Qatar Secara Rasmi Dipilih Sebagai Tuan Rumah Piala Asia 2023

piala asia qatar

Qatar secara rasminya telah dipilih dan dianugerahkan tanggungjawab oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC sebagai tuan rumah Piala Asia AFC 2023 selepas China menarik diri.

Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) akan memikul beban dan tanggungjawab selaku penganjur bagi memastikan AFC Piala Asia 2023 berjalan dengan lancar.

Qatar mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi negara pertama menganjurkan kejohanan bola sepak benua Asia ini sebanyak tiga kali, 1998, 2011 dan 2023.

Iran, Thailand dan the United Arab Emirates (UAE) sebelum ini masing-masing pernah menjadi tuan rumah Piala Asia sebanyak dua kali.

Qatar menjanjikan Piala Asia AFC 2023 akan menjadi satu festival bola sepak terbaik dan menakjubkan di benua Asia.

Janji itu pastinya bukan satu manifesto yang tidak perlu ditunaikan kerana Qatar sudah pasti akan mempunyai pengalaman lebih luas selepas selesai menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022.

Lantaran itulah Presiden Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA), Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani berani menjanjikan kejohanan ini akan menjadi sesuatu yang menakjubkan.

“Kami percaya bola sepak Asia memerlukan kami untuk mengemukakan bidaan, terutamanya kerana kami sudah bersedia untuk Piala Dunia FIFA 2022. Kami menganjurkan Piala Arab FIFA 2021 yang merupakan perayaan untuk semua orang Arab, jadi kami mahu menjadikan Piala Asia AFC 2023 sebagai festival untuk semua rakan kami di seluruh Asia,” kata Presiden QFA.

Janji ini pastinya datang dengan kemudahan bertaraf dunia yang telah disediakan untuk penganjuran Piala Dunia FIFA Qatar 2022, yang akan berlangsung pada 20 November.

Di atas padang, Qatar akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan Piala Asia AFC yang mereka raih di UAE 2019, dengan pasukan Felix Sanchez bermain bola sepak hebat dalam perjalanan untuk memenangi kejohanan benua itu buat kali pertama.

Skuad kebangsaan Qatar telah berkembang sejak Piala Asia UAE 2019 dan bekerja keras dalam menyediakan skuad untuk cabaran Piala Dunia FIFA mereka dan mereka pasti akan menjadi antara pilihan untuk Piala Asia AFC Qatar 2023.

Setelah tidak berjaya mara ke separuh akhir ketika menjadi tuan rumah Piala Asia AFC 1988 dan 2011, bermain di tanah air sendiri juga akan memberi peluang kepada Qatar untuk menjadi pasukan keempat yang memenangi kejuaraan secara berturut-turut, menyertai Republik Islam Iran, Jepun, Republik Korea dan Arab Saudi.

Republik Korea muncul juara pada 1956 dan 1960 manakala Iran paling padu apabila mereka merangkul hatrik gelaran juara pada 1968, 1972 dan 1976.

Arab Saudi menang pada 1984 dan 1988 sebelum merampas kembali trofi yang diidamkan pada 1996. Jepun muncul juara buat kali pertama pada 1992 dan kemudian menambah gelaran 2000, 2004 dan 2011.

Dengan barisan 24 pasukan sudah diputuskan, adakah ia akan menjadi kekal bersama Qatar atau bakal juara kali pertama akan muncul dan pastinya Piala Asia AFC 2023 akan lebih bermakna kerana Malaysia juga layak secara merit.

Sebelum ini Qatar dipilih sebagai tuan rumah, tiga lagi negara turut membida dan menawarkan diri menjadi tuan rumah iaitu Korea Selatan, Australia dan Indonesia.

Senarai 24 Pasukan Piala Asia 2023

Akhirnya senarai 24 pasukan yang telah layak ke Piala Asia 2023 telah lengkap selepas berakhirnya pusingan terakhir kelayakan yang menyediakan 11 lagi tempat untuk direbut.

11 tempat yang berbaki sudah mempunyai tuan empunya termasuklah pasukan Malaysia yang terdiri dari enam kumpulan dan berlangsung di Bishkek, Kolkata, Kuala Lumpur, Kuwait City, Namangan dan Ulaanbaatar.

Tajikistan mencipta sejarah bola sepaknya apabila telah mengesahkan kemunculan pertama di kejohanan tertinggi peringkat benua Asia ini.

11 pasukan lagi yang menyertai 13 pasukan yang sudah layak.

13 pasukan sudah lama mengesahkan tempat mereka melalui kelayakan pusingan kedua yang dijalankan serentak dengan kelayakan Piala Dunia Qatar 2023.

Jordan muncul sebagai pemenang Kumpulan A dengan sembilan mata, dengan Palestin mengungguli Kumpulan B dengan rekod sempurna tiga kemenangan juga untuk layak ke Piala Asia biat kali ketiga berturut-turut.

