Real Madrid Panas Kepala Dengan Aksi Ceria Hazard Selepas Tewas

Real Madrid dilaporkan panas kepala dengan aksi gembira lagi ceria Eden Hazard selepas mereka tewas dan tersingkir di kaki Chelsea di separuh akhir Champions League dengan agregat 3-1.

Gambar dan video Eden Hazard bergurau senda dan ketawa besar bersama bekas rakan sepasukannya, Kurt Zouma dan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy jadi viral selepas perlawanan.

Aksi gembira tak kena tempat Eden Hazard itu nyata mencuri tumpuan dan mecuit hati peminat bola sepak namun tidak bagi penyokong Real Madrid yang menganggap kelakuan itu sangat memalukan.

Peminat Real Madrid telah menggunakan media sosial untuk mengkritik dan mengeji Eden Hazard dan kemarahan itu telah merebak kepada ahli kelab dan membawa ke bilik persalinan.

Menurut laporan ESPN bersandar sumber dalaman yang mereka percayai, Real Madrid juga tidak gembira dan sangat marah dengan apa yang dilakukan oleh Hazard.

Menurut sumber dalaman itu, sikap yang ditunjukkan oleh Eden Hazard sangat tidak bertoleransi selepas kelab tersingkir dan sangat menyakitkan bagi Real Madrid.

Sumber yang sama juga telah mencela pemain kebangsaan Belgium itu keran “kurang bijak” berkelakuan seperti itu berikutan prestasi buruk ditunjukkan ketika menentang bekas kelabnya.

Hazard, 30, bermain di separuh akhir untuk memimpin serangan Madrid bersama Karim Benzema tetapi tidak memberi impak sepanjang perlawanan dan digantikan oleh Mariano pada minit ke-88.

“Hazard mempunyai pengalaman yang cukup untuk tidak menunjukkan sikap seperti itu pabila kamera telah merakam pergerakan beliau.”

“Itu bukan masa yang tepat atau tempat yang betul untuk mempamerkan imej seperti itu.”

Sementara itu bekas penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois kelihatan suram selepas kekalan itu dan jelas menunjukkan beliau bermain untuk jersi di dada.

Bagi orang luar agak kelakar perangai Hazard namun tidak bagi penyokong Madrid yang nyata kelakuan Hazard itu tidak kena pada tempatnya.

Sebenarnya Hazard tidak perlu menangis seperti Son Heung Min walaupun sekadar Mickey Mouse Cup atau seperti Neymar, cuma janganlah terlalu riang seperti berjaya ke final.

Eden Hazard tiba di Santiago Bernabeu pada musim panas 2019 dengan reputasi yang sangat gah dan dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

Bersama Chelsea tidak perlu diceritakan lagi kehebatan Hazard dan berjaya membantu Belgium mendapat tempat ketiga di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di rusia.

Lantaran itu tanda harga £100 juta agak berbaloi untuk Hazard yang berada dikemuncak prestasi ketika itu.

Namun langit tidak selalu cerah, selepas dua musim di Sepanyol, Hazard hanya bermain dalam 37 perlawanan sahaja dan gagal untuk konsisten.

Semua ini kerana 11 kecederaan yang dialami sejak tiba dan Hazard juga berdepan dengan masalah berat badan yang jelas menunjukkan beliau tidak serius menjaga disiplin.

Hazard kini sudah berusia 30 tahun dan jika berterusan seperti ini maka dunia bola sepak tidak akan dapat menikmati semula kehebatan Hazard di Chelsea.

Media Sepanyol kini meramalkan ketawa besar Hazard selepas disingkirkan Chelsea akan menamatkan kariernya bersama Real Madrid.

Sebenarnya prestasi ditunjukkan Real Madrid mara ke separuh akhir agak memberangsangkan tanpa membeli pemain baru dan bergantung harap kepada kuda tua sebagai tonggak.

