Rooney Tak Setuju Dengan Ronaldo Siuu Sasarkan Tempat Ketiga Bukan Johan

Cristiano Ronaldo sebelum ini menyatakan bahawa dia datang ke Manchester United bukan untuk menduduki tanggan ke-7 atau keenam malah kelima sekalipun.

Kenyataan itu satu cabaran Ronaldo kepada rakan rakan sepasukannya agar melakukan lebih baik di atas padang.

“Saya tak nak berada di sini semata mata untuk berada di tangga keenam, ketujuh ataupun kelima sekalipun. Saya mahu menjadi juara dan bersaing.”

Ronaldo jelas sekali tidak gembira dengan bekas bakal pencabar kejuaraan musim 2021/22 iaitu Manchester United. Walaupun kini pasukan mereka masih bersaing dalam Piala FA dan Liga Juara Juara Eropah.

Ronaldo mahukan rakan sepasukannya lebih dahagakan kejayaan di atas padang berbanding dengan perkara lain.

Namun selepas melihat situasi semasa di Man United. Ronaldo Siuuu kemudian merendahkan sedikit sasarannya kepada cukuplah menjadi tempat ketiga. Itu adalah pencapaian dianggap cukup berjaya untuk Man United kalau gagal menjadi johan ataupun naib johan.

Tetapi bekas pemain Manchester United dan bekas gandingan Ronaldo iaitu Wayne Rooney telah membidas sasaran Ronaldo itu. Kerana tidak perlu letakkan sasaran lain selain menjadi juara.

Kerana menurut Rooney, Manchester United harus mensasarkan menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Cristiano Ronaldo berkata: “Manchester United sepatutnya memenangi liga atau menjadi kedua atau ketiga.”

“Saya tidak melihat kedudukan lain untuk Manchester United, sejujurnya, saya tidak ‘ Pada pandangan saya, saya tidak menerima bahawa mentaliti kami ini akan berada kurang dari kalangan tiga teratas,” kata Ronaldo dalam temu bual dengan Sky Sports.

Sementara itu, sebagai maklum balas, Wayne Rooney berkata bahawa Manchester United perlu menyasarkan pemain nombor satu atau sebagai johan dan bukan tiga teratas menambah bahawa kelab itu tidak mempunyai masalah untuk melakukannya.

Mungkin bagi sesetengah orang, tiada masalah pun kenyataan Ronaldo itu. Walaupun masih kelakar. Cuma bagi Rooney dia benci dengan ada nombor 2 dan 3 dalam kenyataan tersebut.

Rooney berkata: “United perlu kembali memenangi trofi kerana Manchester United harus sentiasa menjadi pasukan teratas, bukan tiga teratas, dan saya rasa itu yang peminat mahukan dan sasaran yang diberikan kepada anda, tuntutan oleh kelab ini.”

“Sudah tentu, mereka akan melalui tempoh yang sangat sukar pada saat ini, tetapi jangan silap kerana itu adalah kelab yang perlu memenangi kejuaraan.”

“Manchester United mesti memenangi trofi, dan itulah tekanan yang kami terima dengan bermain atau bekerja di Manchester United.’

“Di situlah mereka perlu bangkit. Saya pasti mereka cuba melakukan perkara yang betul untuk membawa mereka kembali ke tempat itu.” katanya.

Manchester United kini berada di tempat ke-7 dalam carta liga. Namun menurut Rooney, United harus berusaha untuk memenangi liga walaupun apa juga situasinya.

Jadi ianya memerlukan United memenangi kesemua baki perlawanan mereka dan berharap Man City keciciran mata. Kerana ketika ini Man United hanya ketinggalan 24 mata sahaja di belakang Manchester City.

Terbaru Man United dikejutkan Aston Villa dengan seri 2-2 walaupun sudah mendahului 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Manchester United kurang bernasib baik untuk tidak menang perlawanan tersebut walaupun sudah beraksi baik tanpa kehadiran Ronaldo.

Bruno Fernandes menjaringkan 2 gol dalam aksi di Villa Park. Malang sekali aksi pertahanan komedi menjadi masalah besar United sekali lagi dalam usaha mereka mahu mengejar Manchester City.

Manchester United kini sudah tidak memenangi EPL sejak kali terakhir memenanginya ketika era Sir Alex Ferguson. Selepas persaraan Alex Ferguson, Man United masih cuba bangkit untuk merampas semula tahta sebagai jaguh Inggeris sebenar.

United terus berbelanja besar namun hasilnya masih gagal. Walaupun pada era Mourinho dan Van Gaal mereka berjaya memenangi piala. Malangnya kelab seperti United harus menjadi johan bukan zizan walaupun kedua duanya tetap kelakar.

BACA:  UEL 2022/23: Sheriff Tiraspol 0 Manchester United 2, King Akhiri Kemarau Jaringan