Pemain bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo telah diberi amaran keras oleh pihak polis selepas terlibat dalam insiden merosakkan telefon peminat Everton yang merupakan seorang OKU pada musim lalu.
Manchester United tewas kepada pasukan Frank Lampard pada bulan April, dalam satu perlawanan yang amat penting untuk memastikan tuan rumah bertahan dalam Liga Perdana dan tidak ke liga bawahan.
Cristiano Ronaldo sangat tidak berpuas hati dengan keputusan pada masa penuh dan video daripada seorang peminat menunjukkan dia kelihatan menghempas telefon telefon peminat Everton dan merosakkannya.
Polis mengesahkan pada masa itu bahawa mereka sedang menyiasat kejadian itu, yang melibatkan seorang budak lelaki berusia 14 tahun dan penyerang Manchester United itu kini telah diberi amaran.
ICYMI: Merseyside police say they are reviewing CCTV footage to establish if Manchester United’s Cristiano #Ronaldo committed an offence by knocking a mobile #phone out of a supporter’s hand after his team’s 1-0 defeat at Everton.https://t.co/Wnr1DTGNnM pic.twitter.com/GCL3xqxkXV
— Al Arabiya English (@AlArabiya_Eng) April 11, 2022
Polis Merseyside telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada dakwaan ke atas Ronaldo namun amaran keras telah dikenakan:
“Kami boleh mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 37 tahun secara sukarela hadir dan ditemu bual berhubung dakwaan serangan dan kerosakan jenayah,” kata kenyataan polis, menerusi Mirror.
“Dakwaan itu berkaitan insiden selepas perlawanan bola sepak Everton menentang Manchester United di Goodison Park pada Sabtu 9 April.”
“Perkara itu telah ditangani dengan cara yang sangat berhati-hati. Perkara itu kini telah selesai.”
Cristiano Ronaldo yang berusia 37 tahun itu telah memohon maaf secara terbuka kepada budak lelaki itu dan menawarkannya peluang untuk datang ke perlawanan di Old Trafford pada masa hadapan.
Clear angle
Ronaldo smashed the kids phone is pretty clear now pic.twitter.com/s1Pn24BXSU
— Hamza (@lapulgafreak) April 9, 2022
Menurut laporan, Ronaldo juga telah bersetuju untuk membayar pampasan kepada budak sekolah itu, selepas ibunya menunjukkan imej kerosakan yang dialami telefon bimbit anaknya angkara Ronaldo.
Sarah Kelly, ibu kepada Jake yang berusia 14 tahun, jelas tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, pada masa itu, berkata”
“Dia seorang idola. Ya, dia bukan dari Everton, tetapi Ronaldo adalah pemain besar.”
“Anak saya sentiasa seperti ‘Ronaldo akan ke sana’ – dia seorang ikon. Saya faham jika Jake melambai di mukanya, tetapi dia tidak.”
“Dia seorang budak autisme dan dia telah diserang oleh pemain bola sepak, begitulah cara saya melihatnya sebagai seorang ibu.”
Ronaldo smashing someone’s phone at full time 🤣🤣 EFC pic.twitter.com/nw0XIK2enR
— EvertonHub (@Evertonhub) April 9, 2022
Jake merupakan kanak-kanak istimewa merupakan peminat Everton namun sangat mengidolakan Cristiano Ronaldo yang merupakan ikon dalam bola sepak.
Namun selepas peristiwa itu, Jake tersentap, lalu sedar dia telah mengidolakan orang yang salah. Memang koyak idola sendiri rosakkan phone kau.
Dia juga berkata bahawa Jake tidak akan menerima tawaran dan jemputan pemain itu untuk berjumpa Di Manchester United sambil menonton perlawanan:
“Saya ada bertanya kepadanya: ‘Adakah anda mahu pergi? Ronaldo berkata kami boleh pergi ke United’. Dia berkata, ‘Tidak, ibu, saya tidak mahu melihatnya lagi’.”
“Ini sangat menjengkelkan kerana Ronaldo adalah salah satu sebab dia mahu pergi ke perlawanan United.”
Cristiano Ronaldo apologizes after appearing to smash a supporter's phone following Manchester United's loss to Everton pic.twitter.com/MwhJ7hC31b
— B/R Football (@brfootball) April 9, 2022
Permohonan maaf Cristiano Ronaldo atas insiden menghempas telefon bimbit milik penyokong Everton telah dihentam teruk oleh ibu kepada mangsa.
Ibu kepada penyokong Everton itu menegaskan yang beliau semakin beremosi selepas membaca muat naik Cristiano Ronaldo di laman media sosial miliknya.
Ronaldo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu muat naik di laman instagram miliknya selepas beliau terlibat dengan satu insiden yang memalukan.
“Ia tak mudah untuk mengendalikan emosi di waktu yang sukar seperti apa yang kami sedang hadapi. Namun begitu, kita perlu sentiasa menghormati, bersabar dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak muda yang mencintai sukan yang indah ini.”
“Saya mahu meminta maaf atas ketelanjuran saya dan jika diizinkan, saya mahu menjemput penyokong tersebut untuk menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda fair-play dan atas dasar semangat kesukanan.”
Dengan kenyataan dari pihak polis, kes ini dianggap selesai dan tiada dakwaan dikenakan ke atas Ronaldo dan hanya amaran keras.