Tanpa Gareth Bale yang dipinjamkan ke Spurs, Hazard menjadi pemain Real Madrid yang mendapat gaji paling tinggi dengan bayaran mingguan berjumlah £416,000 bersamaa RM2.35 juta sahaja.

Setahun ada 52 minggu dan mengikut kontrak gaji tahunan Hazard sebanyak £21.6 juta bersamaan RM122.07 juta sahaja dan hanya menjaringkan 4 gol setakat ini.

Dua tahun bersama Real Madrid, Hazard telah menikmati gaji £43.2 juta atau RM244.14 juta dan setakat ini bermain 37 perlawanan dan mungkin menjadi 40 perlawanan.

RM244.14 juta dibahagikan dengan 40 perlawanan maka Hazard menjana pendapatan RM6.1035 bagi setiap perlawanan. Mewah lepas tu gelak-gelak lepas kalah mana orang tak hangin.

Hazard Bersukaria Selepas Tersingkir

Gelak tawa Eden Hazard yang jelas ceria dan gembira selepas Real Madrid tersingkir dan terciduk di kaki Chelsea selepas wisel penamat mencuri perhatian ramai.

Kebiasaannya pemain akan mempamerkan wajah sugul dan tidak kurang yang menangis teresak-esak apabila tersingkir diperingkat separuh akhir.

Namun itu semua mungkin tiada dalam kamus kehidupan Eden Hazard yang seolah-olah gembira dengan pencapaian bekas pasukannya.

Ini merupakan kepulangan pertama Eden Hazard ke Stamford Bridge selepas berpindah untuk bersama Los Blancos pada 2019 dengan yuran perpindahan bernilai €100 juta.

Walaupun hanya beraksi selama 755 minit dalam semua kejohanan untuk Real Madrid musim ini, Eden Hazard diberikan kepercayaan untuk beraksi dalam perlawanan separuh akhir oleh Zinedine Zidane.

Eden Hazard diketepikan pada musim ini kerana kecederaan menyaksikan beliau sangat jarang dapat beraksi dan masih lagi meraih gaji yang lumayan.

Pemain kebangsaan Belgium itu gagal memberikan sebarang impak untuk membantu Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir ini.

Selepas tamat perlawanan, kamera telah merakamkan keperibadian Eden Hazard di padang Stamford Bridge dan jelas kelihatan keputusan perlawanan tidak memberi kesan kepada emosinya.

Eden Hazard dilihat bermesra bersama bekas rakan sepasukannya Kurt Zouma dan berpelukan sambil ketawa gembira bergurau senda selepas menyapa panjaga gol Chelsea, Mendy.

Kemudian Hazard bertegur sapa pula dengan ketua pasukan Chelsea, Cesar Azpilicueta sebelum mereka berdua meninggalkan padang.

Sudah pasti reaksi luarbiasa Eden Hazard ini mencuri perhatian ramai dan bawangan netizen sudah pasti tidak boleh bawa bincang.

Ada berpendapat, Hazard tidak ambil peduli tentang Real Madrid sama seperti Gareth Bale dan ini mungkin sindrom biasa pemain Real Madrid kerana kerap kali cedera.

Ketawa itu penawar duka. Benarkah ketawa itu penawar terbaik buatkesihatan emosi anda? Hazard telah membuktikannya.

Chelsea mara ke perlawanan akhir Champions League selepas menewaskan Real Madrid dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Timo Werner dan Mason Mount.

Real Madrid sangan bergelut dalam dua perlawanan separuh akhir dan hanya Karim Benzema memberikan impak positif dan tersingkir dengan agregat 3-1.

Separuh Akhir Pertama: Real Madrid 1-1 Chelsea

Kejohanan paling agung di Eropah. Champions League kembali bersambung di peringkat separuh akhir dan perlawanan pertama di mainkan adalah pertembungan antara Real Madrid menentang Chelsea.

Di peringkat suku akhir Champions League, Real Madrid berjaya menumbangkan penyandang juara yang lemah dan lembik, Liverpool dan bertemu Chelsea di peringkat separuh akhir.

