

Orban menentang perkara yang di luar norma kemanusiaan ini didedahkan terutama kepada kanak-kanak bawah umur dan tidak bersetuju bola sepak digunakan sebagai platform penyebaran amalan songsang ini.

Disebabkan kelantangan tersebut, Hungary mendapat kecaman beberapa negara utama Eropah atas alasan menghalang hak bersuara.

Sebelum ini UEFA turut bertindak menghalang Jerman dari meneruskan rancangan mereka untuk menyalakan lampu berwarna pelangi di Allianz Arena ketika aksi pertemuan bertemu Hungary nanti.

Peraturan baru di Hungary telah melarang sepenuhnya segala hal yang melibatkan perhubungan sejenis atau penukaran jantina.

Hungary melarang sekeras-kerasnya hal berkait golongan ini untuk di bawa ke sekolah kerana mereka menolak sepenuhnya untuk hal seperti itu dipromosikan.

Dato Bandar Munich, Dieter Reiter mahu menyalakan lampu berwarna pelangi di Allianz Arena pada hari perlawanan nanti, dalam usaha mereka untuk membantah peraturan di Hungary itu.

Walau bagaimanapun, pihak UEFA dengan segera menghalang usaha tersebut dan memilih untuk bersikap semula jadi tanpa membela mana-mana pihak.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan dengan UEFA telah menyatakan:

“Perkauman, homo, sexism dan segala macam hal yang melibatkan penindasan adalah isu yang dihalang dalam pertubuhan kami. Dan ia juga merupakan masalah terbesar yang dihadapi dalam dunia bola sepak kini.”

“Perbuatan yang melibatkan penindasan telah merosakkan perlawanan, pemain, penyokong di luar stadium, di media sosial dan semua yang terlibat dalam sukan yang kita sayangi ini.”

“Walau bagaimanapun, UEFA melalui undang-undangnya, merupakan organisasi berkecuali jika melibatkan politik dan keagamaan. Memandangkan permintaan mereka akan melibatkan politik, yang mana keputusan itu telah dibuat oleh dewan parlimen Hungary, UEFA mesti menolak permintaan tersebut.”

Allianz Arena merupakan home untuk Bayern Munich dan stadium tersebut dilengkapi dengan lampu bumbung yang boleh dinyalakan dengan pelbagai warna.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sahaja selepas UEFA menjalankan siasatan ke atas ketua pasukan Jerman, Manuel Neuer yang sering memakai armband berwarna pelangi sepanjang kejohanan ini.

BACA:  De Zerbi Terkejut Jepun Panggil Mitoma Untuk Tugasan Di Piala Asia