Rio Ferdinand dengan tenang dan santai telah mengusik peminat pasukan Manchester City ketika beliau di dalam Studio BT Sport untuk perbincangan sebelum sepak mula perlawanan Liga Juara-Juara antara City dan Madrid.
Awal pagi tadi Manchester City telah berkunjung ke Santiago Bernabeu untuk bertemu pasukan Real Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Perlawanan yang berlangsung begitu sengit itu berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada City dengan jaringan 2 berbalas 1. Real Madrid membuka tirai jaringan menerusi Isco dan City menyamakan kedudukan melalui jaringan oleh Jesus.
Kevin De Bruyne's Man City career by numbers so far:
⬢ 208 games
⬢ 81 assists
⬢ 50 goals
⬢ 7 trophiesThe best midfielder in the world. pic.twitter.com/zAOPmOjJv9
— Squawka Football (@Squawka) February 26, 2020
De Bruyne menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan City menerusi sepakan penalti. Perlawanan ini turut di hangatkan lagi dengan keputusan pengadil perlawanan yang telah melayangkan kad merah kepada ketua pasukan Madrid, Sergio Ramos di akhir babak kedua perlawanan.
Namun sebelum perlawanan itu bermula lagi sudah ada insiden hangat yang dilakukan oleh lagenda United yang mengusik peminat City di hadapan bekas penjaga gol Manchester City, Joe Hart.
Bekas pemain pertahanan Manchester United itu mengusik peminat City ketika di dalam studio BT Sport dengan spontan dan bersahaja dengan ayat peminat City tidak banyak di sekeliling.
Bercakap pada BT Sport, beliau berkata:
“Apabila anda melihat peminat City, baiklah, tidak ada yang banyak di sekitar.”
Love this @rioferdy5 Not many City fans around 😂😂 pic.twitter.com/jEkzYEnRNH
— LAPPS (@peterlapper) February 26, 2020
Bekas penjaga gawang City Joe Hart juga berada di studio dan dia bertindak balas dengan mengatakan “wow” sebelum ketawa dengan jenaka dari Ferdinand.
Tidak perlu dikatakan, komen Ferdinand tidak disedari oleh peminat bola sepak. Namun bsgi mereka yang perasan dengan komen dari Ferdinand itu, Beginilah tindak balas mereka di media sosial.
@rioferdy5 "When you speak to City fans, well, there aren't that many around…" @btsportfootball #RMAMCI pic.twitter.com/xcz9VJnSMx
— Dan Rogers (@DanRogerss) February 26, 2020
Rio just said "when you see the City fans, not that there's many of them", even Joe Hart laughed 🤣🤣🤣🤣🤣
— alan lowndes (@alanlowndes1) February 26, 2020
@rioferdy5 killing city fans with one line on @btsportfootball.. “when you see City fans.. and there isn’t many” once a red🔴
— Dan Morris (@danielmorris991) February 26, 2020
Begitulah antara komen-komen dari Netizen England terhadap komen lucu dari Ferdinand. Jika dilihat kepada spontan itu beliau tidak berniat untuk menyakiti hati peminat City.
Walaupun ramai sedar akan isu stadium City yang kerap tidak mempunyai penonton, namun Rio Ferdinand sekadar bercerita apa yang beliau lihat dan ia tidaklah mengejek peminat City.
Yang menjadikan insiden itu lebih lawak apabila Ferdinand berkata begitu di hadapan bekas pemain City Joe Hart sendiri dan Hart hanya membalas wow lalu mereka ketawa berjemaah.