Richarlison Menamakan Tiga Pertahanan Lain Yang Lebih Hebat Dari Van Dijk

Penyerang pasukan Everton, Richalison percaya bahawa ada tiga lagi centre-backs dalam dunia ini yang jauh lebih bagus dari pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk.

Pemain pertahanan Belanda itu dinamakan sebagai pertahanan terbaik dalam saingan premier league dan telah berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Eropah UEFA 2019.

Beliau turut menduduki kedudukan kedua dalam pencalonan anugerah Ballon d’or yang lalu dibelakang Lionel Messi.

Virgil Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton pada tahun 2018 dengan nilai perpindahan bernilai £75 juta, kemasukan beliau ke Anfield telah memberi satu perubahan yang luar biasa untuk the reds.

Kekentalan dan kehebatan beliau mengawal barisan pertahanan Liverpool telah membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu menjulang kejuaraan saingan liga Juara-juara keenam mereka pada musim lalu.

Beliau turut menjadi watak penting dalam membantu Liverpool menjulang kejuaraan Super Cup dan FIFA Club World Cup yang lalu.

Kini Liverpool semakin hampir untuk menjulang kejuaraan saingan liga perdana mereka yang pertama dalam tempoh 30 tahun ini.

Tetapi, menjelang pertemuan antara Liverpool menentang Everton dalam Merseyside derby pada pagi ahad nanti, Richarlison dengan yakinnya telah memandang rendah keupayaan Van Dijk.

Menurut pemain Brazil itu, beliau yakin mampu untuk menggelecek melepasi Van Dijk dan menganggap Marquinhos, Thiago Silva dan Sergio Ramos jauh lebih hebat dari pertahanan Belanda itu.

“Ramai orang bercakap tentangnya, iya saya setuju dia seorang pertahanan yang hebat, tetapi saya sudah berjaya untuk menggeleceknya.”

Jelas Richarlison dalam satu temu bual bersama Desimpedidos, menerusi the Mirror.

“Dia telah dipilih sebagai salah seorang dari tiga yang terbaik di dunia selepas beliau mengharungi musim yang cemerlang. Tetapi ya, bagi saya ramai lagi pertahanan yang lebih hebat darinya.”

“Thiago Silva, Marquinhos dan Sergio Ramos.”

Jelas Richarlison lagi ketika ditanya kepadanya siapa pertahanan yang lebih baik dari Van Dijk.

Rakan sepasukan Van Dijk, James Milner mempunyai sisi pandangan yang berbeza terhadap pemenang pemain terbaik tahunan PFA musim lalu itu.

Milner menganggap Van Dijk, Rio Ferdinand dan Vincent Kompany merupakan tiga pemain pertahanan terbaik yang pernah beliau beraksi bersama.

Bercakap kepada satu sidang media yang dikelolakan oleh Stadium Astro, Milner menjelaskan:

“Dia berada di atas sana. Saya rasa sangat teruja dan berbangga dapat beraksi bersama beberapa pemain centre-backs terbaik. Anda boleh lihat Rio Ferdinand, Jonathan Woodgate, Vincent Kompany dan Virgil Van Dijk berada sebaris dengan mereka semua.”

“Dia mampu membaca tempo permainan dengan sangat bagus, dia pantas, dia kuat, dia hebat ketika memegang bola, dia juga bagus ketika memberi arahan dan dia mengagumkan ketika berada di udara.”

“Positioning dia juga sangat bagus. Anda boleh lihat dalam sesebuah perlawanan, bagaimana dia boleh berlari dengan pantas, bagaimana dia membaca permainan, bagaimana dia mengejar pemain lain. Anda rasa macam mana dia mampu lakukan semua itu? Semuanya kerana kehebatan dia boleh membaca permainan.”

“Dia seorang pemain yang mengagumkan untuk kami dan salah seorang watak penting dalam merencanakan gerakan pasukan kami. Aura yang dia bawa dalam pasukan sangat luar biasa. Dan dia sememangnya seketul batu besar yang menjadi tembok pada pertahanan pasukan.”

BACA:  Richarlison Menganjing Liverpool Tanpa Belas Selepas Tewas Perlawanan Akhir Champions League