Rio Ferdinand Tibai Michael Oliver Kerana Melayangkan Kad Merah Kepada Gabriel Martinelli

Rio Ferdinand langsung tak gembira dengan keputusan pengadil perlawanan, Michael Oliver kerana melayangkan kad merah kepada Gabriel Martinelli ketika aksi kemenangan 1-0 Arsenal menewaskan Wolves.

Legenda Manchester United itu merasakan Michael Oliver sepatutnya hanya melayangkan satu kad kuning sahaja kepada Martinelli dan bukanlah dua kad kuning yang menyebabkan beliau terpaksa dibuang padang.

Martinelli telah dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh enam saat ketika aksi pertemuan bertemu Wolverhampton Wanderers awal pagi tadi.

Kad kuning pertama dilayangkan kerana beliau menolak Podence yang ketika itu sedang membuat lontaran ke dalam pantas dan yang kedua pula beliau mengasari Ruben Semedo untuk menggagalkan serangan pantas Wolves.

Permainan tetap diteruskan walau sudah berlaku insiden pertama, dengan pengadil melayangkan kad kuning itu sekaligus selepas berlakunya insiden kedua.

Ferdinand yang bertugas membuat analisis perlawanan tersebut di BT Sport telah menyatakan bahawa:

“Pengadil itu mahu menjadi tajuk utama dalam media kan?”

“Sangat tegas. Saya faham yang pertama, ya itu boleh nampak kad kuning kerana dia cuma perlahankan permainan, kedua tu, ia dalam permainan yang sama, ia tak sepatutnya kad kuning. Tak sepatutnya langsung.”

Michael Owen dan Robbie Savage turut berada di studio tersebut bersama Ferdinand dengan mereka bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan dari legenda Man United itu.

Bekas pengadil, Peter Walton turut terlibat dengan perdebatan hangat itu, dengan beliau telah memberitahu kesemua mereka bertiga bahawa keputusan pengadil membuang Martinelli dari padang adalah keputusan yang benar dari segi hukum.

Ketiga-tiga Ferdinand, Owen dan Savage tak berpuas hati dengan jawapan balas dari Peter Walton, dan telah berlaku perdebatan panas antara mereka selama hampir 10 minit untuk memperdebatkan isu yang berlaku di Molineux stadium itu.

Gabriel berjaya menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan ini pada minit ke-25 permainan, dengan Arsenal kini sedang berjuang untuk berada di kelompok empat teratas dalam carta saingan liga.

Disebabkan Manchester United keciciran mata kerana sekadar seri bertemu Burnley dan Tottenham Hotspur pula mencatatkan kekalahan bertemu Southampton, maka tiga mata tersangatlah penting untuk Arsenal.

Kad merah yang diterima oleh Martinelli itu merupakan yang ke-15 untuk Gunners dalam semua pertandingan sejak dikendalikan oleh Mikel Arteta pada Disember 2019 yang lalu.

Arteta sendiri tak pasti bagaimana beliau mahu menenangkan para pemainnya agar tidak ada lagi antara mereka yang menerima kad merah.

“Saya dah kehabisan idea saya rasa (untuk elak kad merah).”

Jelas Mikel Arteta ketika temu bual selepas tamat perlawanan.

“Karakter itu, saya sangat berbangga dengan para pemain. Mereka sentiasa bersama dan bersatu.”

“Kami meletakkan diri kami dalam masalah dengan kad merah dan kami perlu hadapai itu. Wolves meletakkan tujuh pemain di hadapan dan sangat sukar untuk kekal clean sheet, tapi kami mampu bertahan dengan sangat baik.”

“Karakter itu, bagaimana kami bina, semangat yang kami tunjukkan, saya sangat berbangga dengan para pemain. Mereka sentiasa bersama dan bersatu.”

“Kami perlu bermain dengan 11 orang pemain untuk 16 perlawanan terakhir dan itu adalah kunci. Untuk menang perlawanan, bermain dengan 10 orang memang susah untuk menang.”

Arsenal pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta saingan Premier League, dengan mereka ketika ini hanya satu mata sahaja dibelakang West Ham.

Martinelli dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh enam saat

Arsenal berjaya naik ke tangga kelima liga, satu mata di belakang West Ham United yang berada di tangga keempat selepas menewaskan Wolverhampton Wanderers di tempat lawan.

