Rempuhan Keras Aaron Hickey Ke Atas Ronaldo Tular

Satu klip rakaman yang memaparkan pemain baharu Brentford, Aaron Hickey yang melakukan satu rempuhan keras ke atas Cristiano Ronaldo telah menjadi bualan ramai dan tular sekelipan mata.

Rempuhan ke atas Cristiano Ronaldo itu hadir pada minit kedua di masa kecederaan di penghujung separh masa pertama ketika anak buah Erik Ten Hag huru-hara dan bertaburan ditekan hebat oleh Brentford.

Stadium Gtech Community menjadi saksi kepada kejadian ini.

Cristiano Ronaldo bergelut untuk menyentuh bola selepas permainan babak pertama yang kucar-kacir dan ketika berpeluang untuk menyentuh bola lain pula terjadi.

Ketika Ronaldo akhirnya mendapat bola Aaron Hickey telah datang dengan satu rempuhan bahu ke bahu (shoulder to shoulder challenge).

Akibat dan impak dari rempuhan fullback berusia 20 tahun itu menyaksikan pemenang Ballon d’Or lima kali itu telah melambung dan terus tergolek di padang.

Tiada kesalahan di mata pengadil dari rempuhan keras Aaron Hickey itu ke atas Cristiano Ronaldo yang hanya terbaring menahan kesakitan.

Satu dunia sudah tahu bagaimana Manchester United telah diaibkan oleh Brentford begitu sahaja dengan permainan high pressing yang setaraf periuk bertekanan tinggi.

Brentford berjaya memperoleh empat gol mudah dari gaya permainan mereka terutamanya untuk gol kedua yang membuatkan David De Gea melakukan kesilapan budak sekolah.

Impak dari rempuhan ini mungkin menjadi punca kenapa Roanldo enggan pergi ke arah seksyen penyokong untuk bertepuk tangan dan tidak bersalaman dengan Erik Ten Hag selepas tamat perlawanan.

Erik ten Hag menyalahkan pemain pemainnya yang menjadi punca kenapa mereka dibelasah Brentford dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris, dan bukannya kerana rancangan taktikalnya.

Pengurus asal Belanda itu menyatakan perkara itu selepas tamat perlawanan. Ten Hag menegaskan bahawa, orang ramai tidak boleh menyalahkan taktikalnya sebaliknya yang bersalah adalah pemain pemain yang segak berbaju hijau pada aksi semalam.

Dia kecewa para pemain Man United membuatkannya kini memulakan kehidupan di Liga Perdana Inggeris dengan 2 kekalahan berturut turut.

Antara pemain yang dikritik oleh Ten Hag ialah David De Gea. Ini selepas penjaga gol itu melakukan 2 kesilapan bodoh yang tidak sepatutnya, terutam sekali pada gol kedua pasukan Brentford.

Di mana De Gea dengan hilang akal menghantar bola kepada rakannya, Christian Eriksen yang ditekan pemain lawan.

Walaupun sudah meninggalkan Brentford, nampaknya Eriksen masih lagi mencipta β€˜assist’ kepada rakannya.

Brentford 4-0 Manchester United

Manchester United kembali beraksi untuk perlawanan kedua Premier League bagi menebus kembali kehampaan lantaran kekalahan kepada Brighton Hove and Albion di perlawanan pembukaan.

Setan Merah menjadi bahan jenaka dunia bola sepak dan kapten marvel mereka, Harry Maguire menjadi sensasi seperti biasa.

Cristiano Ronaldo yang dikatakan tidak cergas kerana terlepas persediaan pra-musim hanya masuk pada separuh masa kedua dan memberi impak positif.

Kerana tiada pilihan lain Ronaldo bermula di kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Brentford ini.

Kejutan terus diberikan kepada Manchester United dan bukan dari Harry Maguire tetapi David De Gea.

Selepas 10 minit permainan Brentford sudah di depan dari satu rembatan yang tidak disangka-sangka akan masuk untuk gol terhasil.

Rembatan lemah dari Josh Dasilva pada awalnya seperti mudah ditangkap oleh David De Gea tapi entah bagaimana bola boleh terlepas menerjah gawang.

David De Gea menelurkan bola untuk satu kesilapan mudah bertaraf budak sekolah yang baru belajar bermain bola sepak. Silau kot?

Gol itu cuba dibalas Manchester United namun gagal untuk memecahkan benteng Brentford dan Brentford tampak lebih bersemangat dengan gol pendahuluan.

Harry Maguire membuat tactical foul yang berkelas tinggi bagi memastikan Manchester United tidak bolos untuk kali kedua dalam perlawanan ini.

Sepakan percuma buat Brentford yang gagal disempurnakan dan kad kuning buat Harry Maguire.