Kumpulan C dijuarai oleh Uzbekistan lalu layak ke Piala Asia juga dengan rekod sempurna tiga kemenangan. India adalah satu lagi pasukan yang layak dengan rekod 100 peratus, mengalahkan Hong Kong 4-0 pada hari Selasa untuk gayat di Kumpulan D.

Bahrain yang berada dalam Kumpulan E bersama Malaysia turut mencatatkan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dengan kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan mengesahkan mereka selaku juara kumpulan.

Manakala Tajikistan yang bakal membuat penampilan pertama di pentas Piala Asia menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan F, mendahului Republik Kyrgyzstan dengan perbezaan gol.

Turut mara sebagai lima naib juara terbaik ialah Indonesia (Kumpulan A), Thailand (Kumpulan C), Hong Kong (Kumpulan D), Malaysia (Kumpulan E) dan Republik Kyrgyzstan (Kumpulan F).

11 pasukan yang layak ini menyertai juara 2015 Australia, China PR, juara tiga kali Republik Islam Iran, juara 2007 Iraq, juara empat kali Jepun, juara dua kali Republik Korea, Lubnan, Oman, juara bertahan Qatar, juara tiga kali Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam di Pusingan Akhir sekaligus melengkapkan jumlah 24 pasukan.

Senarai pasukan Piala Asia 2023:

1. Australia
2. China PR
3. Iran
4. Jepun
5. Korea Selatan
6. Lubnan
7. Oman
8. Qatar
9. Arab Saudi
10. Emiriah Arab Bersatu
11. Vietnam
12. Jordan
13. Palestine
14. Uzbekistan
15. Bahrain
16. Tajikistan
17. India
18. Iraq
19. Syria
20. Indonesia
21. Thailand
22. Hong Kong
23. Malaysia
24. Kyrgyzstan

Sejak 2019 pasukan bertanding dibesarkan kepada 24 pasukan berbanding format lama hanya 16 pasukan sahaja yang digunakan dari tahun 2004 sehingga 2015.

Sejarah Piala Asia

Piala Asia merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Asian Football Confederation (AFC) untuk mencari juara benua Asia dan merupakan kejohanan bola sepak benua kedua tertua di dunia selepas Copa América.

Sebanyak 46 pasukan yang bernaung di bawah AFC akan merebut kejuaraan Piala Asia yang diadakan setiap empat tahun ini dan hanya 24 pasukan sahaja akan ke pusingan akhir selepas melalui pusingan kelayakan.

Juara Piala Asia akan layak untuk beraksi di FIFA Confederations Cup yang turut disertai lagi oleh 5 pasukan juara benua yang lain iaitu CAF (Afrika), CONCACAF (Amerika Utara, tengah dan Carribean), CONMEBOL (Amerika Selatan), OFC (Oceania) dan UEFA (Eropah)

Piala Asia buat pertama kalinya dilangsungkan pada 1956 di mana Hong Kong menjadi tuan rumah, Korea Selatan Juara dan Israel naib juara di edisi pertama.

Selepas tahun 2004 lantaran pertembungan dengan kejohanan sukan yang lebih besar seperti Sukan Olimpik dan EURO setiap kali kejohanan berlangsung AFC membuat perubahan dengan memilih tahun berangka ganjil.

Piala Asia seterusnya diadakan pada tahun 2007 di mana negera Asia Tenggara menjadi tuan rumah bersama iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Sejak itu Piala Asia diteruskan seperti biasa iaitu setiap empat tahun.

Piala Asia secara umumnya telah didominasi oleh beberapa pasukan yang sama menjadi juara. Pasukan yang mendominasi lebih awal adalah Korea Selatan (2 kali) dan Iran (3 kali).

Sejak 1984, Jepun (4 kali) dan Arab Saudi (3 kali) pula muncul juara serta telah menjadi pasukan paling berjaya, Jepun dan Arab Saudi menduopoli dengan memenangi tujuh daripada sepuluh final terakhir.

Pasukan lain yang telah mencapai kejayaan ialah Qatar (juara semasa 2019), Australia (2015), Iraq (2007) dan Kuwait (1980). Israel menang pada 1964 tetapi kemudiannya dibuang dari AFC dan sejak itu menyertai UEFA.

Senarai Juara Piala Asia:

1956 – Korea Selatan
1960 – Korea Selatan
1964 – Israel
1968 – Iran
1972 – Iran
1976 – Iran
1980 – Kuwait
1984 – Arab Saudi
1988 – Arab Saudi
1992 – Jepun
1996 – Arab Saudi
2000 – Jepun
2004 – Jepun
2007 – Iraq
2011 – Jepun
2015 – Australia
2019 – Qatar
2023 – Malaysia

BACA:  Piala Asia: Jepun Hantar Pulang Pemain Sayap Terlibat Dakwaan Seksual