Real Madrid Tawarkan Hazard Dan Duit Tunai Kepada Liverpool Untuk Dapatkan Salah

Real Madrid dilaporkan akan menawarkan Hazard dan duit tunai kepada Liverpool, dalam usaha mereka untuk menandatangani Mohamed Salah.

Salah telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sejak dari ditandatangani oleh Liverpool pada musim panas 2017.

Pada musim ini, beliau telah mempamerkan aksi persembahan terbaik sepanjang kariernya dan tidak dinafikan lagi yang beliau merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Satu demi satu rekod yang berjaya beliau pecahkan dan dalam dua perlawanan terakhir beliau dalam saingan Premier League, Mo Salah cemerlang menjaringkan gol yang sungguh dasyat.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hal yang sepertinya membataskan tempoh waktu Salah di Anfield, memandangkan kontrak asal beliau akan tamat pada Jun 2023 nanti.

Sebagai perbandingan, Hazard pula dari seorang pemain terhebat dunia, kini menjadi beban untuk Real Madrid sejak beliau ditandatangani dari Chelsea pada musim panas 2019.

Masalah kecederaan jelas telah membataskan karier bintang Belgium itu di Santiago Bernabeu, dengan beliau hanya mampu menjaringkan lima gol sahaja dari 51 penampilan untuk Los Blancos.

Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan yang Real Madrid tak ubah seperti hospital sahaja untuk Hazard menerima rawatan dan menurunkan berat badan setiap kali habis rehat antarabangsa.

Atas semua masalah itu, pihak kelab sepertinya sudah tidak sanggup untuk terus menanggung beban dan mahu mencari jalan untuk melepaskan bekas bintang Chelsea itu.

Wartawan, Ekrem Konur menyatakan yang Real Madrid mahu mengurangkan kerugian mereka menyara kos gaji dan rawatan Hazard, dan kini mereka berhasrat untuk menawarkan pemain berusia 30 tahun itu kepada Liverpool.

Mereka bukan hanya mahu menawarkan Hazard, bahkan Real Madrid turut mahu menambah dana tunai kepada Liverpool andai mereka sanggup menerima bintang Belgium itu, dan menukarkannya dengan Mo Salah.

Media penerbitan Sepanyol, ABC turut melaporkan yang Real Madrid turut berhasrat untuk menandatangani Paul Pogba dengan mereka sanggup membayar £12 juta setahun kepada bintang Perancis itu.

Penjualan Salah sudah tentu akan mencetuskan sensasi di internet memandangkan bintang Mesir itu pada ketika ini dianggap pemain terhebat dunia.

Bintang Mesir yang kini berusia 29 tahun itu telah mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan ketika membantu Liverpool membelasah Watford 5-0.

Beliau berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan turut mencatatkan assists yang sungguh menakjubkan, hingga menyebabkan para peminat membandingkan beliau dengan Lionel Messi.

Dean Ashton ketika bercakap di studio talkSPORT telah menyatakan bahawa:

“Kami terpegun selama 10 minit selepas melihat Salah menjaringkan gol. Itulah sebab mengapa kita sangat cintakan dunia bola sepak. Ia sebab mengapa kita sanggup berjalan jauh dan mahu menjadi sebahagian dari bola sepak, untuk detik seperti itu.”

“Di sana mesti ada budak kecil yang menonton dan mahu menjadi pemain bola sepak selepas melihat detik seperti itu, persembahan individu yang mampu membuat kita berfikir, ‘bagaimana boleh seseorang melakukan itu?’

“Ia seolah Matrix, seperti semua orang lain dalam gerak perlahan dan dia masih bergerak seperti biasa, dia terlalu mendominasi dan orang lain tak tahu apa yang perlu dilakukan. Ia benar-benar memukau!”

“Kita sudah bercakap tentang itu sebelum perlawanan yang sukar untuk menafikan bahawa tiada sesiapa dalam dunia bola sepak yang lebih bagus dari dia, tidak ada.”

“Ketika Lionel Messi menjaringkan gol seperti itu, ia akan diperkatakan selama berminggu-minggu. Gol Mo Salah bertemu Watford dalam saingan Premier League sepatutnya juga dilayang begitu.”

“Ia sama saja seperti gol yang pernah Messi jaringkan, Salah di sini melakukan itu untuk kita, untuk hiburkan kita semua.”

“Dia patut terus dihormati dan dibanggakan, gol itu sepatutnya ditunjukkan di seluruh dunia atas kualitinya.”

Sumber: talkSPORT

BACA:  Rush: Hanya Ronaldo & Messi Di Atas Salah