Cristiano Ronaldo dilaporkan bercadang untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas ini kerana kekurangan aktiviti perpindahan, kerana dia mahu bersaing untuk trofi pada musim yang mungkin menjadi musim terakhir dalam kariernya.
Khabar ini berdasarkan laporan Manuel Sainz dari AS, yang sering dilihat sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk berita yang berkaitan dengan legenda Portugal itu.
Cristiano Ronaldo menyertai Manchester United buat kali kedua dalam kariernya pada penghujung Ogos musim lalu yang merupakan salah satu daripada hari perpindahan paling dramatik dalam sejarah.
Pada ketika itu banyak dilaporkan bahawa penyerang itu bersedia untuk menyertai Manchester City, pada saat terakhir The Red Devils menyailang untuk mendapatkan pemain sayap mereka suatu ketika dahulu itu dengan bayaran £12 juta.
Feeling Good 😉 pic.twitter.com/ywEIsMh1Ij
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) June 19, 2022
Sir Alex Ferguson merupakan dalang kembalinya Ronaldo ke Old Trafford kerana tidak sanggup untuk melihat Ronaldo menyarung jersi Manchester City.
Cristiano Ronaldo menjadi bintang pada jendela perpindahan yang cemerlang untuk Ole Gunnar Solskjaer yang telah berjaya mendapatkan tandatangan bakat bertaraf dunia Jadon Sancho dan pemain pertahanan terbukti hebat Raphael Varane.
Kehadiran Ronaldo, Sancho dan Varane menyebabkan ramai meramalkan United bakal menjadi pencabar kesemua kejuaraan yang mereka sertai.
Apa yang berlaku seterusnya ialah penampilan sulung kedua yang menakjubkan daripada salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, menjaringkan dua gol penting menentang Newcastle United ketika kelab itu menumpaskan Magpies dalam kemenangan 4-1.
😓 ¡CRISTIANO, DECEPCIONADO DE LOS 'RED DEVILS'!
🗞 Según 'Diario AS', el @ManUtd estaría por perder a Cristiano Ronaldo debido a la falta de fichajes.
📄 Tiene contrato hasta el 2023 con opción a uno más.
🤔 ¿Será que el portugués debe de salir?#LigaPremierTD pic.twitter.com/VdrqG2TL44
— Telemundo Deportes (@TelemundoSports) June 22, 2022
Ronaldo memberi impak yang sama seperti sebelum dia meninggalkan Old Trafford, menjaringkan gol sekali lagi dalam Liga Juara-Juara dan meneruskan kepelbagaian bentuk jaringan gol.
Mempamerkan persembahan yang luar biasa seperti menentang Tottenahm Hotspur di stadium baharu mereka dengan gol indah nian dalam kemenangan 3-0.
Bermula baik penuh bergaya bukan jaminan untuk kekal sehingga ke akhir musim, setan merah merosot teruk dengan cara yang agak epik untuk Solskjaer.
Kemuncak kemerosotan adalah kekalahan 5-0 di Old Trafford kepada Liverpool sebelum tewas 2-0 kepada Manchester City dan tewas 4-1 kepada Watford di tempat lawan yang membawa kepada pemecatan Solskjaer.
🤨 ¿Qué le pasa a @Cristiano?
💔 Afirman que estaría pensando en un cambio de equipo, ya que en el @ManUtd el panorama no pinta bien.
Entérate ▶️ https://t.co/sFuS3YiMdg#LigaPremierTD pic.twitter.com/jZkDvVJkNi
— Telemundo Deportes (@TelemundoSports) June 22, 2022
Ralf Rangnick dilantik sebagai pengurus sementara dan terdapat banyak persoalan sama ada Ronaldo sesuai di bawah sistem pressing berintensiti tinggi dan .
Telahan itu seperti benar apabila Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan pada awalnya di bawah Rangnick, di satu tahap Anthony Elanga bermula di kesebelasan utama berbanding Ronaldo.
Tapi situasi itu tidak lama, Ronaldo bangkit semula dan merembat Arsenal dengan dua gol dalam kemenangan 3-2, sebelum kemudiannya menjaringkan hatrik menentang Tottenham Hotspur dalam satu lagi kemenangan 3-2 ke atas kelab London di Old Trafford.
Gol menentang Spurs dari Ronaldo telah diundi sebagai gol terbaik semusim Manchester United.
#mufc's last 9 Premier League goals:
⚽️ Ronaldo
⚽️ Ronaldo
⚽️ Ronaldo
⚽️ Fred
⚽️ Ronaldo
⚽️ Ronaldo
⚽️ Ronaldo
⚽️ Ronaldo
⚽️ Ronaldo pic.twitter.com/dVEtWP4g7T— Utd District (@UtdDistrict) April 28, 2022
Tiba satu ketika di mana Ronaldo telah menjaringkan lapan daripada sembilan gol terakhir Manchester United di Liga Perdana, yang walaupun mengagumkan, persembahan agak suram daripada seluruh pasukan Manchester United.
Kehadiran Ronaldo telah menimbulkan pendapat yang pelbagai, ada yang menuduh Ronaldo merosakkan struktur pasukan yang sepatutnya bertunjangkan Bruno Fernandes.
Ronaldo merupakan salah seorang daripada 2-3 orang pemain Setan Merah yang memberikan yang terbaik disebalik kesenduan prestasi rakan sepasukan yang lain.
Namun tanpa jaringan Ronaldo, Setan Merah tidak akan melepas peringkat kumpulan Champions dan tidak akan dapat langsung merasai aksi Eropah musim hadapan walaupun untuk Liga Persidangan.
🔔 | Cristiano Ronaldo Tempted To LEAVE Manchester United As He Fears Club Will Slip Behind City And Liverpool https://t.co/yOCJbWjFFC
— SPORTbible News (@SportBibleNews) June 21, 2022
Ronaldo muncul penjaring ketiga terbanyak dibelakang Mohamed Salah dan Son Heung Min dengan 18 gol dan membuktikan dia layak untuk terus kekal.
Masa depan Cristiano Ronaldo bergantung pada bagaimana jendela perpindahan ini berlaku untuk Manchester United dan peminat tidak boleh menyalahkannya.
Kerisauan mula bermain dibenak fikiran Ronaldo dan takut Setan Merah tidak mampu bersaing dengan Liverpool dan juga Manchester City. Perit dah kena.
Menurut laporan, Cristiano Ronaldo tidak mahu menghabiskan musim terakhirnya di peringkat elit bola sepak tanpa pilihan untuk menambah lebih banyak trofi.
Le contexte actuel à Manchester United inquiète Cristiano Ronaldo. 😕
Le GOAT ne souhaite pas gâcher l’une de ses dernières saisons dans sa carrière en ayant l’impossibilité de remporter un trophée.
(@Manu_Sainz) pic.twitter.com/Uj3LrALS2k
— Instant Foot ⚽️ (@lnstantFoot) June 21, 2022
Dengan keadaan semasa United yang tiada perpindahan masuk, pemain No.7 itu bimbang Manchester United tidak akan dapat memberikannya peluang merasai kejuaraan.
Walaupun pada asalnya berazam untuk memenuhi baki tahun dalam kontraknya walaupun kelab itu tidak berada dalam kejohanan Liga Juara-Juara musim depan, ketibaan pemain seperti Erling Haaland di Manchester City dan Darwin Nunez, sasaran United, di Liverpool telah membimbangkan penyerang Portugal itu.
Ronaldo mahukan pengukuhan ke dalam kelab, tetapi nampaknya kelab itu tidak akan mencipta pembaharuan skuad yang difikirkannya ‘perlu’.