Rekod Piala Dunia Milik Lionel Messi

Lionel Messi kini menyertai pemain terhebat dunia bola sepak yang lain sebagai pemenang Piala Dunia apabila telah membawa Argentina muncul juara bagi edisi 2022 yang berlangsung di Qatar.

Aksi dan prestasi yang dipamerkan oleh Lionel Messi disepanjang Piala Dunia 2022 telah dianggap sebagai salah satu kempen terbaik dari seorang individu dalam sejarah kejohanan.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan tujuh gol dan mencipta tiga bantuan gol serta memecahkan beberapa rekod, ketika Argentina menakluki sukan itu buat kali pertama selepas 36 tahun.

Lionel Messi diturunkan untuk penampilan sulungnya di Piala Dunia pada minit ke-76 ketika menentang Serbia dan Montenegro di kejoahan yang berlangsung di Jerman pada 2006.

Dalam masa tiga minit, dia telah mencipta peluang kepada Hernan Crespo untuk menjaringkan gol dan sepuluh minit kemudian dia menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan 6-0 – pasukan Argentina -terbesar dalam pertandingan.

Jaringan itu telah meletakkan Messi dikedudukan keenam dalam senarai pemain termuda menjaringkan gol di Piala Dunia di usia 17 tahun 358 hari.

Rekod Piala Dunia Milik Lionel Messi

Selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2022, terdapat beberapa rekod yang kini sah menjadi milik Lionel Messi:

1. Lionel Messi adalah seorang daripada enam pemain yang pernah bermain dalam lima Piala Dunia bersama Antonio Carbajal, Lothar Matthaus, Rafa Marquez, Andres Guardado dan Cristiano Ronaldo.

2. Lionel Messi telah membuat penampilan ke-26 Piala Dunia di final Qatar 2022 sekaligus memecahkan rekod legenda Jerman, Lothar Matthaus (25 penampilan).

3. Lionel Messi telah membuat rekod 19 penampilan terbanyak sebagai kapten dalam Piala Dunia. Dia diikuti Rafa Marquez (17) dan Diego Maradona (16).

4. Lionel Messi telah mendapat paling banyak minit permainan dalam sejarah Piala Dunia sebanyak 2,314 minit dan telah memecahkan rekod 2,217 minit Paolo Maldini di final Qatar 2022.

5. Lionel Messi adalah satu-satunya pemain yang mencatatkan bantuan gol dalam lima Piala Dunia. Pencabar terdekatnya ialah Pele, Grzegorz Lato, Diego Maradona dan David Beckham yang mencipta bantuan gol dalam tiga edisi masing-masing. Pencabar yang sudah tidak wujud.

6. Pele dan Lionel Messi berkongsi rekod untuk bantuan gol atau assist terbanyak dalam fasa kalah mati (6 assist).

7. Lionel Messi kini adalah penjaring gol terbanyak Argentina dalam Piala Dunia dengan 13 gol mengatasi rekod yang dipegang oleh Gabriel Batistuta (10), Diego Maradona (8), Guillermo Stabile (8), Mario Kempes (6) dan Gonzalo Higuain (5).

8. Lionel Messi adalah satu-satunya pemain yang menjaringkan gol di Piala Dunia pada usia remaja, 20-an dan 30-an. Pele terlepas melakukan perkara yang sama dengan perbezaan tempoh empat bulan.

9. Lionel Messi menjaringkan gol Piala Dunia pertama dan terbaharunya dengan selang masa selama 16 tahun dan 184 hari. Rentang terbesar seterusnya dalam sejarah Piala Dunia adalah milik Cristiano Ronaldo pada usia 16 tahun dan 160 hari.

10. Pemain Terbaik Perlawanan, pertama kali dianugerahkan pada tahun 2002, telah diberikan kepada Messi sebanyak 11 kali tiada tandingan dan lima di Piala Dunia 2022. Empatnya di Brazil 2014 adalah rekod untuk satu edisi yang dikongsi bersama Wesley Sneijder, yang menerima yang sama di Afrika Selatan 2010.

11. Miroslav Klose telah bermain dengan rekod 17 kemenangan perlawanan Piala Dunia. Messi kini telah mencatatkan 16 kemenangan.

12. Lionel Messi telah menjadi pemain Amerika Selatan pertama yang menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan akhir Piala Dunia dan Piala/Liga Juara Eropah. Terhebat.

13. Sejak anugerah Bola Emas diperkenalkan secara rasmi pada 1982, Lionel Messi adalah satu-satunya pemain yang memenangi Bola Emas dua kali di Piala Dunia (2014, 2022).

14. Lionel Messi adalah pemain pertama yang menjaringkan gol dalam peringkat kumpulan, pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan akhir dalam edisi tunggal Piala Dunia.

BACA:  Edgardo Bauza – Insan Mulia Yang Selamatkan Karier Antarabangsa Messi Dari Terjerumus Ke Lembah Kehinaan.