Sahabat Ronaldo Beri Bayangan Tentang Destinasi Seterusnya Untuk Bintang Portugal Itu

Sahabat karib Cristiano Ronaldo tampil memberi bayangan tentang kelab terbaru bintang Portugal itu, dengan beliau dianggap sebagai sumber yang paling dipercayai.

Memandangkan masa depan Ronaldo tidak begitu jelas pada ketika ini, pelbagai spekulasi telah dicetuskan tentang hal tersebut.

​Sejak beliau mendedahkan kepada pihak kelab tentang hasratnya yang mahu meninggalkan kelab, Ronaldo telah dikaitkan dengan bakal menyertai pelbagai kelab lain.

Pemain berusia 37 tahun itu dilaporkan turut menerima tawaran luar biasa menakjubkan dari Arab Saudi dengan beliau boleh menjana pendapatan bernilai £105 juta setahun andai bersetuju untuk menerima tawaran tersebut.

Pemain penyerang terhebat dalam sejarah itu turut dikaitkan dengan beberapa kelab di Eropah, dan Bayern Munich dikatakan antara yang sedang mengikuti perkembangan beliau.

Tidak ketinggalan, Chelsea juga merupakan antara kelab yang hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani Cristiano Ronaldo dari Manchester United.

Thomas Tuchel sendiri turut telah mendedahkan yang beliau sememangnya mencari pemain penyerang baru, untuk memperkuatkan jentera serangan yang beliau miliki pada ketika ini.

Perpindahan ke Stamford Bridge sepertinya akan berlaku jika dilihat kepada aktiviti sahabat Ronaldo, Edu Aguirre di media sosial.

Menurut sumber laporan media Sepanyol, Mundo Deportivo, sahabat Ronaldo itu pada ketika ini baru sahaja mengikuti Chelsea di laman instagram.

Hal yang sama pernah berlaku ketika Ronaldo memilih untuk meninggalkan Real Madrid dan mahu menyertai Juventus sebelum ini.

Maka para peminat percaya yang hal itu memberi gambaran bahawa Cristiano Ronaldo selepas ini mungkin akan ke Chelsea memandangkan sahabatnya itu sudah mula mengikuti lama Instagram kelab tersebut.

Chelsea pada jendela perpindahan musim panas ini sudah berjaya mendapatkan khidmat Raheem Sterling dari Manchester City.

​Mereka walau bagaimanapun masih aktif dalam pasaran pemain dan tidak menolak untuk menandatangani seorang lagi pemain penyerang.

Thomas Tuchel juga tidak menolak yang beliau akan menandatangani seorang lagi pemain penyerang pada jendela perpindahan musim panas ini.

“Saya tidak menolak yang kami akan menandatangani seorang lagi pemain penyerang, tapi itu bukan keutamaan kami. Keutamaan kami ketika ini adalah pemain pertahanan, itu bukan rahsia lagi.”

Jelas Thomas Tuchel.

“Kita kehilangan pemain bintang dan sekarang kita perlu cari pengganti mereka.”

Cristiano Ronaldo terima tawaran luar biasa menakjubkan dari Arab Saudi

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo telah ditawarkan kontrak mega untuk bermain di Arab Saudi.

Menurut media Portugal, CNN Portugal, sebuah kelab terkenal di Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan yang mereka sanggup mengeluarkan dana luar biasa dasyat untuk mendapatkan bintang Manchester United itu.

Ronaldo bahkan turut ditawarkan tawaran gaji yang sungguh lumayan, melebihi apa yang pernah beliau terima ketika bersama Juventus sebelum ini.

Kelab dari Arab Saudi itu juga sanggup membayar €30 juta kepada Manchester United untuk mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.

Nilai €30 juta itu sebenarnya sudah cukup lumayan memandangkan Man Utd sendiri mengeluarkan dana yang jauh lebih rendah ketika membawa Ronaldo ke Old Trafford dari Turin.

Seandainya Ronaldo bersetuju untuk melengkapkan perpindahan tersebut, beliau dijangka akan menerima £105 juta setahun, dan ia bermaksud beliau bakal membawa pulang £210 juta selama dua musim di Arab Saudi.

Kelab tersebut turut menawarkan bonus mega bernilai £20 juta kepada Mendes sebagai bayaran agent fees.

Cristiano Ronaldo telah mencetuskan sensasi dalam dunia bola sepak selepas beliau meminta pihak kelab untuk melepaskan beliau pada musim panas ini.

Bintang Portugal itu meminta pihak kelab supaya melepaskan beliau seandainya ada tawaran yang memuaskan hati dalam tempoh beberapa minggu ini.

Ia merupakan berita yang dilaporkan oleh The Times yang mendakwa bahawa pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu mahu meninggalkan kelab kerana beliau mahu beraksi di pentas saingan Champions League.

Manchester United gagal untuk mendapatkan slot ke saingan Champions League musim ini selepas mereka mengakhiri saingan Premier League musim lalu di kedudukan keenam sahaja.

Ronaldo tidak sanggup mahu beraksi di pentas saingan Europa League dan kerana itu beliau meminta pihak kelab untuk melepaskannya.

Bahkan, pemain berusia 37 tahun itu turut percaya yang beliau masih boleh beraksi selama tiga ke empat tahun lagi di pentas bola sepak profesional.

Memandangkan pemain penyerang berpengalaman itu pada ketika ini sedang memasukki tahun terakhir dalam kontraknya, maka ramai yang percaya beliau tidak akan kekal bersama kelab pada musim baru nanti.

Hal berkait masa depan beliau terus menjadi topik perbualan hangat para peminat dengan Ronaldo juga masih belum menyertai skuad Man United pada aksi pra-musim ini.

Bulan lalu, ejen beliau dilaporkan telah mengadakan rundingan bersama pemilik Chelsea, Todd Boehly berkait urusan perpindahan bekas bintang Juventus dan Real Madrid itu.

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Boehly terbang ke Portugal untuk bertemu Jorge Mendes dan kedua-dua mereka berunding berkait potensi untuk Ronaldo ke Stamford Bridge pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bayern Munich turut dikaitkan dengan pemain penyerang berusia 37 tahun itu dengan Jorge Mendes dilaporkan telah menawarkan sendiri Ronaldo kepada gergasi Bundesliga itu.

Walau bagaimanapun, terdapat dakwaan dari media Jerman yang mendakwa selepas tamat rundingan tersebut, CEO kelab, Oliver Kahn dan sport director kelab, Hasan Salihamidzic telah menolak untuk menandatangani bintang Portugal itu.

Bayern Munich tidak mempunyai perancangan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo dan kerana itulah CEO dan sporting director kelab menolak untuk meneruskan rundingan tersebut.

Hal itu turut menyebabkan Mendes terpaksa mengalihkan perhatian beliau untuk mencari kelab lain, dan pada bulan lalu, media Itali La Gazzetta dello Sport telah mendedahkan yang super ejen itu turut menawarkan Ronaldo kepada kelab-kelab dalam saingan Serie A.

Mendes menawarkan Ronaldo kepada AS Roma yang pada ketika ini sedang dikendalikan oleh bekas pengurus Ronaldo sendiri, Jose Mourinho.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kroos Dedah Apa Yang Beliau Bualkan Bersama Ronaldo Selepas Tamat Perlawanan Jerman Bertemu Portugal