Real Madrid Mahu Lelong Hazard Pada Harga £43 Juta

Pemain lincah pada suatu ketika dahulu, Eden Hazard dilaporkan akan dijual dengan harga lelong oleh Real Madrid yang sedia mengalamai kerugian dengan nilai sekitar £43 juta sahaja.

Eden Hazard telah mencetuskan kontroversi yang dianggap memalukan selepas tersingkirnya Real Madrid di kaki Chelsea di pusingan separuh akhir Champions League.

Selepas tewas, Eden Hazard dilihat bergelak ketawa bersama bekas rakan sepasukannya seolah-olah tiada apa yang terjadi yang membuatkan ramai panas hati.

Tindakan Hazard itu telah menerima kecaman hebat dari peminat yang melabelkan kelakuan Hazard itu bukan sahaja tidak profesional malah memalukan.

Lantaran itu media Sepanyol yang rata-ratanya pro Real Madrid telah beranggapan bahawa karier Hazard bersama Los Blancos telah pun berakhir.

Menyedari kesilapannya itu Eden Hazard telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat Real Madrid di atas kelakuannya itu.

Permohonan maaf itu telah dibuat melalui Instagram Story, Hazard menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak berniat untuk menyakiti hati para penyokong Real Madrid.

“Aku minta maaf. Aku sudah baca banyak pandangan tentang aku hari ini dan bukan niat aku untuk menyinggung perasaan peminat Real Madrid.”

“Sememangnya sudah menjadi impian aku untuk bermain bersama Real Madrid dan aku datang sini untuk menang.”

“Musim ini belum berakhir dan kita sekarang perlu bersama-sama berjuang untuk memenangi La Liga! Hala Madrid!”

Lantaran itu Real Madrid dilaporkan mula panas kepala dengan sikap tidak profesional Eden Hazard dan mungkin akan melepaskan pemain yang menjadi beban kewangan kelab.

Tidak lama selepas itu ABC telah melaporkan bahawa Real Madrid sedia mengalami kerugian untuk melepaskan Eden Hazard dengan harga semurah £43 juta. Lelong! Lelong!

Laku atau tidak, Eden Hazard akan diletakkan dalam senarai pemain untuk dijadual pada jendelan perpindahan musim panas ini.

Bagi orang luar agak kelakar perangai Hazard namun tidak bagi penyokong Madrid yang nyata kelakuan Hazard itu tidak kena pada tempatnya.

Sebenarnya Hazard tidak perlu menangis seperti Son Heung Min walaupun sekadar Mickey Mouse Cup atau seperti Neymar, cuma janganlah terlalu riang seperti berjaya ke final.

Eden Hazard tiba di Santiago Bernabeu pada musim panas 2019 dengan reputasi yang sangat gah dan dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

Bersama Chelsea tidak perlu diceritakan lagi kehebatan Hazard dan berjaya membantu Belgium mendapat tempat ketiga di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di rusia.

Lantaran itu tanda harga £100 juta agak berbaloi untuk Hazard yang berada dikemuncak prestasi ketika itu dengan gaji mingguan £416,000.

Namun langit tidak selalu cerah, selepas dua musim di Sepanyol, Hazard hanya bermain dalam 37 perlawanan sahaja dan gagal untuk konsisten.

Semua ini kerana 11 kecederaan yang dialami sejak tiba dan Hazard juga berdepan dengan masalah berat badan yang jelas menunjukkan beliau tidak serius menjaga disiplin.

Hazard kini sudah berusia 30 tahun dan jika berterusan seperti ini maka dunia bola sepak tidak akan dapat menikmati semula kehebatan Hazard di Chelsea.

Media Sepanyol kini meramalkan ketawa besar Hazard selepas disingkirkan Chelsea akan menamatkan kariernya bersama Real Madrid.

Sebenarnya prestasi ditunjukkan Real Madrid mara ke separuh akhir agak memberangsangkan tanpa membeli pemain baru dan bergantung harap kepada kuda tua sebagai tonggak.

BACA:  Conte Tegaskan Beliau Tidak Benci Sesiapa Selepas Pertelingkahan Dengan Mourinho