Real Madrid dilaporkan bersedia untuk menawarkan salah satu dari empat pemain mereka kepada Manchester United untuk mendapatkan Paul Pogba.
Pemain midfield Perancis itu telah dikaitkan bakal meninggalkan Old Trafford sejak lama dahulu, dan berita tentang beliau kekal atau tidak sering berubah-ubah dari masa ke semasa.
Real Madrid merupakan salah sebuah pasukan yang menjadi pilihan untuk Pogba sekiranya beliau mahu meninggalkan setan merah nanti.
Real Madrid have reportedly offered four players to Manchester United in order to lure superstar midfielder Paul Pogba to the Santiago Bernabeu.
Full story: https://t.co/FIdDMrQLRW pic.twitter.com/4GbLNEYQ9e
— Kick Off (@KickOffMagazine) May 28, 2020
Real Madrid telah beberapa musim ini dikaitkan bakal menandatangani bekas pemain Juventus itu namun sehingga kini mereka tidak pernah berjaya untuk melakukannya.
Terbaru Real Madrid telah menyenaraikan beberapa pemain untuk ditawarkan kepada Manchester United demi untuk mendapatkan Paul Pogba.
Martin Odegaard, James Rodriguez, Lucas Vazquez dan Brahim Diaz antara pemain yang akan digunakan oleh Los Blancos untuk mendapatkan Paul Pogba dengan harga yang lebih murah.
Menurut the Mirror, Real Madrid akan menawarkan salah satu dari empat tersebut kepada setan merah dengan harapan agar pihak United akan memberikan Paul Pogba dengan harga yang lebih rendah.
Real Madrid 'ready to offer FOUR players' in return for Paul Pogba.
Deal or not deal, #MUFC fans?https://t.co/pDLJLZ5z9e
— talkSPORT (@talkSPORT) May 28, 2020
Ole Gunnar Solskjaer sendiri sepertinya mahu menyimpan Pogba dan berharap akan menggandingkan beliau dengan Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi cukup mantap bersama setan merah dan kerana itu ramai yang mahu melihat beliau digandingkan dengan Pogba untuk memperkuat jentera serangan pasukan United.
Namun keinginan semua pihak saja tidak mencukupi, semuanya tergantung juga kepada diri Pogba sendiri, andai beliau mahu meninggalkan pasukan, Ole Gunnar Solskjaer tetap harus melepaskannya juga.
Setan merah sepertinya mahu setidaknya mendapatkan semula dana yang telah mereka bayar kepada the Old Lady untuk menandatangani Pogba pada tahun 2016 yang lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu ditandatangani dengan nilai perpindahan tertinggi kelab bernilai £89 juta, satu nilai yang sukar untuk dituruti oleh Real Madrid dan kerana itu mereka menawarkan seorang pemain untuk mendapatkan pengurangan harga.
Even 1 player is okay #pogbamustgo #wilsonchifike https://t.co/J0KZR624yU
— Wilson (@wilsonchifike) May 29, 2020
Real Madrid dan pengurus pasukan mereka, Zinedine Zidane sememangnya mahu melepaskan James Rodriguez pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Pemain kebangsaan Colombia itu telah dipinjamkan ke Bayern Munich selama dua tahun sebelum ini, namun pasukan dari Bundesliga itu tidak mahu untuk menandatanganinya secara tetap dan memulangkan semula pemain itu kepada Real Madrid.
Beliau sepertinya sudah tidak mampu untuk berkhidmat dalam sistem perancangan Zidane pada musim ini dan dijangka akan dijual pada musim panas nanti.
Beliau turut telah dikaitkan dengan beberapa pasukan lain sebelum ini antaranya adalah Wolves.
Odegaard telah membuat satu keputusan yang menggemparkan pada tahun 2015 apabila beliau memilih untuk menandatangani perjanjian bersama Real Madrid.
Namun sehingga kini beliau masih gagal untuk masuk ke dalam skuad utama Real Madrid dan merupakan antara pemain yang tiada dalam perancangan Zidane dalam beberapa musim ini.
Beliau menghabiskan masa empat tahun sebelum ini sebagai pemain pinjaman bersama pasukan Heerenveen, Vitesse dan kini bersama Real Sociedad.
Paul Pogba's hopes of Real Madrid move crumble as club fear wage row with Sergio Ramos https://t.co/bU52rhRp0X
— MailOnline Sport (@MailSport) May 29, 2020
Namun usianya kini baru mencecah 21 tahun dan masih mempunyai masa yang banyak untuk mempamerkan aksi lebih baik untuk terus bersinar dan mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia bola sepak.
Vasquez pula sudah turut beraksi sebanyak 47 perlawanan dalam semua pertandingan musim lalu, beliau menjadi pilihan utama Zidane berbanding Bale walaupun bintang Wales itu dalam keadaan cergas.
Bekas pemain muda Manchester City, Brahim Diaz berpindah dari Etihad ke Bernabeu pada Januari dengan nilai £15.5 juta, namun peluang beliau untuk beraksi bersama pasukan utama sangat sukar.
Real Madrid reportedly remain desperate to get Paul Pogba in the coming transfer window, and could offer four stars in a massive swap deal for the 2018 FIFA World Cup winner. #SLInt https://t.co/BYfSq2j7Ab
— Soccer Laduma (@Soccer_Laduma) May 28, 2020
Pemain berusia 20 tahun itu hanya turun beraksi sebanyak 18 kali sahaja untuk semua pertandingan dalam tempoh setahun, dan kebanyakkannya beliau muncul sebagai pemain gantian yang dibawa masuk diakhir-akhir minit perlawanan.
Namun untuk beraksi bersama bekas seteru utama pasukannya, Manchester United, sepertinya satu hal yang mustahil untuk Brahim Diaz lakukan, walaupun beliau tidak mendapat minit permainan yang cukup bersama Madrid.