Cristiano Ronaldo hampir saja untuk tidak dibenarkan masuk ke stadium ketika aksi perlawanan pembukaan antara Portugal bertemu Hungary.
Beliau ketika sedang berjalan untuk masuk ke stadium telah dihalang oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas mengawal laluan masuk.
Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu memainkan peranan penting ketika membantu skuadnya menewaskan Hungary 3-0 dengan menjaringkan dua gol.
Watch surprised Cristiano Ronaldo get ID’d by Euro 2020 security guardhttps://t.co/7S0iyTIF6t
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) June 17, 2021
Beliau dalam perlawanan itu telah berjaya memecahkan beberapa rekod serta mencipta sejarah baru dalam dunia bola sepak Eropah.
Cristiano Ronaldo berjaya menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah saingan European Championship selepas kejayaannya meledak dua gol dalam perlawanan itu.
Walau bagaimanapun, mungkin ramai tidak tahu yang beliau sebenarnya hampir saja untuk tak dibenarkan masuk ke Puskas Arena pada hari perlawanan tersebut.
Telah tular satu video di media sosial ketika ini, yang mana dalam video tersebut, Ronaldo dilihat telah disoal oleh pengawal keselamatan ketika beliau mahu masuk ke stadium.
Fair play to the Hungarian security staff for double checking that Cristiano Ronaldo had permission to attend today's game 🤣 #EURO2020pic.twitter.com/pY6BagOjTV
— Balls.ie (@ballsdotie) June 15, 2021
Beliau juga terpaksa menunjukkan ID yang ada di lehernya untuk membuktikan bahawa dirinya adalah pemain untuk dibenarkan masuk.
Pemain berusia 36 tahun itu dilihat sedang berjalan santai untuk masuk melepasi kawalan pintu masuk media, beliau kemudiannya telah dihalang oleh pengawal keselamatan yang menjaga pasukan Portugal.
Pengawal itu berlari ke arah Ronaldo sambil mempersoalkan adakah beliau ada urusan untuk masuk, sebelum melihat ID beliau.
Apa yang menariknya, beliau sudah melihat Ronaldo dari jarak yang begitu dekat namun masih tidak mengenali pemain paling terkenal itu, dan meminta untuk melihat ID nya.
"Excuse me, mate – are you allowed to be here?” 👀
Thankfully @Cristiano got the green light… eventually 😅#POR | #ITVFootball | #Euro2020 pic.twitter.com/ziwaLmpDbp
— ITV Football (@itvfootball) June 15, 2021
Mungkin kerana merasa tercabar dirinya tidak dikenali, Ronaldo begitu bersemangat membantu skuadnya untuk membelasah Hungary 3-0.
Portugal berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol mereka di penghujung aksi permainan, dengan Cristiano Ronaldo menyumbang dua dari tiga gol itu.
Dua gol yang beliau jaringkan dalam perlawanan tersebut membantu Cristiano Ronaldo untuk memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan European Championship.
Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh legenda Perancis, Michel Platini yang menjaringkan 9 gol ketika Euro 1984.
Platini walau bagaimanapun, memegang rekod tersebut selama 37 tahun, sebelum dipecahkan oleh pemain terhebat sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo yang ketika ini sudah menjaringkan 11 gol dalam sejarah Euro.
Great news for Portugal. Hungarian security have let Ronaldo into the stadium. pic.twitter.com/ecxdq1oYdt
— Tom Kundert (@PortuGoal1) June 15, 2021
Ronaldo mencatatkan 11 jaringan itu dari lima edisi Euro, sementara Platini pula merekodkan 9 gol tersebut hanya dari satu edisi Euro sahaja.
Selain itu, ketua pasukan Portugal itu juga berjaya mencipta sejarah baru sebagai pemain pertama yang membuat penampilan dalam lima edisi Euro berturut-turut pada 2004, 2008,2012,2016 dan 2020.
Dan beliau juga merupakan pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam setiap lima edisi Euro yang beliau sertai sejak 2004 itu.
Cristiano Ronaldo turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini dan beliau setakat ini telah mengumpul enam anugerah tersebut sepanjang kariernya beraksi dalam saingan Euro.
Cristiano Ronaldo has been voted the best European player of the 21st century in an online poll by the BBC..🐐#CristianoRonaldo pic.twitter.com/FjhBgZxLes
— Alok Aarav ❤️🇮🇳 (@alok_aarav7) June 17, 2021
Pencapaian tersebut telah menyamai rekod Iniesta yang turut mengumpul enam anugerah pemain terbaik perlawanan, dan tak mustahil untuk melihat Ronaldo memecahkan rekod tersebut tahun ini.
Satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan Ronaldo kini sudah menjaringkan 106 gol untuk skuad kebangsaan Portugal, dan beliau hanya memerlukan empat gol sahaja lagi untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman peringkat antarabangsa yang dipegang oleh Ali Daei.
Tidak mustahil untuk melihat Cristiano Ronaldo bakal memecahkan rekod tersebut jika beliau mampu mengekalkan tahap persembahan yang sama sepanjang kejohanan Euro 2020 ini.
Cristiano Ronaldo has 45 goals in his last 43 appearances for Portugal.🤯 pic.twitter.com/gYGawJZWrN
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) June 17, 2021
Bekas rakan sepasukan Ronaldo ketika bersama Manchester United, Gary Neville telah memberikan pujian yang menggunung atas kejayaan bintang Portugal itu memecah rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.
Bercakap di studio ITV, beliau telah menyatakan:
“Ia merupakan rekod yang luar biasa. Dia sudah menjaringkan 106 gol untuk negaranya dan itu sangat menakjubkan.”
“Dia terus memecahkan satu demi satu rekod individu. Dia mahu jadi pemain terhebat di dunia dan mahu dilihat sebagai yang terhebat sepanjang zaman dari segi kemampuannya menjaringkan gol berbanding pemain lain, dan dia berjaya melakukannya.”
BREAKING: @Cristiano becomes highest goal scorer in history of European Championships.
Another record smashed.
Another reason he’s the 🐐 pic.twitter.com/zHbRNlsnY4— Piers Morgan (@piersmorgan) June 15, 2021
Portugal selepas ini akan turun beraksi bertemu Jerman untuk aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan F, dan mereka tentunya mahu terus mencatat kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya.