Rakaman Video Penceroboh Padang Bersama Casemiro

Penceroboh padang perlawanan Premier League antara Crystal Palace dan Manchester United di Selhurst Park telah memuat naik rakaman video bersama Casemiro dari telefon bimbitnya ke media sosial.

Diseparuh masa kedua, pada minit ke-55, permainan dihentikan selepas seorang peminat berlari ke padang menuju ke arah pemain Manchester United yang didapatkan dari Real Madrid pada musim panas, Casemiro.

Biasanya, sesiapa yang berlari ke padang akan dihalau oleh steward yang bertugas menjaga keselamatan tetapi kes ini berbeza, pencerobohan sempat berselfie dengan tenang dan penuh santai.

Peminat itu seperti memiliki semua masa yang ada di dunia ini untuk mengambil gambar dengan bintang Brazil itu sebelum perlahan-lahan dan dengan tenang berjalan pergi. Dia kemudiannya disambut oleh para steward yang mungkin tertidur.

Momen yang benar-benar pelik yang membuatkan Casemiro bingung tetapi tetap melayan ketika dia bergambar secara santai dengan peminat di tengah-tengah perlawanan Liga Perdana.

Kejadian ini nyata mengejutkan orang ramai, kerana penjaga keselamatan di dalam Selhurst Park tidak segera bergegas untuk mengiringi penceroboh padang di luar padang permainan.

Ia mengambil masa yang agak lama sebelum beberapa orang pelayan akhirnya menangkapnya. Kembimbangan di sini adalah mengenai isu keselamatan yang memungkin perkara buruk terjadi.

Beberapa hari lalu, penjaga gol Arsenel, Aaron Ramsdale telah ditendang dari belakang selepas tamat perlawanan oleh penyokong Totthenham Hotspur dan sepatutnya petugas keamanan lebih peka.

Penulis bola sepak Kristian Sturt menulis tweet:

“Bukankah kita patut bimbang sedikit bahawa seorang peminat berjaya melepasi selus-luas padang sehingga sampai kepada Casemiro, berdiri di sana, mengambil dua swafoto tanpa gangguan, kemudian keluar dari padang atas kerelaan sendiri sebelum akhirnya menjadi dijemput oleh petugas yang kelihatan tidak berminat untuk menghalang?”

Nasib baik dalam kejadian ini, penceroboh padang hanya kelihatan berminat untuk merakam selfie pantas dengan salah seorang heronya iaitu Casemiro.

Sudah tentu ia bukan masa atau tempat yang sesuai untuk melakukannya, tetapi atas faktor keselamatan perkara ini harus diambil pengajaran.

Namun, rakaman penceroboh padang menunjukkan bahawa Casemiro tidak begitu teruja dengan gangguan itu – terutamanya selepas menerima ciuman di leher.

Video rakaman penceroboh padang yang di muat naik ke media sosial kini tular dan dikongsi oleh pengguna yang lain. Sempat lagi cium leher Casemiro.

Manchester United juga telah kehilangan khidmat Casemiro untuk perlawanan menentang Arsenal selepas pemain tengah itu mengutip kad kuning kelima dan dikenakan penggantungan satu perlawanan secara automatik.

Pada minit ke-81 Erik Ten Hag seperti sudah bersedia mengeluarkan Casemiro namun Wilfred Zaha berjaya melepasi benteng pertahanan dan satu terjahan lambat terpaksa di lakukan Casemiro untuk menyelamatkan keadaan.

Pengadil tidak mempunyai pilihan lain melainkan melayangkan kad kuning kepada pemain berusia 30 tahun itu dan pastinya ketiadaan Casemiro menjadi berita baik buat Arsenal.

Namun selepas perlawanan, Erik Ten Hag mengingatkan semua bahawa ketika mereka menewaskan Arsenal pada awal musim, Casemiro tidak bermain:

“Kali terakhir kami tewaskan Arsenal adalah tanpa Casemiro jadi kali ini kami perlu lakukan perkara yang sama.”

“Casemiro sangat jelas pemain yang sangat penting untuk kami dan dia adalah salah satu sebab kami berada di posisi kami berada sekarang.”

“Kami mempunyai skuad dan kami mesti mengisi kekosongan yang ditinggalkan dan membuat rancangan rapi dan pasukan perlu mengisinya. Sebagai pasukan kami sudah tunjuk bagaimana untuk tewaskan Arsenal.”

Manchester United dan Arsenal akan membuat perhitungan pada pagi Isnin waktu Malaysia dan pastinya City berharap Arsenal keciciran mata.

BACA:  Video: Casemiro Rembat Muka Fred Dan Ia Dilihat Sangat Menyakitkan