Rashford Dianggap Setanding Mbappe Dan Bakal Memenangi Ballon d’or

Matteo Darmian percaya bahawa Marcus Rashford boleh mencapai tahap bintang besar seperti Kylian Mbappe dan tidak mustahil bakal menjadi pemenang Anugerah Ballon d’or kelak.

Bekas pemain Manchester United itu secara terang terangan memuji Rashford yang dibawa masuk kepasukan utama setan merah pada tahun 2015 dibawah kendalian Louis Van Gaal.

Kemunculan awal pemain penyerang muda United itu sangat mengagumkan. Beliau sangat pantas, lincah dan tajam dihadapan gol.

Marcus Rashford menjadi seorang pemain remaja yang terbaik di premier league ketika awal debutnya dan pertahanan Itali itu percaya, Rashford mampu mencapai tahap seperti pemenang piala dunia bersama Perancis, Kylian Mbappe.

“Saya masih ingat kali pertama Marcus Rashford bersama dengan pasukan utama. Perkara itu seperti baru berlaku semalam.”

Jelas Darmian kepada Guardian.

“Waktu itu saya terus berfikir, ‘wow dia bakal menjadi seorang pemain yang handal dan luar biasa.”

“Dia sudah melakukan pelbagai kejayan cemerlang sebagai seorang pemain yang hebat di usianya dan cara dia memperbaiki kelemahannya dari setiap sudut yang ada sangat mengagumkan.”

Sejak dari awal debutnya, Rashford telah menjadi salah seorang pemain utama dalam pasukan setan merah dan Darmian menganggap pemain muda England itu boleh memenangi ballon d’or sekiranya dia meneruskan sikap yang dimiliki sekarang.

“Jika dia teruskan kerja keras yang dilakukan sekarang, saya rasa yakin dan pasti dia akan memenangi anugerah teragong dalam sukan bola sepak itu.”

Tambah Darmian.

“Saya sangat yakin dengan hal ini. Dia antara yang berjaya membuat saya berasa kagum dengannya berbanding pemain lain yang ada. Tambahan pula dia masih muda dan masih banyak yang boleh diperbaiki. Pada saya cukup jelas dia setanding dengan Kylian Mbappe dan bakal memenangi ballon d’or dalam tempoh beberapa tahun lagi.”

Pemain berusia 22 tahun itu melalui karier yang cemerlang bersama setan merah sejak dari awal kemunculannya pada tahun 2015.

Beliau telah berjaya menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan untuk setan merah sebelum saingan Liga digantung ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Kecederaan berpanjangan sedikit merencatkan aksi Rashford pada musim ini dan waktu saingan liga digantung beliau sudah pasti akan mempersiapkan diri untuk kembali beraksi.

Sejak kehadiran Bruno Fernandes kedalam pasukan, Manchester United tidak psrnah tewas dan mereka semakin tajam di bahagian serangan.

Para peminat sudah pastinya tidak sabar untuk melihat Rashford digandingkan dengan Fernandes untuk aksi musim hadapan.

United kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk mendapatkan Jack Grealish, James Maddison dan Jadon Sancho.

Sekiranya setan merah berjaya membawa salah seorang dari tiga pemain ini ke Old Trafford, jentera serangan United musim depan pasti digeruni lawan.

Darmian kini sedang beraksi bersama pasukan di Serie A, Parma sejak menandatangani kontrak bersama kelab itu pada musim panas 2019.

BACA:  PSG Mahu Dapatkan Rashford Dengan Gaji £850,000 Seminggu Je