Cristiano Ronaldo telah mengirim mesej kepada Manchester United ekoran dari kekalahan mengejutkan mereka ditangan Young Boys dalam aksi saingan Champions League kemarin.
Man Utd memulakan kempen Eropah mereka musim ini dengan kekalahan mengejutkan di tangan Young Boys, yang berjaya memperoleh gol kemenangan di minit akhir permainan.
Ronaldo yang berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi debut beliau bertemu Newcastle United dalam saingan Premier League sebelum ini, turut berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan di Switzerland itu.
Cristiano Ronaldo gave his shirt to the steward he accidentally hit with a ball when warming up 💙 pic.twitter.com/2ChZgBWy8V
— ESPN FC (@ESPNFC) September 15, 2021
Walau bagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan dua gol sebagai balasan gol dari Ronaldo, seterusnya mengesahkan kemenangan untuk mereka menewaskan gergasi Premier League itu.
Moumi Ngamaleu berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh bintang Portugal itu, sebelum pemain gantian, Jesse Lingard melakukan aksi dungu dengan mencetuskan gol kemenangan pasukan tuan rumah.
Lingard telah melorongkan bola yang cukup cantik ke dalam kotak penalti sendiri, dan menyebabkan Theoson Siebatcheu memanfaatkan kesempatan yang ada untuk jaringkan gol kemenangan Young Boys.
Ronaldo akhirnya bersuara juga selepas kekalahan mengejutkan itu, dengan beliau meminta agar rakan sepasukannya segera melupakan peristiwa memalukan itu dan beri tumpuan pada aksi seterusnya.
Cristiano Ronaldo has 177 G/A in 177 UCL games
The legend keeps growing 🐐 pic.twitter.com/hrLVOj5LAm
— CR7 Rap Rhymes (@cr7raprhymes) September 15, 2021
Beliau memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan menyatakan:
“Bukan keputusan yang kita mahukan, tapi sekarang masa untuk pulihkan semuanya dan beri tumpuan pada perlawanan seterusnya.”
Wasn't the result we wanted, but now it’s time to recover well and focus on the next game!👏🏽👊🏽 #mufc pic.twitter.com/J97WdtIylR
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) September 14, 2021
Bercakap selepas kekalahan skuadnya, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer turut menyatakan bahawa:
“Kita semua manusia, setiap pemain bola tentu akan melakukan kesilapan.”
“Dengan Jesse, tiada pemain bola sepak yang suka melakukan kesilapan tapi jelas sekali ia sememangnya sebahagian dari permainan ini.”
“Kita akan belajar dari itu, dia juga akan jadikan hal itu sebagai pengajaran. Dia akan kembali memotivasikan diri dia dan bersedia untuk aksi bertemu West Ham nanti.”
United jelas merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut, namun selepas mereka kehilangan khidmat Aaron Wan Bissaka yang dilayangkan kad merah, mereka dilihat seperti hilang arah.
FT: Young Boys 2-1 Manchester United
Manchester United open their Champions League campaign with a loss pic.twitter.com/IvzLyqEO0j
— B/R Football (@brfootball) September 14, 2021
Jentera serangan United jadi benar-benar tumpul dan mati kutu untuk melancarkan serangan, dengan pertukaran pemain yang dilakukan oleh Solskjaer juga turut dipertikaikan.
United pada musim ini dilihat sangat berpotensi untuk memenangi kejuaraan dengan memiliki skuad yang serba mantap.
Namun kekalahan mengejutkan kemarin menyebabkan banyak pertikaian tentang kemampuan mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Setan merah kini sedang mendahului carta liga dengan mengumpul 10 mata, berkongsi kutipan mata dan jumlah jaringan yang sama dengan Liverpool dan Chelsea.
Young Boys were pumped after Jordan Pefok scored the winner to stun Manchester United 🔥 pic.twitter.com/ldvboE9J8o
— B/R Football (@brfootball) September 14, 2021
Kekalahan di tangan Young Boys sama sekali tidak menjejaskan peluang mereka untuk mara lebih jauh dalam saingan Champions League musim ini, memandangkan masjh banyak perlawanan yang perlu dilalui.
Sumber: SPORTbible