Ronaldo Kembali Ke Man Utd dan Paul Pogba Jadi Tukaran?

Cristiano Ronaldo dilaporkan akan kembali bersatu bersama Manchester United pada musim panas ini dan Paul Pogba pula akan menjadi pemain tukaran untuk perjanjian ini.

Media Itali, La Gazzetta dello Sport mendakwa kedua-dua pemain ini akan kembali bersama dengan kelab lama masing-masing demi mencari kebahagian diri.

Masa depan Ronaldo bersama Juventus di Turin dalam situasi tidak pasti walaupun Juventus layak ke Champions League musim hadapan dan menang dua trofi musim ini.

Juventus dilaporkan sangat terbuka untuk Paul Pogba menjadi syarat dalam perpindahan ini dan menjadi pemain tukaran yang jelas menguntungkan mereka.

Jika ini semua bukan khabar angin, Ronaldo perlu bersedia menerima gaji yang lebih rendah dan Juventus pula pasti perlu membayar sejumlah wang kepada Manchester United.

Ronaldo + cash = Paul Pogba.

Massimiliano Allegri kini kembali mengambil alih kerusi yang pernah diduduki beliau sebelum ini dan menjadi boss baru di Allianz Stadium selepas Andrea Pirlo dikapak keluar.

Massimiliano Allegri dikatakan tidak kisah jika Ronaldo mahu keluar dan jika itu terjadi hanya Manchester United dan Paris Saint-Germain sahaja yang mampu menanggung beban.

Pertukaran Ronaldo dengan Pogba jika difikirkan dengan akal waras memang tidak logik dan jika ini terjadi amat kelakarlah mereka yang berada di Manchester United.

Selain kenangan tiada apa yang mampu diberikan oleh Ronaldo jika dilihat pada usia dan hanya boleh menjadi sebahagian rancangan jangka pendek seperti mana Edison Cavani.

Ditukar pula dengan Paul Pogba yang jika tidak mahu lagi berada di Old Trafford lebih baik dijual dan pasti mendapat harga tinggi di pasaran.

Menurut La Gazzetta dello Sport lagi, jika Paris Saint-Germain berminat mendapatkan Ronaldo maka Mauro Icardi yang akan menjadi pertukaran.

Ronaldo kini menerima gaji sebanyak £500,000 seminggu dan dilaporkan sanggup menerima penurunan gaji yang drastik untuk berada di Old Trafford.

Jika Manchester United tidak berminat dengan Ronaldo maka PSG prospek pembeli yang seterusnya.

La Gazzetta dello Sport bahawa Ronaldo merupakan calon pengganti yang terpat untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Kylian Mbappe.

Kontrak pemain muda sensasi itu bersama PSG akan tamat pada tahun 2022 dan tiada persetujuan lagi setakat ini untuk lanjutan kontrak baharu.

Jika Mbappe tidak bersetuju dengan lanjutan kontrak maka PSG tiada pilihan lain selain menjual Mbappe pada jendela perpindahan musim panas ini untuk meraih keuntungan.

Kylian Mbappe yang berusia 22 tahun kini sedang mengejar cita-citanya untuk meraih gelaran juara Champions League seperti pemain bola sepak yang lain.

Walaupun menjadi penjaring terbanyak Ligue 1 dengan 27 gol namun Mbappe gagal membantu PSG muncul juara dan tersontot dengan pasukan anjing bawah Lille.

Mbappe menyertai PSG pada tahun 2017 dari Monaco dengan jumlah yuran perpindahan yang kecur air menyebutnya, hanya £163 sahaja.

Namun pertukaran Ronaldo samada dengan Paul Pogba atau Mauro Icardi adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk difikirkan secara waras.

Jika benar Ole Gunnar Solskjaer berminat, Ole boleh bersabar tunggu lagi semusim mendapatkan Ronaldo secara percuma yang mungkin boleh menggantikan Cavani.

Kontrak Ronaldo bersama Juventus akan tamat pada musim hadapan dan ura-ura menyatakan peluang Ronaldo kekal bersama Juventus sangat tipis.

Koleksi kereta mewah Cristiano Ronaldo dirakam telah diangkut oleh syarikat penghantaran untuk dipindah keluar daripada Turin dan rakaman ini menguatkan lagi berita perpindahan Ronaldo.

Sekumpulan lelaki terdiri daripada tiga orang telah dilih sibuk memindahkan kereta mewah Ronaldo ke dalam lori kontena untuk pada jam tiga pagi waktu Itali.

Kereta mewah telah dimuatkan ke dalam lori syarikat pengangkutan Rodo Cargo yang terkenal sebagai syarikat perpidahan barang terkenal di Portugal dan berpengkalan di Lisbon – Bandar di mana Ronaldo memulakan kariernya.

BACA:  Pogba Bengang Dengan Solskjaer Dan Mungkin Akan Tolak Tawaran Baru