Ralf Rangnick Sahkan Pemain Kesayangan Peminat Akan Tinggalkan Old Trafford

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick secara tak langsung telah mengesahkan yang Jesse Lingard akan meninggalkan kelab.

Pada awal minggu ini, salah seorang penyokong Manchester United telah memuat naik video di TikTok yang mana beliau bertanya kepada Ralf Rangnick tentang masa hadapan Lingard.

Peminat tersebut bertanya bahawa:

“Tolong, dia adalah pemain kegemaran saya. Manchester United ada dalam kepala dia.”

Untuk menjawab soalan tersebut, Ralf Rangnick mengesahkan yang pemain berusia 29 tahun itu akan meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini nanti.

“Dia akan pergi pada musim panas nanti.”

Di bawah merupakan video yang dimuat naik oleh peminat tersebut.

Mengikut keadaan pada ketika ini, Jesse Lingard kini sudah memasuki enam bulan terakhir dalam kontraknya dan beliau sepertinya tidak akan menandatangani kontrak baru.

Pemain kebangsaan England itu hangat dikaitkan dengan bakal dipinjamkan ke Newcastle United pada jendela perpindahan Januari ini.

Walau bagaimanapun, rundingan tersebut berakhir dengan kegagalan dengan Man Utd dilaporkan meminta £12 juta daripada The Magpies untuk melepaskan Jesse Lingard.

United jelas sekali percaya yang Jesse Lingard mempunyai kemampuan untuk membantu Newcastle mengelak dari tersingkir pada penghujung musim nanti.

Pemain midfield berusia 29 tahun itu telah membuktikan kemampuan sebenar beliau ketika beraksi sebagai pemain pinjaman bersama West Ham pada musim lalu.

Beliau cemerlang terlibat dengan 14 gol dari 16 penampilan bersama West Ham sejak Januari tahun lalu hingga penghujung musim lalu.

Seandainya Lingard gagal untuk melengkapkan perpindahannya meninggalkan Old Trafford dalam tempoh beberapa hari ini, maka pihak kelab akan terpaksa melihat beliau pergi sebagai pemain bebas ejen pada penghujung musim nanti.

Lingard jarang mendapat tempat dalam skuad Man Utd di bawah kendalian Ralf Rangnick dengan beliau sejak sebelum ini lagi sudah terpinggir.

Pemain kebangsaan England itu hanya diberikan satu minit sahaja aksi dalam saingan Premier League, dan lima minit dalam saingan FA Cup oleh pengurus dari Jerman itu.

Beliau telah membuat 14 penampilan untuk setan merah sepanjang musim ini, dengan beliau sudah terlibat dengan dua gol dan mencatatkan satu assists.

Manchester United berjaya menemui konsistensi di bawah kendalian Rangnick

Ekoran dari permulaan perlahan di Old Trafford, Ralf Rangnick berjaya membawa United ke arah lebih baik dengan setan merah kini sudah berjaya mencatatkan dua kemenangan berturut-turut.

United juga kini berada di kelompok empat teratas dalam carta saingan Premier League, dengan mereka kini pertama kali menduduki kelompok empat teratas sejak dikendalikan oleh Ralf Rangnick.

Setan merah mengesahkan kemenangan 3-1 menewaskan Brentford sebelum ini sebelum menewaskan West Ham 1-0 di Old Trafford.

United memerlukan gol minit akhir yang berjaya dijaringkan oleh Marcus Rashford untuk mengesahkan tiga mata berharga bertemu The Hammers hujung minggu lalu.

Manchester United kini berada di kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League, dengan mereka kini mengumpul 38 mata dari 22 perlawanan.

Walau bagaimanapun, tempat mereka untuk terus berada di kelompok empat teratas, kini masih tidak stabil kerana Tottenham Hotspur bila-bila masa sahaja boleh pintas kedudukan mereka.

Persaingan untuk menamatkan saingan Premier League di kedudukan empat teratas semakin sengit pada ketika ini, dengan Manchester United, Tottenham Hotspur, Arsenal dan West Ham kesemuanya masih berpeluang.

Manchester United kini akan memberi sepenuh perhatian mereka kepada aksi dalam saingan Champions League dan Piala FA memandangkan mereka masih ada dalam pertandingan tersebut.

Sumber: Sportskeeda

BACA:  "Tiga Daripada Empat Pemain Paling 'Rosak' Masih Ada Di Man Utd"- Mourinho