Selepas bertelur dengan tangan, David De Gea meneruskan aksi bodonya lagi apabila telah menjadi punca sekali lagi kepada terhasilnya gol kedua.

Cuba bermain dari bawah dan mungkin masih trauma dengan gol pertama, De Gea telah melakukan kesilapan lagi.

De Gea telah menghantar bola kepada Cristian Eriksen yang jelas telah ditekan pemain Brentford dan dengan mudah bola dirampas.

Minit ke-18 menyaksikan Mathias Jensen mudah merobek gawang Setan Merah buat kali kedua hasil kesilapan mudah.

Selepas 31 minit permainan, Manchester United ketinggalan tiga gol yang terhasil akibat dari kesilapan sendiri lagi yang berpunca dari sepakan penjuru.

Ben Mee menanduk masuk menggunakan belakang kepala dari jarak agak rendah dan entah bagaimana bola itu gagal dicabar.

Brentford terus berpesta dengan gol keempat pada minit ke-35 hasil satu serangan balas pantas dengan hantaran panjang yang terus disempurnakan Bryan Mbeumo.

Kelakar Manchester United makin menjadi-jadi dengan dua gol terlepas mudah dalam tempoh lima minit dan empat gol selepas 35 minit permainan.

Satu gol perlu dicari Manchester United sebelum tamat separuh masa pertama jika mahu membuat comeback untuk sekurang-kurangnya seri.

Babak kedua bersambung menyaksikan Erik Ten Hag cuba mengubah keputusan perlawanan apabila melakukan tiga pertukaran serentak.

Lisandro Martinez, Fred dan Luke Shaw lalu dimasukkan Raphael Varane, Scott Mctominay dan Tyrell Malacia.

Serangan tidak bergigi dilakukan Setan Merah dan langsung tidak mengancam, Brentford tenang dan memanfaatkan kelebihan dengan bermain penuh yakin.

Sejam perlawanan Anthony Elanga masuk menggantikan Jadon Sancho yang sendu dihatiku rindu dijiwa mu.

Pada minit ke-66 barulah Manchester United mendapat sepakan penjuru pertama mereka dalam perlawanan ini. Betapa teruknya mereka.

Manchester United terus mati kutu hingga tamat perlawanan walaupun melengkapkan 5 pertukaran dengan memasukkan Donny Van De Beek dan Brentford terus tenang.

Setan Merah telah mempamerkan aksi yang mengerikan dan telah mencipta rekod buruk apabila buat pertama kalinya sejak 1936 mereka tewas 7 kali berturut-turut di tempat lawan.

Musim ini juga menyaksikan Setan Merah mencatatkan bolos paling tinggi untuk dua perlawanan awal sejak Sir Alex Ferguson bersara. 6 bolos tanpa sebarang jaringan.

Kesebelasan Utama Brentford: Raya, Hickey, Jansson, Mee, Henry, Roerslev, Norgaard, Jensen, Mbeumo, Toney, Dasilva.

Pemain Simpanan: Wissa, Ghoddos, Onyeka, Strakosha, Lewis-Potter, Damsgaard, Baptiste, Janelt, Sorensen.

Kesebelasan Utama Manchester United: de Gea, Dalot, Maguire, Martinez, Shaw, Eriksen, Fred, Fernandes, Sancho, Ronaldo, Rashford.

Pemain Simpanan: Malacia, Varane, Heaton, Wan-Bissaka, van de Beek, Elanga, Garner, McTominay, Garnacho.

Pengadil Perlawanan: Stuart Attwell.

Manchester United 1-2 Brighton

Perlawanan minggu pertama Premier League bagi musim 2022/23 untuk perlawanan pertama bagi kesemua pasukan berlangsung dengan sangat meriah, dramatik dan menghiburkan.

Arsenal sebagai perlawanan pembuka selera bermula baik dengan tiga mata dikutip ketika bertemu Crystal Palace, kejutan besar adalah kegagalan Liverpool meraih tiga mata bertemu pendatang baharu, Fulham.

Mendabik dada merekalah pasukan hebat seantero dunia, hinggakan tempat kedua adalah jauh lebih baik dari juara atau tempat pertama.

Mereka seri lalu mendap ke tanah.dan timbul tiba-tiba selepas Manchester United ketinggalan 2-0 dan muncul sepenuh selepas pasti Setan Merah tewas.

Manchester United memulakan saingan Premier League bagi musim 2022/23 dengan penuh yakin seperti mampu menghasilkan gol untuk meraih tiga mata pertama.

Brighton & Hove Albion menjadi tamu dan lawan Manchester United di Old Trafford.

