Ronaldo Dituduh Tidak Mahu Berlatih Bersama Pemain Simpanan

Cristiano Ronaldo telah dituduh tidak mahu berlatih bersama pemain simpanan yang lain dan mendesak untuk menyertai latihan bersama kesebelasan utama yang menjalani sesi di gimnasium untuk proses pemulihan selepas perlawanan.

Pemain berusia 37 tahun itu dikapak oleh bos Portugal, Fernando Santos semasa pasukannya menang 6-1 menentang Switzerland pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia.

Penggantinya, Goncalo Ramos, menjaringkan hatrik yang menakjubkan untuk merembat Portugal ke suku akhir Piala Dunia, mengesahkan keputusan Fernando Santos untuk menggugurkan superstar negara itu adalah tepat.

Fernando Santos mengakui minggu lalu bahawa dia berang dengan Ronaldo kerana tantrum selepas digantikan semasa kemenangan peringkat kumpulan Portugal menentang Korea Selatan.

Cristiano Ronaldo terus menjadi tumpuan media dengan telatahnya yang boleh membawa kesan buruk kepada kem Portugal sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini sehingga tidak berkelab lagi.

Menurut Marca, bekas penyerang Manchester United yang berstatus pemain simpanan atau gantian itu terus mencetuskan kekecohan di Qatar, gagal hadir untuk latihan bersama pemain gantian Portugal.

Media penyiaran Sepanyol itu mendakwa bahawa Ronaldo sebaliknya pergi untuk sesi gim berintensiti rendah dengan pemain permulaan (first XI), walaupun bermain kurang daripada 20 minit menentang Switzerland sebagai pemain gantian.

Akaun Instagram rasmi Portugal kemudiannya memuat naik beberapa siri gambar latihan skuad di pangkalan mereka di Qatar.

Di dalamnya pemain gantian, seperti Rafael Leao, Ruben Neves dan Joao Mario, boleh dilihat melakukan kerja bola. Ronaldo kemudiannya dirakam di atas padang tetapi berlatih dengan melakukan latihan lain secara berasingan.

Antonio Silva – yang merupakan pemain gantian yang tidak digunakan – adalah seorang lagi dirakam sedang melakukan kerja gim juga.

Difahamkan kem Portugal ‘terkejut’ tidak melihat Ronaldo berada di antara pemain gantian di atas padang latihan, mengakui tidak berasa sebarang ketidakselesaan dan berada dalam keadaan sempurna untuk berlatih.

Itulah yang terjadi ketika sesi latihan selepas kemenangan ke atas Switzerland di mana pemain gantian akan meneruskan latihan seperti biasa dan pemain utama akan menjalani latihan ringan di gim untuk proses pemulihan.

Ronaldo Bawa Diri Tidak Raikan Kemenangan Portugal

Cristiano Ronaldo telah dilihat dan dirakam memilih untuk berjalan sendirian membawa diri seolah-olah mengasingkan diri ketika rakan sepasukannya meraikan kejayaan mereka ke suku akhir.

Kapten Portugal itu membawa haluan sendiri ke bilik persalinan berikutan digugurkan oleh jurulatih Fernando Santos dari kesebelasan utama dan hanya masuk dari bangku simpanan.

Portugal langsung tidak mempunyai masalah tanpa Ronaldo dalam pasukan ketika mereka telah pun mendahului 5-1 semasa ketiadaannya di padang dengan penggantinya Goncalo Ramos mencetak hatrik.

Ini merupakan buat kali pertama, Cristiano Ronaldo tidak bermula dari kesebelasan utama untuk Portugal di kejohanan utama dunia sejak 2008 (juga vs Switzerland) dan menamatkan rekod 31 perlawanan berturut-turut di first XI.

Dalam klip rakaman yang dikeluarkan selepas Portugal mengalahkan Switzerland di Stadium Lusail, semua pemain Portugal boleh dilihat bertepuk tangan di atas padang sambil menyantuni penyokong mereka berikutan persembahan sensasi.

Semua pemain dan penyokong yang hadir bersama-sama meraikan kejayaan kecuali Ronaldo yang perlahan-lahan berjalan penuh longlai melintasi padang menuju ke terowong untuk ke bilik persalinan.

Pemain berusia 37 tahun itu terus keluar dari padang dengan sendirinya dan rakan sepasukannya mengabaikan dan tidak berminat menyertai Ronaldo ketika mereka meraikan dengan meriah sebagai satu kumpulan.

Ronaldo tidak akan bermula dari kesebelasan utama sudah pun dijangkan namun reaksinya selepas mencatatkan kemenangan besar ini sepertinya mahu menjemput kontrovesi baru.

Sebelum memulakan pertembungan 16 pasukan terakhir Portugal perbincangan hangat terjadi mengenai pemenang Ballon d’Or lima kali dan menjadi satu perdebatan.

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher berpendapat bahawa keputusan menggugurkan Ronaldo ini berlaku akibat prestasi buruknya dalam kejohanan setakat ini.

Walaupun menjadi pemain lelaki pertama yang menjaringkan gol di lima kejohanan Piala Dunia, gol tunggalnya datang daripada sepakan penalti dalam kemenangan ke atas Ghana.

Dia juga telah disenarikan dalam pasukan yang paling teruk oleh Sofascore dalam penarafan pemain peringkat kumpulan, di mana dia diletakkan di hadapan dengan purata rating 6.37 dalam tiga perlawanannya.

Tetapi yang berpandangan kepada fakta bahawa penggugura Ronaldo memaki Fernando Santos dalam perlawanan terakhir kumpulan dan Ronaldo menafikan berbuat demikian.

Santos mengetepikan pemain itu daripada kesebelasan utamanya hanya sehari selepas menegaskan dia ‘tidak suka‘ reaksi marah pemain berstatus ejen bebas itu apabila dikeluarkan.

Dia mendakwa selepas kemenangan ke atas Switzerland bahawa Ronaldo diletakkan ke bangku simpanan atas sebab taktikal dan bukannya akibat kelakuannya selepas dikeluarkan ketika menentang Korea Selatan.

Santos telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk meletakkan bintang itu di bangku simpanan, dengan orang-orang seperti legenda Belanda Frank de Boer mengetuai gesaan supaya dia ditinggalkan jika Portugal mahu berjaya di Qatar.

Portugal, bagaimanapun, cepat membuktikan bahawa mereka tidak akan bergelut dengan ketiadaan pemain yang boleh dikatakan terhebat dalam sejarah panjang mereka.

Tanpa kelibat Cristiano Ronaldo di kesebelasan utama, segalanya nampak mudah buat Portugal untuk mara ke suku akhir apabila menundukkan Switzerland 6 gol berbalas 1.

Entah Portugal yang terlalu padu tanpa Ronaldo atau Switzerland bermain terlebih bawah prestasi sebenar dengan melepaskan gol mudah di mana pertahanan hancur berderai-derai, langsung tidak sama dengan Switzerland diperingkat kumpulan.

Cristiano Ronaldo digugurkan dan pemain muda yang lebih bertenaga dan membara semangatnya Goncalo Ramos menjadi pengganti kepada Ronaldo. Satu tugas besar untuk mengganti nama Ronaldo bukan prestasinya.

Tanpa disangka dan diduga Goncalo Ramos menjaringkan hatrik dan satu assist untuk membimbing Portugal ke suku akhir Piala Dunia hasil pembelasahan 6-1 ke atas Switzerland.

BACA:  Corinthians Berminat Untuk Dapatkan Cristiano Ronaldo