Perlawanan bermula dengan agak sengit dan rancak dengan kedua-dua pasukan dilihat bernafsu untuk menjaringkan gol awal. Pada minit ketujuh, hantaran Ruben Neves ke dalam kotak penalti kepada Leander Dendoncker ditampan oleh Thomas Partey dan hampir menghadiahkan gol sendiri kepada Wolverhampton.

Nasib baik penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale dilihat cukup fokus dan mudah menangkap bola tersebut.

Pada minit ke-25, sepakan percuma Arsenal disepak lemah oleh Neves dan bola melantun ke arah Ben White yang kemudiannya menanduk bola kepada Alexander Lacazette di tengah kotak penalti.

Penjaga gol Wolverhampton, Jose Sa, telah melakukan kesilapan apabila dia mencabar bola yang menuju ke arah Lacazette namun tidak berjaya menyentuh bola walau sedikit, lantas bola bergolek ke hadapan Gabriel yang kemudiannya mudah menolak masuk dari kotak enam ela.

Cuba bangkit, Wolves melancarkan serangan balas dan pada minit ke-36, Raul Jimenez menanduk bola hantaran silang dari sebelah kanan padang namun tandukan lemah tersebut dengan mudah ditangkap oleh Ramsdale.

Pada penghujung separuh masa pertama, Bukayo Saka bermain satu dua dengan Martin Odegaard sebelum menolak bola ke tengah kepada Lacazette yang kemudiannya melakukan satu rembatan ke arah gol lawan.

Tapi sayang, rembatan tersebut tepat ke arah Jose Sa.

Pada minit ke-68, detik pelik bercampur kelakar terjadi. Gabriel Martinelli pada mulanya cuba untuk menggelecek Chiquinho namun apa yang dia mampu buat adalah sekadar berpusing-pusing di tempat sama sebelum bola keluar ke tepi padang.

Daniel Podence yang berada berhampiran dengan pantas mengambil bola untuk melakukan hantaran ke dalam bagi memulakan serangan balas ke kubu Arsenal. Ketika Podence melakukan lontaran, Martinelli telah menolak muka pemain tersebut lantas membuatkan dia terjatuh sambil menjerit “adoi!”.

Selepas menolak Podence, Martinelli berlari mengejar Chiquinho yang mendapat bola daripada lontaran ke dalam tersebut, dan tanpa membuang masa sebaik sahaja tiba berdekatan dengan pemain Wolves tersebut, Martinelli bertindak menolak Chiquinho sehingga terjatuh.

Tanpa teragak-agak, pengadil meniup wisel permainan di atas kekasaran tersebut.

Kelakarnya, sebaik tiba di depan Martinelli, pengadil melayangkan kad kuning dua kali tanpa menyimpan kad ke dalam poket terhadap pemain Arsenal tersebut, sekaligus membawa kepada penganugerahan kad merah.

Sebenarnya tindakan pengadil, Michael Oliver, adalah tepat.

Kad kuning pertama adalah hadiah buat Martinelli yang bertindak menolak Podence ketika lontaran ke dalam tersebut. Dia tidak menghentikan perlawanan selepas tindakan keji Martinelli itu kerana Wolverhampton sedang memulakan serangan lantas diberikan advantage.

Akan tetapi, tindakan bodoh Martinelli melakukan tolakan berlebihan ke atas Chiquinho lima saat kemudian, telah memaksa Oliver untuk menghentikan perlawanan dan melayangkan kad kuning dua kali.

Pertama, Oliver qada’ kad kuning Martinelli menolak Podence, dan kedua terjahan keras ke atas Chiquinho.

Bagi orang yang tidak tahu peraturan perlawanan, insiden ini mungkin agak pelik tetapi Oliver bertindak di dalam bidang kuasanya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Law of the Game daripada FIFA.

Selepas kad merah tersebut, Arsenal menerima asakan demi asakan daripada Wolverhampton, namun nasib menyebelahi mereka apabila Ramsdale sekali lagi beraksi bagaikan penjaga gol terbaik dunia dalam menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi, terutamanya pada minit ke-73 apabila Wolves melakukan cubaan menerusi Roman Saiss yang merembat kencang dari garisan kotak penalti menerusi kaki kirinya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ferdinand Mahu Manchester United Dapatkan Mbappe Dan Haaland