Qatar Dituduh Palsukan Jumlah Kehadiran Penonton Melebihi Kapasiti Stadium

Media Eropah tidak henti-henti menyerang Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 walaupun perlawanan pertama bagi peringkat kumpulan telah pun bermula.

Kali ini, Qatar telah dituduh telah memalsukan jumlah kehadiran penonton apabila mengumumkan jumlah kehadiran yang salah melebihi kapasiti sebenar stadium.

Pengharaman minuman keras di stadium dan kegagalan 7 pasukan Eropah untuk memakai lilitan kapten mengikut corak mereka mahukan nyata menambah semangat buat media Eropah mengehntam Qatar.

Sebilangan penyokong yang hadir di Qatar kini sengsara dan mengalami waktu sukar disebabkan kemudahan tempat tinggal yang mengerikan dan pengharaman alkohol.

Itula kesengsaraan bangsa Eropah walaupun tempat penginapan lengkap berhawa dingin dengan katil mempunyai tilam.

Ditambah pula dengan ketegasan FIFA menghalang sebarang bentuk aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang Qatar yang akan menghukum mereka yang ingkar.

FIFA dilihat sebagai korup hanya kerana mahukan semua pasukan bertanding fokus kepada aktiviti bola sepak sahaja tanpa melibatkan aktiviti sonsang.

Qatar telah dituduh meninggikan jumlah angka kehadiran penonton di Piala Dunia sehingga melebihi kapasiti stadium.

FoxSports melaporkan negara tuan rumah Piala Dunia mungkin mempunyai beberapa penjelasan untuk dilakukan selepas beberapa ahli statistik bermata helang menyedari bahawa jumlah penyokong rasmi disenaraikan jauh melebihi kapasiti rasmi untuk setiap venue.

Di antara foto dan rakaman banyak tempat duduk kosong, adalah selamat untuk mengandaikan banyak perlawanan sebenarnya tidak mencapai kapasiti penuh apatah lagi lebih.

Tetapi itu tidak menghalang Qatar daripada didakwa menambah penonton ke dalam stadium tersebut supaya kelihatan penuh dan meriah.

Perlawanan pembukaan Piala Dunia diumumkan dengan kehadiran 67,372 orang manakala kapasiti rasmi Stadium Al Bayt ialah 60,000 orang.


Media melaporkan stadium kelihatan kosong pada separuh masa kedua apabila penyokong Qatar mula meninggalkan stadium selepas ketinggalan kepada Qatar.

Qatar menjadi negara tuan rumah pertama yang tewas dalam pembukaan Piala Dunia dalam sejarah 92 tahun kejohanan itu.

England menentang Iran diumumkan mempunyai 45,334 penonton di stadium, manakala Stadium Antarabangsa Khalifas secara rasmi hanya menampung 40,000.

Perlawanan Belanda menentang Senegal dikatakan mempunyai 41,721 di Stadium Al Thumama yang berkapasiti 40,000 orang.

Dan perlawanan Amerika Syarikat menentang Wales diadakan di Stadium Ahamd Bin Ali yang berkapasiti 40,000 dengan kehadiran 43,418 yang diumumkan.

Angka yang diumumkan ini telah mengumpulkan lebihan penonton seramai 17,845 di semua venue bertanding setakat ini.

Gambar yang diambil semasa Belanda menang 2-0 ke atas Senegal menunjukkan sebahagian stadium kosong ketika Belanda meraikan gol lewat permainan.

Qatar dilaporkan telah membelanjakan $356 bilion untuk menganjurkan Piala Dunia 2022, termasuk $10 bilion di lapan stadiumnya dan $54 bilion lagi untuk rangkaian pengangkutan kereta api untuk menghubungkan kesemua veneu.

Senarai Stadium di Piala Dunia Qatar

Negara Qatar ni tidaklah besar mana. Dengan keluasan 11,571 kilometer persegi, negara ini lebih kurang sama besar dengan negeri Terengganu yang berkeluasan 12,598 kilometer persegi.

Jadi bayangkan, stadium yang paling jauh jaraknya pun hanyalah bagaikan Besut dan Kemaman, maka awak semua pasti sempat nak kunjungi empat perlawanan dalam masa satu hari.

Lagi pula, kerajaan di sana menyediakan sistem pengangkutan keretapi, bukannya perlu memandu di lebuh raya seperti LPT2 atau jalan pantai yang mempunyai dua lorong sahaja.

Bagi memudahkan awak semua, kami kongsikan senarai stadium yang akan digunakan sepanjang Piala Dunia musim sejuk nanti.

Stadium Lusail

Kapasiti: 80,000
Lokasi: Lusail
Jumlah perlawanan:

โ€“ 5 perlawanan peringkat kumpulan
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan
โ€“ 1 perlawnaan suku akhir
โ€“ 1 perlawanan separuh akhir
โ€“ perlawanan akhir

Stadium Lusail. Gambar: Stadiumguide.com

Stadium Al-Bayt

Kapasiti : 60,000
Lokasi: Al-Khor
Jumlah perlawanan:

โ€“ 5 perlawanan peringkat kumpulan (termasuk perlawanan pembukaan)
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan
โ€“ 1 perlawanan suku akhir
โ€“ 1 perlawanan separuh akhir

Stadium Al Bayt. Gambar: Stadiumguide.com

Stadium Al Janoub

Kapasiti: 40,000
Lokasi: Al Wakrah
Jumlah perlawanan:

โ€“ 5 perlawanan peringkat kumpulan
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan

Stadium Al Janoub. Gambar: Stadiumguide

Stadium Ahmad bin Ali

Kapasiti: 40,000
Lokasi: Al Rayyan
Jumlah perlawnaan:

โ€“ ย 5 perlawanan peringkat kumpulan
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan

Stadium Ahmad bin Ali. Gambar: AFC

Stadium Antarabangsa Khalifa

Kapasiti: 40,000
Lokasi: Doha
Jumlah perlawanan:

โ€“ 5 perlawanan peringkat kumpulan
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan
โ€“ Perlawanan penentuan tempat ketiga

Stadium Mia Khalifa. Gambar: Stadiumguide

Stadium Kota Pendidikan

Kapasiti: 40,000
Lokasi: Doha
Jumlah perlawanan:

โ€“ 5 perlawanan peringkat kumpulan
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan
โ€“ 1 perlawanan suku akhir

Stadium Kota Pendidikan. Gambar: Stadiumguide

Stadium 974

Kapasiti: 40,000
Lokasi: Doha
Jumlah perlawanan:

โ€“ 5 perlawanan peringkat kumpulan
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan

Stadium 974. Gambar: Stadiumguide

Stadium Al Thumama

Kapasiti: 40,000
Lokasi: Doha
Jumlah perlawanan:

โ€“ ย 5 perlawanan peringkat kumpulan
โ€“ 1 perlawanan pusingan 16 pasukan
โ€“ 1 perlawanan suku akhir

BACA:ย  England Coming Home, Perancis Dua Langkah Untuk Pertahankan Gelaran