Kecederaan Anthony Martial dan ketidakcergasan Cristiano Ronaldo untuk bermain 90 minit memaksa Erik Ten Hag meletakkan Cristian Eriksen selaku penyerang.

Harry Maguire yang masih kekal sebagai ketua pasukan mengemudi bahagian pertahanan dan kali bergandingan dengan Lisandro Martinez, tenaga baru musim ini.

Tampak perubahan nyata dari permainan yang dipamerkan oleh Erik Ten Hag yang lebih menampakkan keyakinan namun beransur pudar berkadaran dengan masa.

Bruno Fernandes masih lagi Bruno Fernandes musim lalu yang masih berterusan melakukan hantaran merapu dan merungut selepas membuat hantaran ke laut.

Manchester United mempunyai beberapa peluang terbaik untuk mendahului terutamanya melalui serangan balas pantas.

Namun kegagalan Bruno Fernandes menghantar bola lebih awal kepada Cristian Eriksen menyaksikan ruang untuk menghasilkan gol sudah tertutup dan pemain Brighton tiba secara berjemaah mempertahankan gawang mereka.

Dengan tiba-tiba Manchester United hampir menjadi menjadi Manchester United musim lalu.

Pascal Gross menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-30 selepas mudah menolak masuk ketika langsung tidak dikawal menerima hantaran Danny Welbeck.

Selepas ketinggalan, Manchester United menjadi Manchester yang lama lagi kelakar yang membolehkan Pascal Gross menjaringkan gol kedua sembilan minit kemudian.

Solly March melakukan rembatan namun berjaya ditepis David De Gea dan malangnya bola sekali lagi sampai kepada Pascal Gross yang sekali lagi tidak dikawal.

Manchester United terus shut down dan merapu sehingga tamat separuh masa pertama.

Permainan dan tindak balas agak positif telah ditunjukkan oleh Manchester United selepas bersambung permainan untuk baki 45 minit kedua.

Serangan mula dilancarkan bagi mengurangkan defisit supaya sekurang-kurangnya tidak keciciran mata penuh di perlawanan pertama.

Pemain harapan Manchester United, Fred telah dikeluarkan dan pemain yang tidak cukup cergas serta terlepas hampir semua perlawanan pramusim, Cristiano Ronaldo dimasukkan.

Beberapa peluang telah dihadirkan, percubaan jahat Bruno Fernandes keluar sipi-sipi dan Marcus Rashford sekdar menggegar jaring.

Marcus Rashford mendapat peluang terbaik dari hantaran cantik Cristiano Ronaldo dan pengadil mengangkat bendera tanda offside.

Jika tidak offside sekalipun, Marcus Rashford masih gagal menjaringkan gol walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Brighton, Robert Sanchez.

Pada minit ke-68 akhirnya Manchester United berjaya menjaringkan gol pertama musim ini tapi tidak kerana itu adalah gol sendiri dari Alexis MacAllister.

Suasana kelam kabut terhidang dari sepakan penjuru lonjakan Harry Maguire berjaya menolak bola ke gawang dengan belakang badan.

Cubaan Alexis MacAllister untuk mengeluarkan bola di atas garisan gagal dan bola menerjah gawang.

Video Assistant Referee (VAR) segera menjalankan tugas untuk menilai jaringan itu kerana seperti tertera di tv ada unsur offside.

VAR itu adil dan mengesahkan jaringan Setan Merah dan tiada kezaliman terjadi ketika gol sendiri terhasil.

Manchester United menggandakan usaha namun gol berganda tidak kunjung tiba, Donny Van De Beek, Anthony Elanga, Tyrell Malacia, dan Alejandro Gamcho dimasukkan.

Memasuki masa kecederaan yang diberikan pengadil selama 5 minit, Manchester United masih ketinggalan dan kedudukan kekal hingga tamat perlawanan.

Kesebelasan utama Manchester United vs Brighton

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Dalot, Maguire, Martinez, Shaw; McTominay, Fred; Sancho, Fernandes, Rashford; Eriksen.

Simapanan: Heaton, Malacia, Varane, Wan-Bissaka, Garner, van de Beek, Elanga, Garnacho, Ronaldo.

Brighton & Hove Albion (possible 3-4-2-1) Sanchez; Veltman, Dunk, Webster; March, Mac Allister, Caicedo, Trossard; Gross, Lallana; Welbeck.

Simapanan: Steele, Lamptey, Colwill, van Hecke, Mwepu, Mitoma, Undav, Maupay, Sarmiento.

Pengadil Perlawanan: Paul Tierney.

Adakah Manchester United akan terus sendu seperti sebelum ini?

BACA:Β  Messi Berjaya Menjaringkan 4 Gol Cantik Dan Memecah Rekod Ronaldo