Chelsea mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun dan buat kali kelapan, lebih banyak berbandng mana-mana pasukan Premier League selepas menewaskan FC Porto.

Thomas Tuchel terus cemerlang mengemudi Chelsea dalam perlawanan ini dengan persembahan cemerlang dan menjadi pasukan yang lebih menyerlah berbanding penyandang juara La Liga.

Agak malang buat Chelsea yang gagal mengambil kesempatan untuk membawa bekalan yang lebih selesa untuk perlawanan separuh akhir kedua.

Pada awal permainan Chelsea lebih dominan dan hampir sahaja berada dihadapan namun Timo Werner meneruskan rutin beliau sebagai penyerang yang melepaskan peluang besar.

Dengan jarak hanya enam ela untuk menewaskan Thibaut Courtois dengan pelbagai sudut kosong yang boleh dijadikan pilihan, Timo Werner tenang tenang mencuba terus kepada Courtois.

Timo Werner ni penyerang ke pertahanan?

Namun kesilapan awal Timo Werner itu segera ditebus Cristian Pulisic pada minit ke-14 dengan satu gerakan solo yang tenang berserta satu penyudah yang bijak.

Lambungan Antonio Ruediger tepat menemui Pulisic yang berjaya lolos dan memaksa Courtois keluar untuk menerpa namun digelecek Pulisic.

Mudah untuk Pulisic menjaringkan gol yang sudah ditinggalkan Courtois untuk menjadi rakyat Amerika Syarikat pertama menjaringkan gol di separuh akhir Champions League.

Karim Benzema menyamakan kedudukan 15 minit kemudian juga melalui satu goi yang sangat menarik, libasan padu depan muka.

Bermula dari sepakan penjuru dengan 5 kali hantaran dilakukan bola tiba kepada Benzema yang mengawal cantik bola dengan kepala sebelum melibas di depan muka Mendy.

Separuh masa kedua menyaksikan Real Madrid bermain dengan lebih baik dengan tenang menyerap asakan Chelsea namun melakukan serangan balas yang sangat berbisa.

Chelsea juga semakin baik namun gagal untuk menambah jaringan. N’Golo Kante yang mempunyai empat jantung terus cemerlang dalam perlawanan besar.

Tiada jaringan tambahan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat perlawanan dan berakhir dengan keputusan 1-1.

Chelsea membawa bekalan gol tempat lawan untuk perlawanan kedua di Stamford Bridge.

Real Madrid: Courtois; Militao, Varane, Nacho; Carvajal, Modric, Casemiro, Kroos, Marcelo; Benzema, Vinicius Junior

Subs: Lunin, Altube, Asensio, Odriozola, Isco, Diaz, Rodrygo, Arribas, Blanco, Gutierrez

Chelsea:Mendy; Christensen, Silva, Rüdiger; Azpilicueta, Kanté, Jorginho, Chilwell; Pulisic, Werner, Mount

Subs: Kepa, Caballero, Alonso, Abraham, Zouma, Giroud, Hudson-Odio, Ziyech, Gilmour, James, Havertz, Emerson

Referee: D Makkelie (Ned)

Separuh Akhir kedua: Chelsea 2-0 Real Madrid

Manchester City mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Champions League buat pertama kali dalam sejarah kelab selepas menewaskan PSG dengan agregat 4-1.

Maka lawan yang akan menjadi di perlawanan akhir adalah pemenang perlawanan antara satu lagi wakil Premier League, Chelsea yang berdepan dengan gergasi La Liga. Real Madrid.

Chelsea mencatatkan keputusan seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Alfredo Di Stefano dan membawa satu bekalan yang agak penting iaitu satu gol tempat lawan.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua ini, Real Madrid kembali menyenaraikan pertahanan tengah kebal dan juga ketua pasukan mereka, Sergio Ramos.

Sergio Ramos telah terlepas banyak perlawanan kerana mengalami kecederaan dan Real Madrid berjaya mara ke separuh akhir walaupun tanpa Ramos.

Permainan satu dua antara N’Golo Kante dan Timo Werner begitu indah sebelum Kante menghantar bola kepada Kai Havertz yang masuk ke kotak penalti dari sebelah kira.

Pada minit ke-11, Chelsea telah berada dihadapan melalui gol Timo Werner yang menyempurnakan umpanan Kai Havertz namun gol itu dibatalkan kerana offsaid.

Karim Benzema melakukan dua percubaan berbahaya dengan satu rembatan kencang dari luar kotak penalti dan satu lagi menerusi sundulan tajam.

Kedua-dua pecubaan Benzema itu telah berjaya dinafikan oleh Mendy dengan aksi menyelamat bertaraf dunia.

Kai Harvertz berjaya mengumpan Thibaut Courtois untuk keluar lalu dengan jahatnya melakukan satu chip yang melemaskan dan melangkaui capaian Courtois.

Malangnya bola yang cantik itu telah hinggap ke palang lalu jatuh dihadapan gawang yang terbuka luas tetapi Timo Werner hadir untuk menanduk masuk.

Tiada kerinduan atau cik atau miss kali ini daripada Werner untuk menanduk masuk gol pembukaan Chelsea pada minit ke-28. Sangat gila kalau itu tidak masuk.

Kai haverts hampir menggandakan kedudukan untuk memberi keselesaan dan kelegaan kepada Chelsea tapi sayang percubaannya itu terkena palang disaat Curtois telah tertewas.

Gol kedua Chelsea juga hadir melalui rencana daripada pemain kecil molek yang pemalu, N’Golo Kante yang berjaya memenangi bola di kawasan Real Madrid.

Kante menolak bola kepada Christian Pulisic yang membawa bola rapat ke garisan gol ememaksa Courtois keluar, pada mulanya seperti mahu melakukan remabtan.

Namun Christian Pulisic telah menghantar bola ke tengah mencari Mason Mount yang melakukan rembatan jarak dekat ke gawang yang tiada pengawal.

Gol ini yang terhasil pada minit ke-85 terus membunuh perlawanan dan semangat perjuangan Real Madrid.

Kemenangan Chelsea menyaksikan sekali lagi dua pasukan Inggeris akan berentap di perlawanan akhir apabila bertemu Manchester City dan ini kali tiga dua pasukan Inggeris bertemu.

Musim 2018/19 merupakan kali terakhir dua pasukan Premier League bertemu di final yang menemukan Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Perlawanan akhir 2008 antara Manchester United dan Chelsea merupakan kali pertama final Champions League menemukan dua pasukan Inggeris.

Hanya Sepanyol yang pernah merekodkan finalis Champions League berasal dari negara yang sama sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2014 dan 2016.

Thomas Tuchel mencipta sejarah apabila menjadi pengurus pertama mara ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut dengan dua pasukan berbeza.

Gol Timo Werner

Gol Mason Mount

Chelsea: Mendy, Christensen, Thiago Silva, Rudiger, Azpilicueta, Kante, Jorginho, Chilwell, Mount, Werner, Havertz.

Subs: Arrizabalaga, Alonso, Abraham, Pulisic, Caballero, Zouma, Giroud, Hudson-Odoi, Ziyech, Gilmour, James, Emerson Palmieri.

Real Madrid: Courtois, Nacho, Eder Militao, Sergio Ramos, Mendy, Modric, Casemiro, Kroos, Hazard, Benzema, Vinicius Junior.

Subs: Asensio, Marcelo, Lunin, Valverde, Odriozola, Isco, Mariano, Rodrygo, Altube, Arribas, Blanco, Gutierrez.

Referee: Daniele Orsato (Italy).

BACA:  TERKINI: Keluarga Mahu Mbappe Terima Tawaran Cecah €1 Billion Dari Al Hilal