Cristiano Ronaldo jelas sekali kelihatan bengang dan hampir tantrum di padang selepas dikeluarkan oleh Erik Ten Hag ketika perlawanan menentang Newcastle United di Old Trafford.
Reaksi penuh emosi Ronaldo sangat jujur tanpa berselindung dan seperti dijangka pasti akan menjadi permainan media arus perdana, tabloid dan termasuklah media tidak bertauliah seperti The Sukan.
Pemain veteran bermula dari kesebelasan utama dalam pertembungan Liga Perdana menentang Magpies yang tidak berada diprestasi terbaik mereka.
Perlawanan yang mengecewakan buat Ronaldo apabila dia dan rakan sepasukannya gagal memecah benteng Newcastle yang degil walaupun beraksi di laman sendiri.
Ronaldo's reaction to being subbed off against Newcastle: pic.twitter.com/7pyIICKNwe
— B/R Football (@brfootball) October 16, 2022
Dua minit separuh masa kedua, Ronaldo berjaya menjaringkan gol pembukaan hasil umpanan Jadon Sancho.
Malangnya, sambutan United telah ditamatkan serta merta oleh penjaga garisan kerana Ronaldo telah offside terlebih dalam gerakan gol itu terhasil.
Maka jaringan itu telah dibatalkan.
Ketika United terus mengasak mencari gol, pengurus Setan Merah, Erik Ten Hag memutuskan untuk melakukan pertukaran pada minit ke-72.
لحظة تبديل رونالدو pic.twitter.com/H0Sj41EopL
— صحيفة مانشستر يونايتد (@MUFCMENA) October 16, 2022
Marcus Rashford yang sudah lama memanaskan badan dimasukkan dan Ronaldo adalah orang yang digantikan.
Seperti dijangka, pemain berusia 37 tahun itu nyata tidak berkenan dan tidak bersetuju dengan keputusan Erik Ten Hag.
Ronaldo menunjukkan rasa tidak puas hati apabila dia bergumam sendirian dan menggelengkan kepalanya sambil berjalan menuju ke garisan tepi dan hampir saja tantrum di padang.
Walaupun selepas seminit kemudian, Ronaldo dilihat masih menggelengkan kepalanya ketika dia duduk di bangku simpanan di hadapan Erik Ten Hag.
"Ronaldo is absolutely fuming!" 👿
Cristiano Ronaldo is NOT happy at being substituted for Marcus Rashford ❌ pic.twitter.com/DRg8tkzNzE
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 16, 2022
Rashford hampir membuat impak yang besar untuk menjaringkan gol kemenangan namun terus dinafikan Newcastle.
Selepas perlawanan, Ten Hag menyatakan bahawa pasukannya sepatutnya memenangi permainan itu.
Dia memberitahu BBC:
“Persembahan itu bagus, clean sheet, kami mengasak dengan baik, kami mengawal permainan dan secara berperingkat-peringkat kami bagus dalam menguasai bola – terutamanya pada separuh masa kedua.”
“Kemudian, kami menguasai permainan, kami sepatutnya – menjaringkan gol kemenangan. Satu daripada Fred dan kemudian [Marcus] Rashford sepatutunya menjaringkan gol.
“Akhirnya kami boleh mendapat kemenangan, kami berhak untuk menang dan ia adalah pujian besar kepada pasukan bahawa kami berhak menang dengan aksi fizikal menentang salah satu pasukan paling fizikal di liga.”
“Mereka [pemain Newcastle] semuanya mengalami kekejangan dan kami terus berjuang.|
“Pasukan memahami dari bawah sampai ke atas kami bekerjasama. Kami sukar untuk ditewaskan dan kami mesti meneruskannya.”
Keputusan seri ini terus meletakkan Manchester United berada ditangga kelima dan terlepas peluang untuk mengurangkan jurang dengan Chelsea.
Manchester United 0-0 Newcastle United
Manchester United meneruskan saingan Premier League menentang pasukan yang sedang meningkat naik dalam proses pembangunan semula pasukan, Newcastle United.
Newcastle United kini berada diprestasi terbaik dan berada ditangga keenam walaupun hanya mencatatkan tiga kemenangan dengan 5 seri dan hanya sekali tewas dalam 9 perlawanan.
Dilimpah dengan wang yang tidak terbatas, Newcastle mengamalkan perbelanjaan berhemah untuk mendapatkan pemain berkualiti bagi memberi keseimbangan kepada pasukan.
Hasilnya sejak pertengahan musim lalu, Newcastle sudah mampu bersaing untuk berada dalam kelompok 10 teratas yang menjadi sasaran awal mereka bagi tempoh beberapa tahun ini.
Sir Alex Ferguson presented both Cristiano Ronaldo and David de Gea with awards before today's game, after the pair both celebrate milestones in their career! ❤️
It's 5️⃣0️⃣0️⃣ club appearances for United's 'keeper whilst Ronaldo hit 7️⃣0️⃣0️⃣ club career goals last week. 📊 pic.twitter.com/fjRY1bKgmO
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) October 16, 2022
David De Gea pula turun untuk penampilan ke-500 bersama Manchester United dan diraikan bersama Ronaldo yang menjaringkan 700 gol bersama Sir Alex Ferguson sebelum perlawanan.
