Selepas VAR menilai semula keputusan pengadil berkait insiden kekasaran Piero Hincapie ke atas Angel Di Maria, para pemain Ecuador menarik nafas lega kerana mereka tidak berdepan dengan sepakan penalti.
Pengadil perlawanan awalnya menghadiahkan sepakan penalti kepada Argentina, namun selepas dinilai semula, ternyata insiden tersebut berlaku di luar kotak penalti.
Namun kelegaan mereka tidak bertahan lama, pemain Ecuador kembali berdebar selepas sedar yang Messi akan mengambil sepakan percuma untuk Argentina.
❌ Free-kick goals at Euro 2020: 0
✅ Free-kick goals at Copa America: 2
🐐 Lionel Messi has scored both pic.twitter.com/6n5gXBG5N5
— SPORTbible (@sportbible) July 4, 2021
Para pemain Ecuador bingung bagaimana untuk mereka berdepan dan menghalang Messi menjaringkan gol dari sudut sepakan percuma, kerana bagi pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu, sepakan percuma dari jarak 18 ela dan penalti tiada bezanya.
Beri Messi kesempatan untuk mengambil sepakan percuma di luar kotak penalti adalah satu hal yang sangat merbahaya kepada mana-mana pasukan sekalipun.
Beliau mempunyai kepakaran yang sungguh luar biasa menakjubkan dari sudut bola mati seperti itu dan peluang untuk Messi menjaringkan gol juga sangat tinggi.
Ketika perlawanan sudah masuk ke masa kecederaan, dengan Messi ketika itu sudah mencatatkan dua assists, beliau berjaya menyudahkan sepakan percuma yang dimenangi oleh Argentina untuk mengesahkan kemenangan 3-0 mereka menewaskan Ecuador.
Gol menerusi sepakan percuma itu merupakan jaringan kedua Messi dari situasi bola mati dalam saingan Copa America tahun ini.
All of Lionel Messi's free kick goals 🎯 pic.twitter.com/XggOxeEhHe
— Goal (@goal) July 4, 2021
Ia juga merupakan jaringan ke-58 beliau dari sudut sepakan percuma sepanjang kariernya ketika ini, dan Messi merupakan satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam kejohanan di musim panas setakat ini.
Euro 2020 sudah sampai ke peringkat separuh akhir, namun sehingga kini masih belum ada mana-mana pemain yang berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.
¡Bombazo! Lionel Messi la clavó de tiro libre para el 3-0 final de @Argentina sobre @LaTri
🇦🇷 Argentina 🆚 Ecuador 🇪🇨#VibraElContinente #VibraOContinente pic.twitter.com/FcvQrHuRka
— Copa América (@CopaAmerica) July 4, 2021
Tidak ada mana-mana pemain yang masih aktif bermain masa kini, yang berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma lebih banyak berbanding Messi.
Bintang handalan Argentina itu ketika ini hanya perlu menjaringkan empat sahaja lagi gol dari sudut sepakan percuma untuk memecahkan rekod Diego Maradona yang merekodkan 62 gol dari situasi bola mati.
Boleh dikatakan setiap kali Messi meletakkan bola di bawah untuk mengambil sepakan percuma, beliau akan berjaya memastikan bola itu akan berakhir di dalam gawang gol.
Rakaman di bawah menunjukkan bagaimana persediaan beliau sebelum mengambil sepakan percuma, dengan tumpuan, ketenangan, sasaran dan beberapa hal yang beliau teliti terlebih dahulu sebelum melepaskan rembatan.
Dan kerana semua hal itu lah Messi dianggap sebagai pakar sepakan percuma dalam dunia bola sepak masa kini.
The way he preps the ball … so much focus 🎯
pic.twitter.com/KGlV4WyL2P— Messi Worldwide (@Messi_Worldwide) July 4, 2021
Untuk segelintir pemain lain, meletakkan bola di bawah tidak begitu memainkan peranan penting, namun untuk Messi, beliau sangat teliti tentang hal tersebut, beliau akan meletakkan bola di tempat yang selesa dan memastikan persiapannya sangat sempurna sebelum melepaskan rembatan.
Beliau kemudiannya akan berkedudukan seperti sedang bersedia untuk berlari 100m untuk melihat gawang gol dengan pandangan yang lebih jelas sebelum mengambil tempat untuk berada di hadapan bola.
Ketika bintang berusia 34 tahun itu melengkapkan semua rutin tersebut, mata beliau akan terus melihat penjaga gol dan mengenal pasti arah yang mahu dituju sebelum melepaskan rembatan.
📊| Lionel Messi has scored more direct free kick goals (2) than the entire lot of Euros and Copa America combined (0). 🐐 pic.twitter.com/JkcaA0z1Qt
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) July 4, 2021
Lihat saja seperti apa yang beliau lakukan ketika beraksi bertemu Ecuador kemarin, Messi dilihat begitu rapi dalam membuat persiapannya sebelum menjaringkan gol ketiga Argentina untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cara telah dilakukan oleh pemain pertahanan pasukan lawan untuk menghalang Messi dari menjaringkan gol menerusi sepakan percuma, namun beliau tetap berjaya untuk melakukannya.
