Rombakan Skuad, Chelsea Sedia Lepaskan 11 Pemain Pada Musim Panas Ini

Thomas Tuchel mahu lakukan rombakan besar-besaran untuk mencabar kejuaraan liga musim hadapan, dengan 11 pemain dari skuad utama Chelsea mungkin akan dijual.

Pengurus dari Jerman itu bertekad untuk memberi cabaran kepada Manchester City dalam perebutan mahkota liga pada musim hadapan.

Bekas pengurus PSG itu tiba di Stamford Bridge pada akhir Januari lalu dengan Chelsea pada ketika itu berada di kedudukan kesembilan dalam carta liga.

The Blues yang memulakan kempen musim ini dibawah kendalian Frank Lampard telah menunjukkan aksi persembahan yang agak teruk hingga mereka berada di kelompok pertengahan liga.

Setibanya Tuchel, The Blues berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka dan cemerlang mengakhiri saingan musim ini di kelompok empat teratas.

Tuchel juga berjaya membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League selepas menewaskan Manchester City di Porto pada hujung minggu lalu.

Selepas kejayaan mereka memenangi gelaran Eropah itu, Chelsea jelas merupakan pasukan pilihan yang bakal beri cabaran kepada City untuk perebutan mahkota kejuaraan liga musim hadapan.

Thomas Tuchel sehingga kini masih belum mengumumkan penandatanganan terbaru kelab, namun terdapat laporan yang menyatakan 11 pemain the blues bakal dilepaskan pada musim panas ini.

Menurut sumber laporan Daily Mail, Tammy Abraham, Olivier Giroud, Ross Barkley, Ruben Loftus-Cheek, Davide Zappacosta, Emerson, Tiemoue Bakayoko, Christian Pulisic dan Fikayo Tomori bakal meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini.

Tomori ketika ini beraksi bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman pada pertengahan musim lalu dan gergasi Serie A itu sangat berminat untuk menandatanganinya secara tetap.

Ia seakan memberi gambaran jelas yang bintang kebangsaan England itu bakal melengkapkan perpindahannya ke San Siro pada musim panas ini nanti.

Hal itu juga membawa kepada rumour yang menyatakan Chelsea sedang dalam usaha mereka untuk menandatangani pemain centre-back yang baru.

Barkley dan Loftus-Cheek juga telah dipinjamkan ke Aston Villa dan Fulham pada musim ini, namun tidak ada syarat pembelian tetap.

Namun begitu, Villa sepertinya tidak berminat untuk mendapatkan khidmat Barkley kerana aksi hambarnya pada suku kedua musim ini, walau bermain dengan baik pada awal musim lalu.

Sementara Fulham pula mungkin tidak berminat untuk menandatangani pemain baru memandangkan mereka telah tersingkir ke saingan Championship musim hadapan.

Abraham sepertinya sudah tidak mendapat tempat lagi dalam sistem Thomas Tuchel dengan beliau telah diketepikan dari aksi dua perlawanan akhir Piala FA dan Champions League

Ia jelas memberi gambaran yang Tuchel sememangnya tidak memerlukan khidmatnya lagi dan kerana itulah beliau mungkin bakal dijual.

Olivier Giroud pula bakal mengakhiri kariernya dalam saingan premier league dengan membantu Chelsea menjuarai Champions League.

Beliau bakal meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini untuk mengikut jejak langkah Tomori bersama AC Milan.

Gilmour dan Gallagher pula sepertinya bakal dipinjamkan ke pasukan lain pada musim panas ini dan kelab mungkin tidak akan menjual kedua-dua mereka.

Kedua-dua pemain muda itu memerlukan minit permainan dan perlu sertai pasukan lain untuk mendapatkannya.

Zappacosta, Emerson dan Bakayoko sepertinya sudah tidak ada kesempatan lagi untuk mencabar kedudukan sebagai pemain utama, dan kerana itulah mereka bakal meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini.

Pemain yang mungkin tidak akan meninggalkan Chelsea adalah Pulisic yang ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Namun begitu, terdapat banyak laporan yang mengatakan beliau bakal meninggalkan kelab kerana mahu mencari peluang beraksi sebagai kesebelasan utama.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat itu sering digunakan sebagai pemain gantian oleh Tuchel dan sering disuruh bermain di posisi wing back.

Apa yang pasti posisi tersebut sepertinya tidak sesuai dengan beliau dan Pulisic sendiri mahu mendapatkan minit permainan yang lebih banyak untuk tingkatkan prestasinya.

BACA:  Robben Dedah Kisah Silam, Hampir Sertai Manchester United