Ramai Pemain Bintang Dunia Luah Penyesalan Selepas Berhijrah Ke Arab Saudi

Arab Saudi berjaya memancing ramai pemain berprofil tinggi pada musim panas lalu. Namun kini rata-rata pemain yang termakan umpan bayaran lumayan untuk beraksi di negara itu mulai meluahkan penyesalan.

Saudi Pro League mencuri perhatian peminat bola sepak dunia apabila membawa masuk ramai pemain ternama dunia untuk beraksi bersama beberapa kelab di negara itu sejak tahun lalu.

Malah Arab Saudi dikatakan cuba memancing Lionel Messi secara pinjaman dari Inter Miami pada Januari hadapan. Namun Messi mungkin akan berfikir dua kali untuk menerima tawaran tesebut selepas beberapa laporan mendedahkan beberapa pemain dan pengurus mahu kembali ke Eropah.

Menurut laporan The Sun, Arab Saudi berhadapan situasi memalukan apabila beberapa pemain mulai meluahkan penyesalan meneruskan karier masing-masing ke negara itu.

Ada juga yang berkata mereka ‘membenci setiap minit aksi’ bersama kelab di negara itu. Masalahnya kebanyakkan pemain ini diikat dengan kontrak mahal selama dua musim – yang menyukarkan mereka kembali ke Eropah dalam masa terdekat.

Antara punca utama pemain bintang dunia mulai melihat karier mereka di Arab Saudi tidak ideak adalah kerana kehadiran penonton ke stadium di setiap perlawanan berbanding liga-liga utama lain di Eropah.

Walaupun memiliki penduduk seramai 37 juta, perlawanan Al Ettifaq di mana Jordan Henderson beraksi – dan dikendalikan oleh Steven Gerrard – hanya dihadiri oleh 9,287 penonton ketika mereka tewas 2-1 kepada Al Fateh yang dilatih oleh Slaven Bilic pada Khamis lalu.

Malah sebelum ini perlawanan membabitkan Al Ettifaq hanya disaksikan oleh 4.867 penonton dan 976 dalam dua perlawanan terajhir mereka sebelum itu.

Sebagai perbandingan itu juga bermaksud kelab itu memiliki lebih sedikit penyokong dan peminat berbanding mana-mana 18 pasukan yang beraksi di League One -divisyen tiga – di England

Al Ittihad yang berpengkalan di Jeddah dan mempunyai pemain seperti Fabinho, Karim Benzema, Jota, dan N’Golo Kante pula hanya pernah merekodkan 29,000 kehadiran (tertinggi) dalam perlawanan mereka.

Secara purata liga yang memiliki 18 pasukan itu, 11 daripadanya merekodkan purata kehadiran penonton di bawah angka 5,000 setiap perlawanan,.

BACA:  Messi Perli Sinis Ronaldo, Anggap Saudi Pro League Liga BBNU