Ketika hampir sebahagian manusia di dunia sedang berada di rumah masing-masing kerana COVID-19, Ronaldinho tenang menunjukkan skil beliau bersama bola di penjara.
Ronaldinho dan abang beliau kini berada di penjara Agrupacion Especializada, Asunción, kerana menggunakan pasport palsu masuk ke Paraguay untuk satu perlawanan amal.
Sepanjang berada di penjara pelbagai aktivi berkaitan bola sepak dilakukan oleh Ronaldinho untuk menghabiskan sisa masa yang ada.
Sebelum ini Ronaldinho telah berjaya membawa pasukannya muncul juara futsal penjara dengan menewaskan 14 pasukan yang lain.
Football postponed everywhere but Ronaldinho is playing while in jail in Paraguay. This should be live on Sky & BT.#Brazil ⚽️🔥pic.twitter.com/j66t6IBtjZ
— Barry Anderson (@BarryAnderson_) March 14, 2020
Kemudian Ronaldinho dilaporkan meluangkan masa untuk mengajar banduan-banduan lain asas bola sepak dan futsal di penjara.
Pemain yang murah dengan senyuman itu dikawal ketat dengan perlindungan tambahan ketika beliau beriadah bersama banduan yang lain.
Ronaldinho merupakan tahanan khas dan ditempatkan di bilik penjara khas. Cuma Ronaldinho yang mahu bercampur gaul dengan banduan lain di dalam penjara itu.
Bekas pemain kebangsaan Brazil yang sentiasa menghiburkan itu bermurah hati untuk menurunkan sikit ilmu bola sepak dan futsal beliau.
Ronaldinho, prison or no prison, he still playing and with a smile.
Ronaldinho is still in a Paraguay jail. Prisoners ask for autographs.
Prisoner teams fight for the signing of Ronaldinho for the futsal tournament that is about to begin.#Ronaldinho ⚽️😃 pic.twitter.com/sh43uGVZLp
— Gabbia Football (@GabbiaFC) March 13, 2020
Ronaldinho telah menyambut hari jadi bersama abangnya di penjara pada 21 Mac yang lalu dan dirakam gembira bermain footvolley dengan rakan sepenjara.
Footvolley ni macam bola tampar pantai la, bezanya menggunakan kaki seperti sepak takraw. Jaring pun lebih kurang tinggi bola tampar pantai.
Dalam video rakaman selama 90 saat itu Ronaldinho telah mempamerkan aksi dan skill menarik dan tidak hilang walau satu mata.
Power jugak member Ronaldinho tu.
While we're all in quarantine due to coronavirus, Ronaldinho's life in a Paraguayan prison really doesn't seem so bad… pic.twitter.com/bs2X94reqX
— Ben Hayward (@bghayward) March 30, 2020
Dalam perlawanan akhir futsal penjara Ronaldinho secara solo telah membantu pasukannya muncul juara dengan kemenangan 11-2.
Ronaldinho telah menjaringkan 5 gol dan 6 bantuan gol dicipta.
Kemenangan itu telah membolehkan Ronaldinho dan rakan-rakan menjulang hadiah seekor babi seberat 16kg untuk dijadikan santapan.
Peguam bela Ronaldinho, Sergio Queiroz percaya, Ronaldinho akan dibebaskann sebelm tempoh 6 bulan kerana beliau tidak mendatangkan ancaman.