PSG Mahu Dapatkan Rashford Dengan Gaji £850,000 Seminggu Je

rashford psg

Gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan amat berminat mendapatkan Marcus Rashford dan mahu menjadikannya pemain dengan gaji antara tertinggi di dunia dan pasti tidak dapat melawan Kylian Mbappe.

Kontrak semasa penyerang Manchester United itu masih mempunyai baki setahun lagi untuk terus kekal di Old Trafford dan Setan Merah dilihat akan mengaktifkan klausa tambahan untuk kekal setahun lagi sehingga 2024.

Berita perpindahan Rashford ke PSG bukan perkara yang baru pada jendela perpindahan musim panas yang lalu pemain England itu masih dikaitkan walaupun mempamerkan prestasi buruk musim lalu.

Setakat ini dibawah bimbingan Erik Ten Hag, Rashford telah menjaringkan lapan gol untuk Manchester United merentasi semua kejohanan.

PSG kini dilaporkan sedang menyusun atur beberapa pakej kewangan lumayan untuk memancing pemain tersebut keluar dari Premier League.

Gergasi Perancis itu akan menawarkan pemain berusia 25 tahun itu kontrak yang dengan gaji setinggi £850,000 setiap minggu untuk memadamkan saingan dari kelab lain.

Situasi ini boleh terjadi kerana kontrak semasa Rashford yang hampir tamat bermakna hanya akan melibatkan yuran perpindahan lebih kecil, justeru iut PSG mampu menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Antara pasukan lain yang berminat dengan Rashford ialah Bayern Munich dan Real Madrid. Juara Bundesliga Bayern mempunyai struktur gaji yang ketat bermakna mereka tidak mungkin mahu membuat tawaran menyamai jumlah itu.

Real Madrid dilihat bersedia untuk membuat tawaran tertinggi sehingga £500,000 seminggu sahaja selepas gagal menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas lalu.

Karim Benzema kekal sebagai satu-satunya pilihan sebenar mereka di hadapan, namun pemenang Ballon d’Or sudah semakin berusia dan memerlukan pengganti berimpak tinggi dengan segera.

Walaupun Real Madrid juga tidak mampu menawarkan gaji yang menggunung namun tarikan Real Madrid itu adalah dari segi sejarah kejayaan yang panjang dan sejarah baru ditulis hampir setiap musim, satu perkara yang tidak dimiliki PSG.

Marcus Rashford telah menjaringkan tiga gol pada Piala Dunia untuk England, yang tersingkir daripada pertandingan itu di kaki Perancis lalu terus pulang ke rumah.

Pengurus United, Erik ten Hag baru-baru ini mengesahkan kelab itu sedang mencari penyelesaian untuk mengikat Rashford dan bek sayap Diogo Dalot dengan kontrak baharu.

Kedua-duanya telah bermain di bawah Ten Hag, terutamanya Dalot yang pada asasnya adalah satu-satunya bek kanan yang dipercayai Ten Hag. Aaron Wan-Bissaka hanya bermain empat minit bola sepak di Liga Perdana musim ini.

“Dia perlu membuat keputusan,” kata Ten Hag sebagai respons kepada minat PSG yang dilaporkan terhadap Rashford.

“Kami hanya boleh menunjukkan kepadanya bahawa ini adalah kelab terbaik untuk diduduki. Ia ada kaitan dengan budaya kelab, tetapi juga dengan cara kami bekerja bersama. Ia berkaitan dengan cara kami bermain dan cara kami berlatih. Adakah kita menawarkan persekitaran yang sesuai untuk maju lebih jauh?”

“Marcus adalah salah seorang pemain dari awal yang datang dengan senyuman ke Carrington dan pergi dengan senyuman. Dari saat pertama, ia adalah kegembiraan untuk bekerja dengannya. Saya percaya dia gembira.”

Kini keputusan berada di tangan Rashford untuk memilih laluan kariernya samada kekal atau tukar di mana semua pihak berminat dan pastinya tawaran United pasti tidak setanding PSG.

Jika PSG, Rashford boleh beraksi bersama pemain handalan dunia seperti Lionel Messi dan Neymar serta Kylian Mbappe selepas berpengalaman melihat Cristiano Ronaldo tantrum saban minggu di Old Trafford.

BACA:  Messi Bengang Dengan Pochettino Kerana Mengeluarkan Beliau