Cristiano Ronaldo Sekali Lagi Dipersalahkan Menjadi Punca Kejatuhan Man Utd

Cristiano Ronaldo merupakan sebahagian dari masalah besar yang sedang melanda Old Trafford pada ketika ini.

Setan merah terus menerus diduga dengan terbaru mereka telah tersingkir dari saingan FA Cup selepas dikejutkan dengan kekalahan di tangan Middlesbrough.

Carlton Cole kini tampil mempersoalkan kualiti dan kemampuan penandatanganan musim panas kelab, Cristiano Ronaldo dan mendakwa yang skuad langsung tak bertambah baik sejak kehadiran bintang Portugal itu.

Musim ini, pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu sudah berjaya menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan untuk setan merah.

Beliau turut berjaya menjaringkan beberapa gol penting yang membantu United mengelak dari kekalahan dan turut menjaringkan gol kemenangan dalam aksi saingan Champions League.

Namun begitu, Cole mendedahkan yang beliau langsung tak rasa Ronaldo ada menyumbang sesuatu untuk bantu memperbaiki persembahan Man Utd.

Beliau bahkan turut menganggap yang Ronaldo sekadar sebahagian dari masalah yang berlaku di Old Trafford pada ketika ini.

Bekas bintang Chelsea dan West Ham itu tidak yakin Ronaldo boleh jadi contoh yang baik dan turut menganggap legenda Portugal itu sudah tidak memiliki teknik dan kemampuan seperti dahulu lagi.

“Dia jaringkan banyak gol, tapi adakah dia sesuatu yang tepat untuk Man United? Adakah dia sesuatu yang tepat untuk pasukan itu? Bukti sudah nyata, dan bukan hanya aksi malam ini (jumpa Middlesbrough), tapi melihat kepada semuanya yang sudah berlaku sejak dia datang, Man United masih lagi tidak berkembang ke tahap seterusnya.”

Jelas Cole kepada talkSPORT.

“Saya tak kata semuanya salah Ronaldo.. tapi dia merupakan sebahagian dari masalah. Saya tak tahu adakah dia mampu menjadi contoh yang baik. Dia sudah tidak memiliki kualiti itu.”

“Yang mana dia selalunya akan beri semangat di seluruh padang, sekarang dia hanya menunggu, gol dia tergantung kerana dia cuba untuk simpan tenaga dia dan jaringkan gol.”

“Ronaldo masa muda jelas sekali akan berlari seluruh padang dan mencabar lawan, tapi sekarang dia perlu terlalu bergantung kepada rakan sepasukan dia.”

“Dia ketua dengan cara dia yang tersendiri, sekarang dia hanya boleh membantu dari segi percakapan sahaja. Mereka perlukan seseorang yang boleh tunjukkan sesuatu di atas padang. Saya mencari ketua sebenar, dan saya tak jumpa walau seorang.”

Man Utd terpaksa akur dengan kekalahan ditangan Boro kemarin seterusnya menyebabkan mereka tersingkir dari saingan FA Cup.

Sebaik melihat Man Utd tersingkir dari saingan Piala FA, legenda Liverpool, Jamie Carragher memuat naik status di laman twitter miliknya untuk menganjing Roy Keane.

Roy Keane sebelum ini pernah mendakwa yang Cristiano Ronaldo bakal membantu Manchester United untuk memenangi Piala termasuk Piala FA.

Dan melihat mereka tersingkir, Carragher tidak menunggu lama untuk terus membangkitkan semula kenyataan dari Keane itu.

Satu demi satu kejuaraan terlepas dari dakapan United dan mereka kini sudah tentu akan beri sepenuh perhatian untuk mengejar gelaran Champions League.

Skuad setan merah selepas ini akan turun beraksi bertemu Atletico Madrid di pusingan 16 terbaik saingan Champions League, dan semestinya Ralf Rangnick akan lakukan semampu beliau untuk bantu United singkirkan gergasi La Liga itu.

Walau Ronaldo sering dianggap sebagai masalah utama kelab pada ketika ini, namun harus diakui yang beliau sentiasa menjadi pemain harapan untuk membantu setan merah mencatatkan kemenangan.

Jadi tidak hairanlah untuk melibat para peminat akan bergantung harap sepenuhnya kepada Ronaldo untuk memastikan United mara lebih jauh dalam saingan Champions League musim ini.

BACA:  Ronaldo Bedal Ten Hag dan United Atas Pengkhianatan Serta Jadi Kambing Hitam