Teknik yang beliau gunakan untuk mengambil sepakan percuma adalah sangat unik dan beliau telah berjaya menjaringkan gol dari pelbagai arah dan jarak.
Ketika mengambil sepakan percuma, kaki Messi akan diangkat setinggi 50 darjah dan boleh dikatakan keseluruhan badannya memainkan peranan penting sebelum beliau melepaskan rembatan padu.
🗣️ Commentator: “This is a free kick that will require an incredible amount of finesse. Something Messi is very capable of doing. If anyone in the world can do it, it’s Messi.”
Lionel Messi: pic.twitter.com/k9VakREhfW
— infosfcb (@infosfcb) July 4, 2021
Keseimbangan badan, ketepatan, kekuatan dan segalanya dilakukan oleh Messi dengan teknik yang unik dan sukar untuk dilakukan.
Dalam satu podcast di Squawka, Dr Rajpal Brar telah menjelaskan tentang teknik sepakan percuma Messi:
“Setiap kali Messi merembat bola, beliau akan mengalihkan pinggulnya ke kanan. Tujuan dia berbuat begitu adalah untuk membuka ruang kepada kaki kirinya untuk melepaskan rembatan.”
“Apa yang beliau lakukan pada kakinya yang sebelah lagi adalah menjadikannya standing foot/ plant leg bagi mengalihkan beban berat badannya ke kaki luarnya.”
“Jadi apabila beliau melakukan susulan dan merembat bola, kaki kirinya datang dari kiri ke kanan. Lalu semuanya pergi ke arah luar buku lalinya, seperti mana keadaan kita seperti sedang terpelecok buku lali.”
“Kita panggil ini sebagai ‘inversion sprain’ apabila buku lali dipusing ke dalam pada masa yang sama, kamu meletakkan seluruh tenaga di kaki luar buku lali dan diputar masuk ke dalam.”
“Namun dalam kes Messi, beliau sudah melatih dirinya untuk memastikan badannya dapat mengawal pergerakan itu.”
📊 | Lionel Messi in #CopaAmerica2021:
🔹Most Goals (3)
🔸Most Assists (2)
🔹Most dribbles (21)
🔸Most Shots on target (10)
🔹Most final 3rd passes (84)
🔸Most duels won (40)
🔹Most Free-kicks (1)
🔸Most Goals from range (2)
🔹Most Goal contributions (5)
🔸Most MOTM (3)Elite🐐 pic.twitter.com/wpUFha8oEz
— infosfcb (@infosfcb) June 30, 2021
Sebelum ini, Marca juga pernah menganalisis teknik sepakan percuma dari Messi dan ianya sangat menarik untuk dilihat.
Messi membengkokkan kakinya pada sudut 50 darjah, ini bermaksud beliau hampir menanam semua beban berat badannya di atas kakinya yang terpacak di atas padang sebelum merembat bola dan memberikannya kestabilan yang luar biasa.
Hasil kajian dari University of Barcelona turut menyatakan bahawa Messi menggunakan Magnus Effect untuk mengekalkan konsistensi dalam sepakan percuma beliau.
Yang mana Messi sudah terbiasa dan mampu mengawal gerakan badannya yang mempengaruhi trajektori pada bola yang dirembat.
Malah sepakan percuma yang dilakukan olehnya, Messi harus dalam keadaan tunduk. Ianya adalah satu teknik yang dilatih dan dibiasakan oleh Lionel Messi.
Messi harus menjalani latihan dengan kerap bertujuan untuk memastikan badannya terbiasa dan boleh mengelak daripada ditimpa kecederaan.
⁃ 4 goals, 4 assists at the Copa America 💥
⁃ Scored his 58th direct free kick for club and country, breaking a tie with Cristiano Ronaldo 👀
⁃ His 76th goal for Argentina takes him 1 shy of Pelé for the most by a South American in men's internationals 🇦🇷
Lionel Messi 🙌 pic.twitter.com/DG3DpKj941
— ESPN India (@ESPNIndia) July 4, 2021
Lionel Messi sememangnya seorang pengambil sepakan percuma yang digeruni, beliau mampu untuk menetapkan sasaran dengan tepat dan dengan kekuatan bola yang secukupnya.
Argentina 🇦🇷 won the quarterfinals match 3️⃣-0️⃣ and Lionel Messi 🐐 made two assists and scored a free kick. Surely this Trophy is ours this time. What a legend! pic.twitter.com/eY9GUQCrmX
— Mr Brave🇺🇬 (@bravejoshua1) July 4, 2021
Pemenang enam kali Ballon d’or itu wajar untuk diberi gelaran pakar bola mati dengan kemahiran dan kemampuan yang beliau miliki.
Sumber : SB