Real Madrid Pecat Lopetegui Selepas Dibelasah Barcelona

Real Madrid telah memecat Julen Lopetegui dari jawatannya sebagai pengurus pasukan walaupun baru sahaja mengharungi 14 perlawanan, berikutan kekalahan memalukan 5-1 di tangan Barcelona pada Ahad lalu.

Bekas pemain Real Madrid yang juga merupakan jurulatih skuad ‘Castilla’, Santiago Solari telah ditugaskan secara sementara untuk mengambil alih skuad Los Blancos. Solari juga merupakan antara calon utama untuk memegang jawatan itu secara tetap.

Kekalahan 5-1 di tangan Barcelona menjadi perlawanan terakhir Lopetegui sebagai pengurus Real Madrid

Sejak menewaskan Espanyol pada 22 September lalu, Real Madrid gagal memenangi mana-mana perlawanan liga termasuk tewas di tangan Sevilla, Levante dan seri menentang Atletico Madrid. Kemuncaknya adalah ketika Real Madrid dimalukan Barcelona dalam aksi El-Clasico pertama musim ini yang berlangsung di Nou Camp hujung minggu lalu.

Ini bermakna Lopetegui telah dipecat sebagai pengurus sebanyak dua kali dalam tempoh kurang 5 bulan. Sebelum ini, beliau merupakan ketua jurulatih Sepanyol tetapi  tindakannya menerima tawaran Real Madrid telah mengundang kemarahan Persatuan Bola Sepak Sepanyol yang memecatnya beberapa hari sebelum bermulanya Piala Dunia 2018.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Real Madrid mengenai pemecatan Lopetegui, pihak kelab percaya tindakan tersebut perlu diambil bagi memastikan Real Madrid masih mampu mencapai objektif musim ini.

Memang buruk

“Keputusan ini diambil bertujuan untuk menukar dinamik dalam pasukan utama, sementara objektif yang ditetapkan untuk musim ini masih lagi mampu dicapai.”

“Pihak lembaga pengarah difahamkan terdapat perbezaan ketara mengenai kualiti staff Real Madrid dan keputusan yang dicapai pasukan sejak kebelakanga ini.”

“Pihak kelab ingin mengucapakan terima kasih kepada Julen Lopetegui dan staff kejurulatihan beliau atas usaha dan kerja keras selama ini. Kami juga mengucapkan selamat maju jaya dalam karier profesional mereka.”

Lopetegui yang kini berusia 52 tahun baru sahaja menyertai Real Madrid pada musim panas lalu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zinedine Zidane. Beliau berdepan situasi yang sukar apabila kehilangan khidmat pemain berpengaruh, Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus pada jendela musim panas lalu.

Santiago Solari, bekas pemain Real Madrid ketika era Galacticos dahulu

Seperti dijangka, beliau berdepan kesukaran untuk mengekalkan tahap prestasi yang tinggi seperti yang dimahukan peminat Real Madrid. Antara ‘rekod’ yang berjaya dipecahkan Lopetegui sepanjang bergelar ketua jurulatih adalah kemarau gol paling lama dalam sejarah kelab.

Buat sementara waktu, Solari akan memangku tugas Lopetegui buat sementara. Beliau pernah mewakili Los Blancos pada awal 2000 dan membantu pasukan tersebut menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2002. Beliau juga pernah beraksi untuk Inter Milan dan Atletico Madrid.

Conte dicanang gantikan tempat Lopetegui

Selain Solari, satu lagi calon yang hangat diperkatakan untuk mengisi jawatan panas tersebut adalah bekas jurulatih Chelsea, Antonio Conte yang masih lagi menganggur sekarang.

Kecurangan Lopetegui ketika mengemudi Sepanyol di Piala Dunia membawa kepada tersingkirnya Sepanyol lebih awal.

Lopetegui Curang Bersama Sepanyol

Sepanyol melakukan tindakan di luar jangkaan dengan memecat ketua jurulatih, Julen Lopetegui beberapa hari sebelum berlangsungnya pertemuan pertama mereka menentang Portugal pada Jumaat nanti.

