Nama Richarlison tular di media sosial semalam selepas beliau dengan tenang memanggil Presiden FIFA, Gianni Infantino ‘botak’ ketika majlis penyampaian hadiah.
Pemain penyerang utama Brazil itu membantu skuad kebangsaannya untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik dalam acara bola sepak, selepas menewaskan Sepanyol 2-1 dalam aksi perlawanan akhir semalam.
Matheus Cunha memecah kebuntuan selepas membuka tirai jaringan untuk Brazil sebelum Mikel Oyarzabal menyamakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan.
Richarlison had this to say to FIFA chief Gianni Infantino when he was handed his gold medal 👨🦲 pic.twitter.com/GSGfbSIDZS
— Goal (@goal) August 8, 2021
Walau bagaimanapun, Malcom muncul menjadi wira Brazil selepas beliau meledak gol kemenangan pada masa tambahan permainan, untuk mengesahkan pingat emas menjadi milik mereka.
Ia merupakan emas kedua-dua berturut-turut untuk Brazil dalam acara bola sepak ini, selepas kejayaan mereka memenangi emas di bumi sendiri lima tahun lalu.
Berbanding kemanisan kejayaan, detik beremosi atau apa saja detik hebat selepas wisel penamat dibunyikan, hanya detik melibatkan Richarlison sahaja yang tular di media sosial selepas aksi perlawanan akhir itu.
Gianni Infantino was handing out the gold medals when Richarlison decided to mug him off, and he definitely heard! 😅 https://t.co/pMYWsuotuY
— SPORTbible (@sportbible) August 7, 2021
Detik di mana beliau hanya bercakap dengan Presiden FIFA telah tular dan mendapat ratusan ribu perkongsian di media sosial semalam.
Pemain penyerang Everton itu didengari bercakap kepada Presiden FIFA dalam bahasa Portuguese dengan menyatakan:
“Botak, tahun depan ia akan di adakan di Qatar.”
Jelas Richarlison yang bercakap santai sambal memakai mask dan merakam detik-detik indah Brazil memenangi pingat emas.
Rakaman tersebut berada di bawah, mungkin jika ada yang tak faham bahasa Portuguese, buat-buat je faham.
ano que vem é no Qatar ein, careca 🥇 kkkkkkk @richarlison97 pic.twitter.com/ujvIL8cexL
— Julio Velasco (@eujuliovelasco) August 7, 2021
Ahah Richarlison che gli dice in portoghese a Infantino: “Il prossimo anno ci vediamo in Qatar, pelato” pic.twitter.com/YHZTg9HEcA
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) August 7, 2021
Salah seorang wartawan dari Brazil, Mauricio Savarese telah mengesahkan yang memang Richarlison memanggil Infantino ‘botak’.
Memang berani dan Richarlison nampak tak bersalah memanggil Presiden FIFA botak, mentang-mentang rambut tak dikira ‘body shaming’ bukan main lagi dia.
Richarlison jelas sekali memaksudkan tentang Piala Dunia Qatar yang mana ia akan dilangsungkan bermula November tahun hadapan.
Beliau mungkin mahu maksudkan yang Brazil akan sekali lagi berada di majlis penyampaian hadiah pada Piala Dunia Qatar nanti.
'Next year it'll be in Qatar, baldy!' – Richarlison ribs FIFA chief Infantino about World Cup reunion after Olympic gold pic.twitter.com/9hcmYCKHEZ
— Futball News (@FutballNews_) August 7, 2021
Melihat kepada skuad yang Brazil ada pada ketika ini, tak mustahil mereka bakal memberi saingan sengit di temasya Piala Dunia 2022 nanti.
Skuad Samba itu juga sememangnya senantiasa menjadi pasukan pilihan utama setiap kali Piala Dunia dilangsungkan.
Walau mereka sudah beberapa edisi malap, namun skuad yang mereka ada pada kali ini, ditambah dengan bakat-bakat pemain muda yang beraksi di temasya Sukan Olimpik, tak mustahil mereka akan sekali lagi menjadi pilihan utama.
Richarlison was a key player as Brazil won #Olympics gold but he still had a joke for FIFA President Gianni Infantino 😂 #efc https://t.co/3A1CnojpPG
— Everton FC News (@LivEchoEFC) August 7, 2021
Dan selepas memainkan peranan cukup penting dalam membantu Brazil memenangi pingat emas, tidak mustahil Richarlison akan terpilih beraksi bersama skuad Piala Dunia nanti.
Apa lagi beliau sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dan tidak mengejutkan untuk melihat beliau bakal berada dalam skuad utama Brazil nanti.
Sumber: GMS