Reaksi Jesse Lingard selepas menjadi punca kemenangan Young Boys menewaskan Manchester United malam kemarin, menunjukkan yang beliau sangat kecewa.
Bintang kebangsaan England itu telah memuat naik status di laman instagram miliknya untuk meluahkan rasa kecewa beliau menjadi punca kekalahan pasukannya dalam saingan Champions League.
Pemain berusia 28 tahun itu telah melakukan hantaran yang sangat berkualiti dan benar-benar cantik ke arah kotak penalti United, namun bola tersebut dipintas oleh Theoson Siebatcheu.
Last night hurt. Everytime I pull on the shirt, I hope people understand what it means to me. I always go out wanting to do the best for the club, the team and the fans. I’m upset for my part in the defeat. Mistakes happen in football but we pick ourselves up and go again. pic.twitter.com/naTlNMop8L
— Jesse Lingard (@JesseLingard) September 15, 2021
Bintang Young Boys memanfaatkan kesempatan yang ada dengan beliau berjaya menewaskan De Gea, seterusnya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya menewaskan setan merah.
Lingard menegaskan yang beliau kecewa dengan keputusan perlawanan, terutama dengan kesilapan dungu yang beliau lakukan itu.
Beliau turut berjanji yang dirinya sendiri, bersama semua rakan sepasukannya yang lain akan berusaha sehabis baik untuk pastikan kesilapan sama tidak berulang dan akan tebus kekalahan tersebut ketika turun beraksi bertemu West Ham minggu ini.
“Setiap kali saya menyarung jersi United, saya harap orang faham apa maknanya terhadap saya.”
Jelas Lingard.
“Saya sentiasa keluar ke sana dan mahu melakukan yang terbaik untuk kelab, untuk pasukan terurama untuk peminat.”
“Saya kecewa atas kesalahan saya atas kekalahan itu. Saya tidak mahu kalah mana-mana perlawanan lagi tapi kesalahan memang berlaku dalam dunia bola sepak dan kami mahu berusaha bersama. Kami semua akan bangkit dan tidak sabar menunggu hari Minggu nanti.”
Lingard bukanlah satu-satunya pemain yang memberi komen tentang kekalahan United di tangan Young Boys kemarin, yang mana ia merupakan kekalahan ketujuh Ole dalam saingan Champions League.
“Bukan keputusan yang kami mahukan.”
We are all 𝐔𝐧𝐢𝐭𝐞𝐝 ✊❤️#MUFC | @JesseLingard pic.twitter.com/VDvUfbyeBL
— Manchester United (@ManUtd) September 16, 2021
Jelas penjaring gol United dalam perlawanan tersebut, Cristiano Ronaldo.
“Tapi sekarang adalah masa untuk kembali bangun dan beri tumpuan untuk perlawanan seterusnya nanti.”
“Sukar untuk terima kekalahan itu, tapi masih ada masa yang panjang untuk kembali bangkit.”
Tulis Harry Maguire di laman instagram miliknya.
Time to bounce back together.💪🔴 pic.twitter.com/SJ9XwD5xpb
— Donny van de Beek (@Donny_beek6) September 15, 2021
“Masa untuk bangkit bersama.”
Tulis Donny Van De Beek di laman twitter, selepas beliau turut diturunkan dalam perlawanan tersebut.
Selepas melalui permulaan yang baik, yang mana Ronaldo meledak gol pada minit ke-13 perlawanan, United berdepan dengan kesukaran dalam perlawanan tersebut.
United mula hilang arah selepas mereka kehilangan khidmat pemain pertahanan, Aaron Wan Bissaka yang dilayangkan kad merah pada aksi babak pertama permainan.
Young Boys mula bangkit pada aksi babak kedua permainan selepas Moumi Ngamaleu menjaringkan gol penyamaan, sebelum Siebatcheu menghukum kesilapan dungu Lingard untuk mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah.
𝙒𝙤𝙧𝙠𝙞𝙣𝙜 hard 💪#MUFC | @JesseLingard pic.twitter.com/tO8IPj0lYX
— Manchester United (@ManUtd) September 16, 2021
Selepas dari kekalahan yang mengejutkan itu, terdapat banyak pertikaian tentang kesesuaian Ole Gunnar Solskjaer untuk terus mengurus skuad setan merah.
Ramai yang mempertikaikan rekod buruk pengurus dari Norway itu dipentas bola sepak Eropah dan merasakan yang beliau tidak cukup bagus untuk membimbing kelab sehebat United.
“Kurang beri tumpuan, melakukan kesilapan dan kamu dihukum.”
Jelas pengurus dari Norway itu selepas tamat perlawanan.
“Kami perlu bangkit. Kami sudah lakukannya ketika di pentas Eropah musim lalu.”
Jesse Lingard completed just 1 successful pass in 23 minutes tonight. pic.twitter.com/Dyj9WnChZ7
— UnitedReds (@UnitedRedscom) September 14, 2021
“Sudah tentu, kami terlepas peluang untuk mendapatkan tiga mata penting, tapi kami ada dua perlawanan di halaman sendiri selepas ini dan kami perlu beri tumpuan untuk kedua-dua perlawanan itu.”
“Kami tahu kami telah menyukarkan tugas kami berbanding apa kami lakukan pada tahun lalu, tapi semua orang fikir kami sudah tersingkir selepas dua perlawanan pada tahun lalu.”
Selepas kekalahan dalam saingan Champions League, United kini mahu beri tumpuan pada aksi saingan Premier League, dengan mereka selepas ini bakal beraksi bertemu West Ham.
Jesse Lingard's disastrous Man Utd cameo a slap in the face ahead of weekend reminder https://t.co/HTs7dtzolU pic.twitter.com/IkaIfGnFIn
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 17, 2021
United sedang berada di puncak saingan liga, berkongsi kutipan mata dan jumlah gol yang sama seperti Liverpool dan Chelsea.
Sumber: SPORTbible