Rahsia Disebalik Hantaran Trivela Pogba Yang Super Genius

Paul Pogba telah membuat satu hantaran yang digelar Trivela dengan menggunakan bahagian luar kaki kanannya yang super genius dan menjadi punca kepada gol kemenangan Perancis ke atas Jerman.

Paul Pogba mendominasi bahagian tengah permainan dengan turun bertahan dan juga selalu menghantar bola ke depan selain mengubah pergerakan bola ke kawasan yang tidak padat.

Ada yang berpendapat Paul Pogba beruntung kerana ada N’Golo Kante dibelakang beliau dan tidak perlu bekerja keras untuk bertahan dan Kante mampu melakukan kerja bertahan dengan efektif.

Namun jika Paul Pogba tidak berbakat dan mempunya kemahiran individu yang tinggi Paul Pogba tidak akan mampu untuk menguasai bahagian tengah.

Buktinya melalui gol sendiri yang terhasil melalui jaringan sendiri Matts Hummels dan boleh disabitkan kepada usaha yang dilakukan oleh Paul Pogba.

Paul Pogba menerima lontaran kedalam dari Benjamin Pavard dan telah berjaya menarik dua orang pemain Jerman merapati beliau.

Tindakan Paul Pogba menarik dua pemain ini telah menyebabkan Karim Benzema bebas dari kawalan dan memberi ruang kepada Benjamin Pavard lari kedepan.

Paul Pogba telah berjaya melengahkan dua pemain Jerman ketika menghantar bola kembali kepada Benjamin Pavard.

Melihat Karim Benzema bebas tanpa dikawal terus Benjamin Pavard menghantar bola kepada Benzema dan Benzema menghantar Pogba lalu membuat larian.

Pada ketika menerima bola Paul Pogba sudah mengesan larian yang dilakukan oleh Kylian Mbappe di depannya dan Lucas Hernandez nun jauh diseberang.

Tiga pemain Jerman cuba merapati Paul Pogba dan Pogba memilih melambungkan bola kepada Lucas Hernandez yang mempunyai ruang yang besar untuk menghantar bola kepada Kylian Mbappe.

Lambungan yang sangat genius dengan teknik trivela dari Pogba yang jelas kelihatan malas dan bersahaja, bak kata mat saleh nice stupid playground. Nampak bodoh-bodoh je Pogba passing.

Lucas Hernandez merembat bola yang melantun ke arah Kylian Mbappe di depan gawang Mats Hummels cuba menghalang dan telah menjaring gol sendiri.

Paul Pogba berjaya merobek dan memecah belahkan pertahanan Jerman dan sebelum membuat hantaran Pogba menarik tiga pemain Jerman kepada beliau.

Dengan hantaran jauh ke ruang kosong menyebabkan barai pertahanan Jerman yang kesudahannya berakhir dengan gol sendiri.

Inilah Paul Pogba ketika bersama Perancis yang sangat underrated atau seringkali dipandang sebelah mata namun impak dibawa beliau sangat besar.

Apabila memakai jersi Perancis maka tiada pemain yang mampu melakukan apa yang Pogba buat yang mampu menakluk permainan dengan sempurna.

Kerana itulah Roy Keane menuntut Paul Pogba melakukan perkara sebegitu terutamanya ketika bersama Manchester United dan Keane percaya Pogba berbakat.

Dalam video kompilasi aksi Pogba di atas dapat dilihat Pogba melakukan hantaran yang hampir sama dilakukan pada minit ke-65.

Kali ini mencari Kylian Mbappe dan Mbappe akhirnya berjaya menggandakan kedudukan selepas melakukan satu gelecekan penuh berhelah.

Pertahanan Jerman akhirnya terpaku dengan gelekan Mbappe dan satu rembatan lencong dilepaskan dan bola menerjah gawang selepas terkena tiang.

Ketika Mbappe hendak meraikan jaringan itu pengadil membatalkan jaringan kerana offside, serius muka penjaga garisan mengangkat bendera.

Perancis 1-0 Jerman

Perlawanan paling besar dalam saingan Euro 2020 diperingkat kumpulan menemukan Perancis sang juara dunia dan Jerman yang merupakan gergasi bola sepak dunia.

Berada dalam kumpulan F yang dilabel kumpulan maut bersama penyandang juara Euro 2016, Portugal setiap perlawanan dalam kumpulan ini pasti menjadi tumpuan.

Portugal terlebih dahulu membuka tirai perlawanan kumpulan F dengan membelasah Hungary 3-0 dengan ketiga-tiga gol terhasil pada lewat permainan dan pelbagai sejarah tercipta.

Sebelum perlawanan bermula seorang aktivis alam sekitar telah terjun ke padang dengan payung terjun membawa mesej menjaga alam sekitar.

Kem pasukan Perancis panas apabila Kylian Mbappe tidak berpuas hati dengan mulut celupar Olivier Giroud yang menuduh rakan-rakan tidak menghantar bola kepada beliau.

Namun itu semua cerita luar padang dan permainan antara Jerman dan Perancis ini berlangsung dengan sangat menarik setaraf dengan status mereka.

Bermain laman sendiri, Allianz Arena, Jerman mempamerkan sifat sebagai tuan rumah apabila menguasai permain untuk tempoh lima minit pertama.