Cristiano Ronaldo bermula dari kesebelasan utama bersama Casemiro yang bergandingan dengan Fred yang disayangi ramai. Raphael Varane juga kembali bergandingan dengan Lisandro Martinez.
Manchester United bermula baik dan Jadon Sancho memotong masuk ke dalam dari sebelah kiri lalu menghantar bola mencari Cristiano Ronaldo.
Namun bola sangkut tetapi sampai kepada Bruno Fernandes yang membuat satu setting cantik, tapi rembatan Fred kau tau la macam mana pergi.
Newcastle United have conceded more Premeir League goals against Manchester United (113) than they have against any other opponent.
They're looking for their first win against the Red Devils at Old Trafford since 2013. 👹 #MUNNEW
— Squawka News (@SquawkaNews) October 16, 2022
Pada minit ke-19 perlawanan dihentikan seketika selepas Sven Botman mengalami kecederaan di kepala kerana berlanggar dengan Antony Santos.
Newcastle United mula mendapat rentak dan mula menguasai perlawanan dan memaksa Fred memberikan sepakan percuma.
Cubaan Ronaldo dengan satu lambungan ke gawang selepas melihat Nick Pope keluar berjaya dikeluarkan dan dalam masa yang sama pembantu pengadil mengangkat bendera.
Percubaan bahaya hadir melalui Joelinton dan tandukkannya terkena palang, tindakan susulan pula tidak berhasil dinafikan tiang dan hanya meraih sepakan penjuru.
Callum Wilson did not complete a single pass in the first half against Manchester United.
He also had the fewest touches of any other player on the pitch (7).
— Squawka (@Squawka) October 16, 2022
Sehingga ke penghujung babak pertama, Newcastle jelas lebih mengancam dan berbahaya berbanding Setan Merah yang acah-acah garang menanti perlawanan tamat.
Erik Ten Hag telah memperkemaskan permainan Setan Merah pada separuh masa kedua bagi mencari gol kemenangan.
Jelas permainan dikuasai namun gol tidak kunjung tiba, Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan namun dibatalkan kerana offside teruk.
Nick Pope berlengah-lengah untuk membuat sepakan dan Ronaldo mencuba nasib dengan merampasa bola lalu meletakkan bola ke gawang yang kosong.
Ronaldo meraikan gol itu namun pengadil membatalkannya lalu pengadil terus dikerumuni oleh pemain Manchester United.
"Ronaldo doesnt press"🤡pic.twitter.com/shtYrqpLD1
— Viran🇲🇾 (@MadnessFc4) October 16, 2022
Kerana tindakan cuba jayanya itu Cristiano Ronaldo dilayangkan kad kuning, aksi keras berterusan menyaksikan Bruno Fernandes dan Casemiro turut meraih kad kuning.
Perlawanan kerap terhenti kerana kecederaan pemain Newcastle yang tidak kehabisan sejak awal permainan. Mungkin ini salah satu taktikal Newcastle.
Pada minit ke-72, Cristiano Ronaldo telah dikeluarkan dan Marcus Rashford yang sudah lama memanaskan badan masuk sebagai pengganti.
Ronaldo kelihatan membebel seorang diri dan menggelengkan kepalanya seperti tidak percaya dia dikeluarkan oleh Erik Ten Hag.
Ronaldo's reaction to being subbed off against Newcastle: pic.twitter.com/7pyIICKNwe
— B/R Football (@brfootball) October 16, 2022
Pada minit ke-85 dapat dilihat peminat Manchester United mula meninggalkan stadium mungkin tidak tahan dengan aksi pasukan kesayangan.
Perlakuan Ronaldo itu berterusan selepas duduk di kerusi pasukan dengan wajah penuh kekecewaan jelas terpancar.
Minit ke-88, Manchester United berjaya mendapat peluang terbaik apabila Marcus Rashford berjaya melepasi perangkap offside.
Nick Pope terpaksa keluar ke hujung kotak tetapi berjaya diperkotak-katikkan Rasford yang memilih untuk menghantar bola kepada Fred.
Namun sayang Fred adalah Fred yang gagal menyudahkan dengan meletakkan bola ke gawang terbuka dengan percubaan jauh tersasar.
Leaving at 0-0 in the 85th minute how embarrassing #MUNNEW pic.twitter.com/78jYHQcUjH
— Alfie(Joelinton Enjoyer)⚫️⚪️ (@AIfieNUFC) October 16, 2022
Sundulan saat akhir Marcus Rashford dari hantaran genius Casemiro gagal disudahkan untuk meraih tiga mata.
Kegagalan Rashford menyempurnakan peluang menyaksikan Setan Merah terpaksa berkongsi mata dalam aksi di laman sendiri.
Manchester United: De Gea, Dalot, Varane, Martinez, Shaw, Fred, Casemiro, Sancho, Antony, Fernandes, Ronaldo.
Pemain Simpanan: Heaton, Lindelof, Rashford, Malacia, Pellistri, Elanga, Garnacho, Iqbal, Mainoo.
Newcastle United: Pope, Trippier, Brun, Botman, Schar, Longstaff, Joelinton, Guimaraes, Murphy, Almiron, Wilson.
Pemain Simpanan: Karius, Lascelles, Shelvey, Lewis, Targett, Wood, Fraser, Willock, Anderson.