Rashford Dan Ejennya Beri Gambaran Sancho Bakal Sertai Man Utd

Marcus Rashford dan ejen yang menguruskan beliau telah menimbulkan kekecohan di laman twitter dengan memberi gambaran yang Sancho bakal ke Old Trafford.

Gandingan Sancho dan Rashford pada ketika ini sedang bersama skuad kebangsaan England menjelang aksi Euro tidak lama lagi.

Rashford telah memuat naik gambar beliau bersama Sancho pada hari pertama sesi latihan mereka bersama skuad kebangsaan England.

Rashford sedikit lambat untuk menyertai sesi latihan dek kerana beliau diberikan masa rehat yang lebih panjang kerana baru selesai aksi perlawanan akhir Europa League.

Beliau memuat naik gambarnya bersama Sancho di laman twitter dengan menulis, ‘Little boy’ dan muat naik tersebut telah mencuri tumpuan peminat United seluruh dunia.

Peminat bukannya teruja dengan gambar atau kenyataan yang Rashford tulis, sebaliknya komen dari ejen beliau yang membangkitkan semangat para penyokong.

D N May Sports managements, merupakan agensi yang diuruskan oleh Dwaine Maynard dan Dane Rashford, yang mana mereka telah meninggalkan komen yang berjaya membuat para penyokong setan merah menjadi begitu teruja.

“Dua pemuda yang saling menemani.”

Kemudian salah seorang peminat turut menyelit komen di situ dengan menyatakan kedua-dua pemain itu akan saling menemani di peringkat kelab juga.

D N May Sports managements kemudian segera membalas kenyataan tersebut dengan meninggalkan komen emoji kenyit mata.

Ekoran dari itu, peminat setan merah menganggap beliau sebenarnya memberi gambaran yang Sancho memang akan menemani Rashford bersama Manchester United selepas ini.

Sancho sememangnya pemain sasaran utama kelab sejak beberapa musim kebelakangan ini lagi, dan satu-satunya alasan setan merah tidak menandatanganinya adalah kerana nilai yang diletakkan padanya terlalu tinggi.

Musim panas lalu, United sudah hampir pasti untuk mendapatkan Jadon Sancho, namun dek kerana Borussia Dortmund tidak mahu menurunkan harga, maka urusan untuk menandatangani bintang England itu terus tertangguh.

Sancho terus hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester United pada musim panas ini selepas namanya menjadi pemain paling dikehendaki oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk dibawa ke Old Trafford.

Para peminat setan merah sendiri sangat berharap untuk melihat Sancho menyarung jersi Manchester United dan membantu kelab untuk memenangi Piala kejuaraan pada musim baharu nanti.

Kerana itulah para peminat begitu teruja dengan hint yang diberikan oleh ejen Rashford di twitter ini.

Sporting director Borussia Dortmund, Michael Zorc, baru-baru ini telah mengesahkan yang mereka sudah bersetuju untuk melepaskan pemain berusia 21 tahun itu pada musim panas ini.

“Kami sudah membuat perjanjian khas bersama Jadon tahun lalu yang mana beliau boleh berpindah mengikut syarat tertentu.”

Jelas Zorc kepada ARD.

“Dia sudah bertahun-tahun bersama kami. Walau bagaimanapun, perjanjian ini tak melibatkan Haaland sama sekali.”

Manchester United sudah mengeluarkan dana yang besar kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk beliau menandatangani pemain baru pada musim panas ini.

Harry Kane, Declan Rice, Pau Torres, Jack Grealish dan Jadon Sancho merupakan nama-nama yang dikaitkan bakal menyertai Manchester United menjelang aksi musim 2021/22 nanti.

Dari semua senarai tersebut, tidak keterlaluan untuk mengatakan yang United setidak-tidaknya bakal berjaya mendapatkan salah seorang dari mereka.

BACA:  Man Utd Singkir Sancho Kerana Berdegil Mohon Maaf