Elkan Baggott, Victor Igbonefo, Rizky Dwi, dan Rizky Ridho merupakan empat pemain dari skuad kebangsaan Indonesia yang diharamkan dari beraksi dalam perlawanan akhir bertemu Thailand malam semalam.
Kesemua empat pemain ini telah diharamkan untuk beraksi kerana mereka telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negara Singapura.
Pihak penganjur terpaksa mengharamkan mereka dari turun beraksi kerana kesemua empat pemain melanggar peraturan melibatkan sport bubble.
BREAKING NEWS ‼️
Elkan Baggot, Victor Igbonefo, Rizky Dwi dan Rizky Ridho dilarang tampil oleh Pemerintah Singapura di final leg kedua Piala AFF lantaran melanggar aturan bubble!
[A THREAD] pic.twitter.com/1l1xCRuYcR
— Sport77 (@Sport77Official) January 1, 2022
Kesemua mereka telah meninggalkan kawasan hotel untuk keluar namun tidak pasti ke mana hala tuju mereka dan malang untuk mereka perbuatan mereka itu terkantoi.
Selepas terkantoi pihak penganjur memutuskan untuk menghukum kesemua empat pemain itu dengan tidak membenarkan mereka beraksi dalam aksi perlawanan akhir.
Indonesia sangat terdesak untuk mencatat kemenangan besar bertemu Thailand dalam aksi leg kedua perlawanan akhir yang dilangsungkan di Stadium Nasional Singapura semalam.
Namun agak terbeban untuk mereka kerana terpaksa beraksi tanpa empat pemain ini terutama Rizky Ridho dan Elkan Baggot.
STARTER INDONESIA vs THAILAND
Tidak ada Elkan Baggot, Victor Igbonefo, Rizky Dwi dan Rizky Ridho karena dilarang tampil oleh Pemerintah Singapura. Para pemain tersebut melanggar aturan bubble karena kedapatan keluar dari hotel. pic.twitter.com/C5bzafibg6
— Box2Box Football Podcast (@Box2BoxBola) January 1, 2022
Ketiadaan empat pemain utama ini jelas merencatkan sedikit perancangan taktikal pengurus pasukan, Shin Tae-yong.
Elkan Baggot mengaku tak bersalah
Walau bagaimanapun, Elkan Baggot telah memuat naik story di laman media sosial miliknya, untuk mendedahkan situasi apa yang berlaku antara beliau bersama tiga lagi rakan sepasukannya.
Beliau menegaskan yang mereka sebenarnya tidak melanggar apa-apa peraturan melibatkan sport bubble dan agak terkejut kerana tiba-tiba dianggap bersalah.
Beliau menegaskan yang pihak penganjur sebelum ini membenarkan pemain untuk keluar dari hotel seandainya mahu menghirup udara segar atau membeli barang keperluan di kawasan terdekat.
Elkan Baggot said,
cr. Twitter pic.twitter.com/7NEysqgFXM— MySephia (@SiwiCila) January 1, 2022
Maka dengan itu, beliau bersama Rizky Ridho dan dua lagi rakan sepasukannya yang lain memutuskan untuk pergi ke 7/11 kerana mahu membeli barangan peribadi.
Sebaik mereka pulang, mereka diberitahu oleh urus setia, yang mereka telah melanggar peraturan dan akan dikenakan hukuman larangan beraksi dalam perlawanan akhir.
Indonesia kalah final lagi
Indonesia terpaksa akur sekali lagi terlepas peluang untuk memenangi gelaran AFF Suzuki Cup pertama dalam sejarah mereka, selepas tewas 6-2 secara aggregate di tangan Thailand.
Skuad Garuda merupakan antara pasukan paling kerap layak ke aksi perlawanan akhir dalam kejohanan ini, namun sayangnya mereka tidak pernah muncul sebagai juara.
Aksi perlawanan akhir bertemu Thailand malam semalam merupakan perlawanan akhir keenam Indonesia dalam sejarah saingan AFF Suzuki Cup.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇹🇭 Thailand 2-2 Indonesia 🇮🇩
An electric encounter ended in a draw, with four goals and plenty of action to watch 🤓#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #THAvIDN pic.twitter.com/qwXBvD1AlC
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) January 1, 2022
Tidak ada pasukan lain yang paling kerap muncul sebagai naib juara dalam pertandingan ini melainkan Indonesia.
Bermula pada tahun 2000 dan 2002 ketika tewas di tangan Thailand, Indonesia kemudiannya tewas kepada Singapura pada tahun 2004.
Mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada skuad Harimau Malaya pada tahun 2010, sebelum sekali lagi dikecewakan oleh Thailand pada tahun 2016.
Tahun ini, Thailand sekali lagi menjadi masalah utama untuk skuad kebangsaan Indonesia, kerana menggagalkan mereka untuk memenangi Piala AFF buat pertama kali dalam sejarah negara.
Skuad Gajah Perang bermula dengan sangat garang selepas mereka membelasah Indonesia 4-0 dalam aksi leg pertama minggu lalu.
ASEAN champions for a record 6th time!
🇹🇭 Thailand have held off a spirited challenge from 🇮🇩 Indonesia in the second leg of the @affsuzukicup final to win the tournament for the first time since 2016. #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDiehttps://t.co/DcGrRDmIaL
— ESPN Asia (@ESPNAsia) January 1, 2022
Chanatip Songkrasin meledak dua gol sementara Supachok Sarachart dan Bordin Phala masing-masing menjaringkan satu gol untuk bantu Thailand benam Indonesia 4-0.
Aksi leg kedua, Indonesia berjaya menunjukkan peningkatan dengan mereka cemerlang mengikat Thailand 2-2 selepas Ricky Kambuaya dan Edy Maulana Vikri muncul sebagai penjaring gol untuk skuad garuda dalam perlawanan ini.
#BREAKING | 🇮🇩 Four Indonesia players, namely Elkan Baggott, Victor Igbonefo, Rizky Dwi, and Rizky Ridho has been banned from appearing in the final second leg of #AFFSuzukiCup2020 at the National Stadium, Singapore because the four players violated the bubble rules.#PSSI #AFF pic.twitter.com/UWbeBTDqrJ
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) January 1, 2022
Adisak Kraisorn dan Sarach Yooyen muncul sebagai penjaring gol untuk skuad Thailand dalam perlawanan ini, seterusnya mengesahkan kemenangan aggregate 6-2 menewaskan Indonesia.