Robbie Savage, Scholes Meluat Tengok Skil Antony Berpusing Pusing Dan Kemudian Bola Terkeluar

Antony melakukan skil cap dagangannya iaitu putaran 360 darjah semasa pertembungan Liga Europa Manchester United menentang Sheriff.

Skil itu memerlukan kemahiran yang tinggi untuk melakukannya.

Peminat Man United terhibur sampai tak nak keluar stadium

Ramai peminat Manchester United terhibur dengan skil luar biasa itu. Itu adalah skil yang benar benar hebat dilakukan Antony.

Skil itu berjaya memukau hadirin yang hadir ke Old Trafford. Ianya salah satu cara untuk mengelak mereka keluar awal daripada stadium seperti sebelum ini.

Peminat Manchester United gembira sekali Didi And Friend yang gembira melihat tayar bas berpusing pusing.

Sehinggalah terhasilnya lagu:
Tayar bas berpusing-pusing
Pusing-pusing
Pusing-pusing
Tayar bas berpusing-pusing
Sepanjang hari
Enjin bas bunyi vroom vroom
Vroom vroom vroom
Vroom vroom vroom
Enjin bas bunyi vroom vroom
Sepanjang hari
Signal bas berkelip-kelip
Kelip-kelip
Kelip-kelip
Signal bas berkelip-kelip
Sepanjang hari
Hon bas berbunyi pon pon
Pon pon pon
Pon pon pon
Hon bas berbunyi pon pon
Sepanjang hari
Jom sebut Hora Horey
Hora Horey
Hora Horey!
Jom sebut Hora Horey
Di dalam bas
Sepanjang hari
Di dalam bas
Sepanjang hari

Tiada mana mana pemain yang mampu melakukan skil itu di mata peminat Man United.

Namun Robbie Savage yang ada anak di akademi Manchester United, ternyata tidak gembira dengan skil yang disifatkannya sebagai memalukan.

Antony menerima bola dan kemudian segera berpusing dengannya, malangnya, ketika dia melakukan hantaran, bola terus keluar daripada permainan.

Savage benar benar marah tak bertempat dengan perkara seperti itu. Dia berkata: “Bagi saya itu tidak masuk akal kerana dia melakukan itu, kemudian dia membuatkan bola keluar dari permainan. Agak memalukan sebenarnya.”

“Jika saya pengurus, saya tidak akan gembira,” tambahnya.

Savage harus sedar diri bahawa dia tak akan pernah menjadi pengurus Antony kerana pemain itu bintang terkemuka.

Pakar BT Sport Paul Scholes dan Owen Hargreaves menyuarakan sentimen yang sama dengan Savage ketika mereka mengecam pemain Brazil itu.

Scholes berkata: “Ia perkara yang sememangnya mengarut. Ia menunjukkan skil, Apa yang dia fikirkan? – Saya fikir dia memerlukan [showboating] itu untuk menendang bola tu keluar.”

Hargreaves menambah: “Pada 0-0 dia tidak benar-benar melakukan itu. Kamu tidak perlu melakukannya pada kedudukan 3, 4-0. Kamu perlu menunjukkan rasa hormat kepada pihak lawan.”

Sememangnya, putaran Antony juga menyebabkan media sosial menjadi liar, dengan peminat berbagi pendapat tentang skil itu.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Ini adalah perkara paling bodoh yang saya pernah lihat pemain bola sepak lakukan dalam beberapa tahun ini.”

Seorang lagi memuat naik tweet: “Badut yang benar-benar badut.”

Namun ramai yang mempertahankan Antony. Lalu mempersoalkan, kenapa Savage boleh triggered dengan skil seindah itu. Mereka berkata: “Saya bingung.. mengapa Savage membenci Antony? Bagaimanakah kemahiran itu boleh mengganggu anda?”

Seorang lagi berkata: “Kemahiran Antony yang mengecewakan Robbie Savage menjadikannya lebih baik untuk saya.”

Putaran Antony adalah sumbangan terakhirnya menentang Sheriff ketika Erik ten Hag kemudia mengeluarkannya.

Man United menewaskan Sheriff 3-0. Diogo Dalot membuka jaringan sejurus sebelum rehat.

Pemain gantian separuh masa kedua, Marcus Rashford menjaringkan gol tandukan untuk menggandakan gol kedua pasukannya, dengan Cristiano Ronaldo menambah gol ketiga.

Manchester United kini berada di landasan terbaik untuk menjuarai Liga Europa. Mereka melakukan kemenangan yang dianggap rutin harian di kelab itu.

Erik Ten Hag terus memberikan inspirasi kepada para pemainnya dengan pengurusan taktikal yang luar biasa.

BACA:  Antony Spin Digugurkan Dari Skuad Brazil Kerana Kes Pukul Perempuan