Tindakan mengejut ini dijangka akan menggugat kestabilan skuad Sepanyol yang dianggap salah sebuah pasukan pilihan untuk menjulang trofi Piala Dunia di Russia nanti.

Lopentegui dipecat dua hari sebelum raya. Kesian

Beberapa hari sebelum ini, Real Madrid mengumumkan mereka telah melantik Lopentegui sebagai pengurus yang baru, menggantikan tempat Zinedine Zidane yang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut selepas 4 tahun bersama. Lopentegui dilaporkan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Real Madrid.

Real Madrid turut berkata Lopentegui akan mengambil alih tugas Zidane di Santiago Bernabeu sebaik sahaja kempen Piala Dunia Sepanyol berakhir.

Walaubagaimanapun, tindakan tersebut tidak disenangi Persekutuan Bolasepak Sepanyol yang mendakwa pihaknya tidak diberitahu mengenai perjanjian Real Madrid dan Lopentegui.

Suatu ketika dahulu

Dalam satu sidang media tergempar untuk mengumumkan pemecatan tersebut, Presiden FA Sepanyol, Luis Rubiales berkata pihaknya terpaksa bertindak kerana Lopentegui bertindak di belakang mereka dengan menerima tawaran untuk menjadi pengurus Real Madrid.

“Kami terpaksa berpisah dengan ketua jurulatih Sepanyol sekarang. Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.”

“Perbincangan di antara Real Madrid dan Lopentegui diadakan tanpa pengetahuan FA Sepanyol dan kami hanya diberitahu mengenai perkara ini 5 minit sebelum berlangsungnya sidang media. Ada cara yang lebih baik untuk menangani perkara sebegini.”

Fernando Hierro bakal ambil alih tugas jurulatih Sepanyol sehinga tamat kempen Piala Dunia

“Pasukan Sepanyol terdiri daripada semua rakyat Sepanyol. Anda tidak boleh melakukan perkara sebegini [mengadakan perbincangan tanpa pengetahuan FA Sepanyol], dua tiga hari sebelum bermulanya Piala Dunia. Kami terpaksa mengambil tindakan drastik ini.”

Bagi mengisi kekosongan Lopentegui, FA Sepanyol telah mengumumkan bekas pemain kebangsaan, Fernando Hierro akan menggalas tugas ketua jurulatih sehingga tamat Piala Dunia 2018.

Hierro merupakan direktor sukan Sepanyol dan dianggap calon paling sesuai untuk mengisi peranan tersebut dalam masa terdekat ini memandangkan beliau mengenali selok belok skuad kebangsaan Sepanyol sekarang.

Hierro dijangka akan berada di bangku simpanan Jumaat ini apabila Sepanyol memulakan kempen mereka dengan pertemuan sukar menentang Portugal.

“Fernando Hierro akan mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan kebangsaan di Piala Dunia Russia dan akan dipersembahkan kepada sidang media sambil ditemani Presiden Persatuan Bolasepak Sepanyol, Luis Rubiales.”

Ramos mahu rakan-rakannya lupakan episod hitam ini dan fokus pada tugasan Piala Dunia

“Selepas itu, beliau akan mengemudi sesi latihan pertamanya dan pada hari Jumaat, beliau akan melakukan debut di Sochi dalam pertemuan Sepanyol menentang Portugal.”

Kapten Sepanyol dan Real Madrid, Sergio Ramos menerusi akaun Twitter menggesa rakan sepasukannya melupakan isu ini dan bersedia untuk mewakili negara di Piala Dunia nanti.

“Kita merupakan wakil kepada lencana, warna, peminat dan negara ini. Komitmen dan tanggungjawab ada di tangan kita. Semalam, hari ini, dan esok !”

BACA:  Champions League 2021/22: Real Madrid 3-1 Manchester City (Agg 6-5)