Ralf Rangnick tampil mendedahkan situasi sebenar tentang apa yang berlaku sebaik beliau mengeluarkan Cristiano Ronaldo ketika aksi pertemuan bertemu Brentford baru-baru ini.
Beliau turut mengesahkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh Cristiano Ronaldo kepadanya ketika insiden itu sedang berlaku.
Ronaldo jelas sama sekali tidak gembira ketika beliau dikeluarkan pada minit ke-71 permainan dengan United pada ketika itu sedang mendahului permainan dengan keputusan 2-0.
Man Utd interim manager Ralf Rangnick believes too much has been made of the fact that he subbed off Cristiano Ronaldo against Brentford 👀 pic.twitter.com/nDkCX9sqI9
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 21, 2022
Pemain berusia 36 tahun itu meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hatinya beliau terhadap pengurus interim kelab, Ralf Rangnick ketika beliau sedang berjalan keluar meninggalkan padang.
Beliau kemudiannya terus duduk di tangga berbanding duduk di kerusi (nak tunjuk merajuk sangat lah tu) sambil kepalanya tak henti-henti bergeleng tanda meluahkan rasa marah dan kecewanya beliau terhadap Rangnick.
Ralf Rangnick nampak Ronaldo sedang merajuk di tangga, beliau terus pergi mendapatkan bayi besar kelab itu dan cuba bercakap dengannya.
Pengurus dari Jerman itu kemudiannya mendedahkan kepada pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu tentang alasan mengapa beliau mengeluarkannya dan memasukkan Harry Maguire.
◉ 71’: Ronaldo is taken off
◉ 77’: Substitute Marcus Rashford scores
Ralf Rangnick’s decision proved to be the correct one. pic.twitter.com/JGUJw7TlNO
— Squawka News (@SquawkaNews) January 21, 2022
Ralf Rangnick bahkan turut mendedahkan kepada media dengan sangat jelas tentang apa yang beliau katakan kepada Ronaldo.
Kini, bekas pengurus RB Leipzig itu tampil menjelaskan dengan lebih terperinci tentang apa yang sebenarnya beliau katakan kepada Ronaldo di luar padang.
“Tugas seorang pengurus bola sepak itu adalah untuk membantu pasukan memenangi perlawanan, dan bagi saya, ia sangat jelas selepas apa kita lalui di Villa Park, kita perlu ubah dan lakukan lebih baik kali ini.”
Jelas Ralf Rangnick ketika sesi sidang media beliau semalam.
“Satu-satunya soalan adalah siapa yang kita keluarkan. Cristiano merupakan penyerang yang prolifik dan seorang pemain yang senantiasa mahu bermain dan mahu jaringkan gol.”
Ralf Rangnick on subbing off Ronaldo 🤭 pic.twitter.com/amW8iUYcoh
— B/R Football (@brfootball) January 21, 2022
“Dia sendiri tanya, ‘Mengapa saya, mengapa tidak salah seorang pemain muda?”
“Jawapan itu datang lima minit kemudian selepas salah seorang pemain muda menjaringkan gol ketiga.”
“Mungkin Cristiano berkemungkinan boleh menjaringkan gol itu, tapi dalam bola sepak ia tak boleh sentiasa gunakan ‘mungkin’, ia tentang mengambil keputusan di waktu yang tepat.”
United juga sebelum ini sudah mendahului permainan dengan kelebihan dua gol ketika aksi bertemu Aston Villa, namun mereka kemudian kena comeback dan itulah hal yang Ralf Rangnick tidak mahu berulang kembali.
Ketika Ronaldo sudah dikeluarkan, Marcus Rashford berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Man Utd, seterusnya mengukuhkan kedudukan selesa setan merah mendahului permainan dengan keputusan 3-0.
Ralf Rangnick calls Ronaldo’s reaction to being substituted ‘too emotional’ https://t.co/MMtxKK9Vfh
— The Guardian (@guardian) January 21, 2022
Gol itu juga sebenarnya merupakan gol penting untuk Marcus Rashford dalam usahanya untuk membina semula keyakinan beliau yang telah hilang.
Sebelum ini beliau pernah tampil mempersoalkan tentang sikap para pemain muda di Old Trafford, dan kini beliau sekali lagi mempertikaikan mengapa pemain muda diberi keutamaan berbanding dirinya sendiri.
Menurut sumber laporan sama, para pemain muda United dilaporkan tidak gembira dengan komen dari Ronaldo itu dan mereka kini lebih selesa untuk meluah atau meminta nasihat dari pemain veteran seperti Edinson Cavani.
Cristiano Ronaldo was absolute fuming when he was substituted by Ralf Rangnick at Brentford last night…😡 pic.twitter.com/6dzqgum1uR
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 20, 2022
Laporan berbeza dari media UK turut menyatakan yang Ronaldo turut tidak gembira dengan pengurus interim kelab itu kerana mengubah kedudukan beliau dari penyerang utama kepada pemain sayap ketika sesi latihan.
Manchester United hari ini akan turun beraksi bertemu West Ham United dan mereka jelas mahu mengutip tiga mata penuh, dalam usaha mahu bersaing merebut kedudukan keempat dalam carta saingan liga.
Sumber: SPORTbible