Perancis pula masih tenang mencari rentak mereka dengan melayan sahaja penguasaan Jerman dan selepas itu mula melawan.

Skuad bimbingan Didier Deschamp mula menyerang dan mendapat beberapa peluang namun gagal diterjemahkan sebagai gol.

Tandukan Paul Pogba dari sepakan penjuru Antoine Griezman telah melewati palang dan rembatan kencang Kylian Mbappe pula ditepis keluar Manuel Neuer.

Pada minit ke-20 hantaran genius Paul Pogba yang nampak mengarut rupanya mencari Lucas Hernandez yang entah datang dari mana.

Lantunan bola Pogba itu terus dirembat ke arah Kylian Mbappe di depan gawang, Mats Hummels cuba menghalang dan telah menjaring gol sendiri.

Kerana kelajuan bola rembatan Hernandes itu, Hummels tidak sempat melaraskan kakinya untuk mengeluarkan bola dan tertolak ke gawang sendiri.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan memihak kepada Perancis dengan satu gol.

Adrien Rabiot telah mensia-siakan hantaran lolos yang membunuh Kylian Mbappe apabila memilih untuk mencuba secara solo ketika Antoine Griezmann keseorangan tidak dikawal.

Adrien Rabiot telah melakukan satu rembatan yang menerjah sisi gawang, bengan Griezmann dengan tindakan Rabiot itu.

Kejadian yang tidak diingini ini terjadi pada penghujung separuh masa pertama ketika Jerman masih lagi ketinggalan kepada Perancis hasil jaringan sendiri Mats Hummels.

Serge Gnabry melakukan satu voli cantik yang menggelembung namun sedikit tinggi ke atas palang. Cantik hantaran Robin Gosens.

Jerman mula menekan Perancis dengan melancarkan serangan demi serangan demi sebiji gol penyamaan.

Perancis tenang menyerap asakan dan menunggu detik terbaik untuk melancarkan serangan balas pantas.

Perancis akhirnya berjaya menggandakan kedudukan melalui Kylian Mbappe pada minit ke-65 dengan satu gelecekan cantik.

Pertahanan Jerman akhirnya terpaku dengan gelekan Mbappe dan satu rembatan lencong dilepaskan dan bola menerjah gawang selepas terkena tiang.

Ketika Mbappe hendak meraikan jaringan itu pengadil membatalkan jaringan kerana offside, serius muka penjaga garisan mengangkat bendera.

Jerman menguasai permainan dengan 57 peratus berbanding Perancis 43 peratus.

Lima belas minit permainan berbaik, Joachim Loew telah memasukkan penyerang bahaya tapi tidak berbisa Timo Werner dan Leroy Sane mengeluarkan Kai Havertz dan Serge Ganbry.

Kylian Mbappe datang lagi dan nampak seperti dijatuhkan oleh pertahanan Jerman namun tiada sepakan penalti dari pengadil kerana itu satu tackle bersih.

Pada minit ke-85 Karim Benzema menjaringkan gol kedua yang boleh terus membunuh perlawanan selepas Paul Pogba melorongkan cantik bola kepada Mbappe.

Dari kanan Mbappe telah melihat Karim Benzema kosong berhadapan dengan Manuel Neuer dan membuat hantaran.

Tiada masalah buat Benzema yang mempunyai penyudah tajam menjaringkan gol namun gol itu sekali dibatalkan kerana offside.

Penelitian daripada Video Assistang Referee (VAR) mengesahkan Mbappe offside.

Jerman berterusan merencanakan serangan demi serangan namun tiada gol kunjung tiba dan masa kecederaan 6 minit diberikan pengadil memberi Jerman sedikit harapan.

Perancis bertahan dengan mapan dan penuh yakin mempertahankan kelebihan satu gol sambil menunggu ruang dan peluang untuk menyerang.

Pengadil mengheret masa kecederaan sehingga lapan minit dua minit lebih dari sepatutnya dan Jerman gagal mencari satu gol sekurang-kurangnya.

Gandingan Pogba Paul dan N’Golo Kante nyata berbisa apabila mendominasi dan menakluk bahagian tengah padang ketika menyerang dan bertahan.

Lantaran kecemerlangannya, Paul Pogba telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, Star of The Match (SOTM).

Dominasi Pogba tidak boleh baca bincang dan menjadi pemain paling banyak menyentuh bola, menang diudara, merampas kembali bola, menang perebutan bola bawah dan paling banyak gelecekan berjaya.

France (4-4-2) Lloris; Pavard, Varane, Kimpembe, Hernandez; Kante; Pogba, Rabiot; Griezmann; Benzema, Mbappe.

Substitutes: Mandanda, Maignan, Lenglet, Lemar, Giroud, Dembele, Tolisso, Zouma, Digne, Coman, Ben Yedder, Kounde.

Germany (3-4-3) Neuer; Rudiger, Hummels, Ginter; Kimmich, Gundogan, Kroos, Gosens; Havertz, Gnabry, Muller.

Substitutes: Leno, Trapp, Halstenberg, Volland, Werner, Sule, Klostermann, Neuhaus, San, Emre Can, Koch, Gunter.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).

BACA:  EURO 2020: Wales 1-1 Switzerland