Rio Ferdinand mengenang kembali peristiwa bagaimana beliau rasa dimalukan oleh Lionel Messi dalam perlawanan Liga Juara-juara tahun 2011.
Sebaik perlawanan itu tamat, Rio Ferdinand terus berkongsi perasaan beliau yang merasakan dirinya dipermalukan oleh Messi kepada rakan sepasukannya.
Barcelona menewaskan Manchester United 3-1 di Wembley lalu berjaya menjulang kejuaraan keempat mereka dalam saingan Eropah.
Rio Ferdinand on Messi.
"The most embarrassing night of my life." pic.twitter.com/m0wRUT6cHj
— Sam (@FutbolLionel) July 26, 2019
Pedro membuka tirai jaringan dalam perlawanan itu sebelum Messi menambah jaringan kedua.
David Villa turut mencatatkan nama beliau dalam senarai penjaring apabila berjaya meledak gol ketiga untuk pasukan Barcelona.
Lionel Messi telah mempamerkan aksi cukup cemerlang dalam perlawanan itu, dan Rio Ferdinand telah mendedahkan apa yang beliau katakan kepada rakan sepasukannya ketika melihat pasukan dari Sepanyol itu menjulang piala keramat Eropah itu.
“Barca memberi kita satu pengajaran yang sungguh berguna di Wembley”
Kata Ferdinand kepada Copa90, dan telah dilaporkan oleh Daily Mail.
🗣️ — Rio Ferdinand (on facing Messi in Rome Champions League final): "This is possibly the most embarrassing match in my life." pic.twitter.com/Au7oPq5TZp
— Barça Universal (@BarcaUniversal) March 17, 2020
“Saya berdiri disana melihat mereka menjulang piala, saya, Giggs dan Scholes berdiri bersama dengan meletakkan tangan di mulut sambil bergosip, saya berbisik kepada mereka ‘saya rasa dimalukan’ .”
“Messi terlalu selesa dan bebas”
Nampaknya seperti legenda setan merah itu masih tidak mampu untuk melupakan peristiwa yang berlaku di Wembley sembilan tahun lalu.
Beliau turut menamakan Messi sebagai salah seorang pemain terbaik dan terhebat yang pernah beliau hadapi.
“Mesi seorang penyudah yang berbahaya, Ronaldinho sangat luar biasa, mereka berdua seperti ahli silap mata yang berlegar di atas padang.”
“Untuk Messi sendiri, beliau akan melakukan apa saja yang dia mampu dan pada akhirnya beliau pasti akan menjaringkan gol atau setidaknya menghasilkan Assist.”
“Messi 🐐 is a magician. The most complete footballer ever!” (Rio Ferdinand)#Messi is indeed the #GOAT pic.twitter.com/9lRjnIRAgE
— 🅱🅸🅲🅷⚽️🆈 (@Messi_TheGOAT) December 31, 2019
Sebenarnya sukar untuk tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ferdinand tentang Messi.
Ferdinand mungkin terlalu sakit dan menderita melihat Messi berjaya menundukan setan merah dua kali dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
Pertama pada 2009 dan kali kedua adalah pada tahun 2011 yang melihatkan setan merah gagal untuk menghadapi Barcelona.
Walaupun para pemain serta peminat setan merah cuba untuk melupakan persitiwa kekalahan mereka kepada Barcelona, mereka semua tetap mengagumi Messi yang telah mempamerkan aksi mantap sejak mula karier hingga kini.
Ferdinand mengakui beliau mengalami kesukaran untuk mengawal kelincahan Messi ketika beraksi bertemu pemain kebangsaan Argentina itu.
Menurut Ferdinand juga, Messi selain lincah dan mempunyai kepantasan beliau mempunyai penyudah yang sangat hebat.
Rio Ferdinand recalls telling teammates how Lionel Messi ’embarrassed’ him in 2011 CL final https://t.co/3W3YNzw9Z2 pic.twitter.com/ZzxqE5skdV
— Absolutefootballpredictions (@Absolutefootba2) April 12, 2020
Hakikatnya, bukan Ferdinand sorang saja yang mengalami kesukaran ketika berhadapan pemenang enam kali Ballon d’or itu.
Messi diakui sebagai antara pemain terbaik dunia sepanjang zaman dan hampir semua peminat bersetuju tentang hal itu.