Ramos Hanya Memerlukan Dua Perlawanan Untuk Dapatkan Kad Merah Pertamanya Bersama PSG

Sergio Ramos hanya memerlukan dua perlawanan sahaja untuk mendapatkan kad merah pertama beliau bersama Paris Saint Germain dalam saingan Ligue.

Pertahanan legenda Sepanyol itu telah melengkapkan perpindahan secara percuma menyertai Paris Saint Germain dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Dek kerana beliau sudah sememangnya datang ketika sedang dibelenggu masalah kecederaan, maka Ramos terpaksa diketepikan sejak dari awal musim lagi.

Beliau hanya mampu melakukan debut pertamanya bersama Paris Saint Germain pada November ini selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan otot yang beliau alami sebelum ini.

Aksi pada malam ini merupakan penampilan ketiga beliau dalam semua pertandingan di bawah kendalian Mauricio Pochettino.

Aksi pada malam ini juga merupakan aksi kedua beliau dalam saingan Ligue 1 dan jelas sekali ia bakal menjadi sesuatu yang tidak akan pernah beliau lupakan sepanjang kariernya.

Pemain berusia 35 tahun itu telah mengutip kad merah pertama beliau hanya selepas melakukan dua penampilan sahaja dalam saingan Ligue 1.

Inilah Sergio Ramos yang peminat kenal.

Beliau dimasukkan pada aksi babak kedua dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 itu.

30 minit sahaja selepas beliau berada di atas padang, Ramos sudah mula mengutip kad kuning pertamanya dan lima minit selepas itu beliau dihadiahkan satu lagi kad kuning.

Beliau dilayangkan kad kuning kedua seterusnya dibuang padang pada minit ke-86 permainan dan anehnya para peminat meraikan kad merah itu kerana merasakan Ramos bukan siapa-siapa tanpa kad amaran.

Apa yang lebih menarik lagi, kad merah tersebut merupakan kad merah ke-27 sepanjang kariernya dan ia mengukuhkan lagi kedudukan Ramos sebagai pencinta kad merah dalam dunia bola sepak.

Ketika beraksi dalam lima liga utama Eropah, Ramos menerima 21 layangan kad merah, lapan lebih banyak berbanding pencabar terdekat beliau Sulley Muntari yang pernah beraksi bersama Portsmouth, Inter Milan dan AC Milan.

Beliau sebenarnya hanya melakukan klinikal foul yang mana bekas ketua pasukan Real Madrid itu jelas sedar apa yang beliau lakukan ketika menghalang serangan dari pemain penyerang lawan.

Walaupun beliau sekadar kesalahan beliau itu layak dilayangkan dengan layangan kad kuning, namun Ramos tetap menunjukkan reaksi tidak puas hati ketika meninggalkan padang.

Pengadil keempat perlawanan antara yang menjadi mangsa maki hamun Sergio Ramos ketika beliau berjalan meninggalkan padang untuk masuk ke bilik persalinan.

Para peminat di media sosial turut sama meraikan kejayaan Ramos menerima kad merah itu dan ramai juga yang tidak sangka beliau mampu mendapatkannya secepat ini.

Selepas dua perlawanan sahaja beliau sudah mampu untuk menikmati kad merah dari saingan Ligue 1 dan hal itu mungkin akan turut ditulis dalam buku sejarah PSG.

Selepas misinya mendapatkan kad merah dalam saingan Ligue 1 berjaya, Ramos mungkin boleh beri perhatian kepada saingan Champions League pula.

PSG ketika itu ketinggalan 1-0 dibelakang Lowly Lorient selepas Thomas Monconduit meledak gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-40 permainan.

Mauro Icardi kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan itu dengan beliau cemerlang meledak gol penyamaan pada masa kecederaan permainan.

Perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan Paris Saint Germain di puncak saingan liga dengan kelebihan 13 mata mengatasi Nice yang berada di kedudukan kedua.

Lawan mereka, Lorient pula kini terus berada di kedudukan kedua tercorot dalam saingan Ligue 1 dengan mereka hanya mampu mengumpul 16 mata sahaja dari 19 perlawanan.

Mengutip satu mata bertemu Paris Saint Germain yang dipenuhi dengan barisan pemain terhebat dunia sepertinya sudah menjadi kejayaan yang membanggakan untuk Lorient.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Messi Marah Selepas Dipakuk Sergio Ramos Dalam Latihan