Real Madrid Menjinakkan Barcelona Dalam Perlawanan El Clasico

Perlawanan antara Real Madrid menentang Barcelona adalah antara perlawanan yang paling dinanti peminat bola sepak seluruh dunia. Awal pagi ini, Barcelona akan berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk menghadapi penghuni kedua La Liga, Real Madrid.

Untuk pengatahuan, Real Madrid hanya telah memenangi satu sahaja perlawanan dalam El Clasico dari 10 perlawanan terakhir mereka. Eden Hazard telah terlepas perlawanan El Clasico pertamanya, lalu beliau telah mempersiapkan diri untuk menghadapi perlawanan El Clasico keduanya.

Namun Hazard sekali lagi ditimpa kecederaan dan tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan El Clasico keduanya.

Barcelona kini sedang mendahului Real Madrid dalam persaingan La Liga dengan perbezaan dua mata. Selepas seri 0-0 di Nou Camp untuk perlawanan El Clásico pertama musim ini, kedua-dua pasukan bersemangat untuk mendapatkan kemenangan seterusnya memimpin Liga hingga akhir musim.

Real Madrid adalah salah satu daripada lawan kegemaran Antoine Griezmann untuk menjaringkan gol. Griezmann telah menjaringkan lapan gol melawan Los Blancos. Real Madrid Juga tidak pernah menang dalam tujuh perlawanan El Clasico terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Perlawanan bermula dengan penuh aksi serang menyerang antara kedua-dua pasukan. Di awal 20 minit pertama Real lebih menguasai di bahagian tengah padang dan lebih banyak melancarkan serangan ke gawang Barcelona.

Perlawanan ini juga sudah hangat dengan aksi panas sehingga Vinicius Junior telah menerima kad kuning seawal minit ke 10 perlawanan. Manakala pada minit ke-19 Carvajal dan Jordi Alba juga telah menerima kad kuning kerana aksi tolak menolak mereka berdua.

Minit ke-20 hingga minit ke-30 perlawanan jelas dikuasai oleh Barcelona yang sudah memperkemas barisan tengah serta serangan mereka. Namun masuk minit ke 31 perlawanan sudah kembali seimbang dengan Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Peluang untuk Arthur menjaringkan gol awal Barcelona telah dipersia-siakan apabila beliau gagal menjaringkan gol dalam perlawanan satu lawan satu berdepan Courtois pada minit ke-34 permainan. Barcelona banyak melepaskan peluang keemasan di 15 minit terakhir perlawanan.

Real kurang mendominasi permainan dalam 20 minit terakhir perlawanan namun mereka banyak melakukan gerakan berbahaya yang nyaris menghukum Barcelona dengan jaringan. Tamat separuh masa pertama dengan keputusan masih terikat tanpa jaringan.

Perlawanan babak kedua berlangsung dengan begitu banyak aksi serang menyerang dan Kedua-dua pasukan bermain dengan pantas. Real Madrid jelas menguasai 10 minit pertama perlawanan di babak kedua ini.

Saling berbalas serangan namun masih tiada jaringan yang berjaya dihasilkan. Pada minit ke-71 Vinicius Junior  membawa laju bola di sudut kiri gawang Barcelona dan melepaskan rembatan padu yang terkena kaki Pique lalu masuk menerjah gawang Barcelona.

Perlawanan terus dihangatkan lagi dengan aksi serang menyerang kedua pasukan. Satu perlawanan yang hebat untuk disaksikan. Zidane telah mengeluarkan Karim benzema pada masa kecederaan dan memasukkan Mariano Diaz mungkin untuk sekadar melengkapkan pertukaran pemain.

Mariano Diaz hanya memerlukan satu minit sahaja berada di dalam padang sebelum menjaringkan gol Kemenangan untuk pasukan Real madrid pada masa kecederaan.

Beliau yang menerima bola hasil lontaran kedalam dari Daniel Carvajal membawa bola laju dari sudut sebelah kanan Barca dan menolak bola masuk ke gawang menewaskan Ter Stegen.

Keputusan akhir perlawanan, Real Madrid berjaya menewaskan Barcelona dengan keputusan 2-0 dan meletakkan mereka sebagai pendahulu La Liga dengan kelebihan satu mata berbanding Barca.

Senarai Pemain Real Madrid VS Barcelona

Senarai pemain utama Real Madrid

Thibaut Courtois, Dani Carvajal, Raphael Varane, Sergio Ramos, Marcelo, Toni Kroos, Casemiro, Federico Valverde, Isco, Vinicius Junior, Karim benzema.

Pemain simpanan Real Madrid

Alphonse Areola, Eder Militao, Ferland Mendy, Luka Modric, Gareth Bale, Lucas Vazquez, Mariano Diaz.

Pemain utama Barcelona

Marc Andre Ter Stegen, Nelson Semedo, Gerrard Pique, Samuel Umtiti, Jordi Alba, Arthur, Sergio Busquets, Frenkie De Jong, Arturo Vidal.

Pemain simpanan Barcelona

Neto, Clement Lenglet, Junior Firpo, Ivan Rakitic, Alex Collado, Martin Branthwaite, Ansu Fati.

BACA:  Dua Lagi Pemain Barca Setuju Menerima Cadangan Pemotongan Gaji