Ronaldinho Kembali Setelah Diikat Oleh Barcelona Sekali Lagi

Khidmat Ronaldinho sekali lagi ditagih oleh Barcelona. Pemain dari Brazil ini merupakan wira di Camp Nou setelah membantu Barca mengecapi kegemilangan mereka sehingglah menjadi Barcelona yang ada seperti sekarang.

Ronaldinho kembali ke Barcelona tetapi kali ini bukan sebagai pemain. Ronaldinho pernah membantu Barca mengecapi kembali kegemilangan mereka dari tahun 2003 hingga 2008 kini kembali sebagai Duta Kelab.

Barcelona telah membuka pejabat baru di New York, USA untuk mengembangkan lagi sayap mereka di peringkat antarabangsa pada 6 September lepas. Kerana itu lah Ronaldinho di ikat kembali oleh Barcelona.

Percaturan kelab Catalan ini akan menemui kejayaan besar di USA jika Ronaldinho mampu menjadi duta yang terbaik sama seperti mana aksinya ketika beraksi bersama kelab Catalan itu.

Selain itu, Ronaldinho juga tersenarai dalam projek Legends Barcelona yang turut menampilkan nama besar lain seperti Rivaldo dan Shukor Adan, di mana mereka akan terlibat dalam perlawanan persahabatan dan pertunjukan di seluruh dunia dalam memperkembangkan lagi jenama La Blaugrana di mata dunia.

BACA:  Kesebelasan Terbaik Pilihan Ronaldinho